Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jangan guna MyKad orang lain tanpa kebenaran bagi pembelian petrol subsidi menerusi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Ini kerana Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman

  • Denda sehingga RM20,000

  • Hukuman penjara sehingga 3 tahun

  • Atau kedua-duanya sekali!

Untuk itu, MoF memberi amaran keras supaya tiada pihak  menggunakan nombor atau maklumat MyKad milik individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat subsidi BUDI95.

image.pngimage.png

Stesen Minyak Kini Diperketat: Tiada Lagi 'Sistem Manual'

Bagi mengekang ketirisan ini daripada terus berleluasa, MoF telah mengarahkan semua syarikat peruncit minyak untuk mengetatkan Standard Operasi Standard (SOP) mereka.

Selepas ini:

  • Wajib Pengesahan Fizikal: Sebarang urus niaga secara manual tanpa pengesahan fizikal MyKad terlebih dahulu adalah DILARANG SAMA SEKALI.

  • Siasatan Dalaman: Stesen minyak yang dikesan melanggar SOP akan disiasat dan tindakan susulan yang sewajarnya akan diambil terhadap stesen yang terlibat.

  • Latihan Semula Staf: Kakitangan barisan hadapan di kaunter stesen minyak akan dilatih semula, dan paparan SOP akan diletakkan dengan jelas di kaunter pembayaran.

    image.png

Kesimpulannya: Subsidi adalah hak mereka yang layak. Jangan disebabkan mahu berjimat beberapa ringgit, masa depan kita tergadai di sebalik jeruji besi. Jadilah pengguna yang jujur dan berintegriti!

Gallery

Tag:

BUDI95
Kementerian Kewangan (MOF)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Gaya Hidup

Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'

Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.

19-05-2026
Berita Auto

Isu Klasifikasi Baharu 'T15/T20' Hangat Diperkatakan, Ini Penjelasan Sebenar Menteri Kewangan II

Kecoh isu minyak untuk T20, kerajaan tampil beri jawapan sebenar!

18-05-2026
Berita Auto

BUDI95 150 Seliter Sebulan: Ini Kata Menteri

Timbalan Menteri Kewangan menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang pengumuman atau dasar baharu bagi pihak kerajaan termasuk had 150 liter subsidi bagi program Budi95.

12-05-2026
Berita Auto

Kuota RON95 Mungkin Turun Ke 150 Liter

Kuota RON95 Mungkin Turun ke 150 Liter: 80% Rakyat Malaysia Tidak Terkesan?

12-05-2026
Berita Auto

Adakah T20 Akan Bayar Harga Pasaran Untuk RON95? Semuanya Sedang Diteliti

Kerajaan mula kaji semakan subsidi petrol! RON95.

11-05-2026
Berita Auto

Jangan Risau BUDI95 200 Liter Kekal

Kerajaan mengesahkan bahawa penyelarasan sementara kuota inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada kadar 200 liter sebulan buat masa inI.

29-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026