- Berita
- Berita Auto
- Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001 bagi Sistem Pengurusan Tenaga (EnMS).
Pengiktirafan daripada British Standards Institution (BSI) ini membuktikan Proton bukan sahaja membina kereta yang hebat, malah mampu meningkatkan kecekapan tenaga.
Kenapa Ini Satu Pencapaian Besar?
Di kilang Tanjung Malim yang mampu mengeluarkan sehingga 250,000 unit kenderaan setahun, setiap titis tenaga amat berharga. Dengan pensijilan ini, Proton kini mempunyai sistem "pemantauan pintar" yang mengawal dan menambah baik penggunaan tenaga di setiap sudut operasidaripada bahagian Stamping sehingga ke barisan Assembly.
,-and-Assembly.jpeg)
Sasaran Proton: Kecekapan meningkat 2% setiap tahun. Mungkin nampak kecil, tetapi untuk skala pengeluaran besar-besaran, penjimatan tenaga bagi setiap unit kenderaan akan memberikan impak yang luar biasa terhadap pengurangan pelepasan karbon negara.
Strategi "Hijau" di Sebalik Tabir
Proton tidak sekadar berjanji, mereka bertindak! Pensijilan ini juga melengkapkan inisiatif terdahulu syarikat termasuk pemasangan kemudahan panel solar dwimukaterbesar di kawasan parkir di Malaysia di PROTON Tanjung Malim pada tahun 2021.
Langkah itu mencerminkan usaha berterusan syarikat ke arah penggunaan tenaga lebih bersih dan operasi lebih bertanggungjawab.
Disember 2025, kemudahan solar tersebut berjaya mengurangkan kira-kira 48,450 tan pelepasan karbondioksida, bersamaan 10,500 kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dikeluarkan dari jalan raya Malaysia selama setahun.
Masa Depan Automotif Nasional
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa, berkata, kecekapan dan kelestarian akanmenjadi faktor utama daya saing industri automotif pada masa depan.
“Bagi PROTON, kami perlu memperkukuh keupayaan hari ini supaya operasi syarikat sentiasa bersedia menghadapi masa depan, lebih anjal dan selari dengan perkembangan industri automotif global. Sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima ISO 50001:2018, kami bukan sahaja menetapkan penanda aras baharu dalam operasi sendiri, malah kepada ekosistem automotif yang sedang dibangunkan di Tanjung Malim,” katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/