Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengguna jalan raya di Malaysia nampaknya perlu lebih "beriman" di jalan raya. Kerajaan hari ini membentangkan rancangan untuk menaikkan kadar maksimum kompaun kesalahan lalu lintas daripada RM300 kepada RM500 berkuat kuasa 1 Januari 2029.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia selaras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang bertujuan meningkatkan pematuhan, bukan membebankan rakyat atau menambah pendapatan kerajaan.

"Peningkatan daripada RM300 kepada RM500 tidak bermaksud semua pesalah akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik. Bagi kesalahan yang boleh dikompaun, pindaan ini menaikkan had maksimum tawaran kompaun.

"Sementara kadar sebenar masih tertakluk kepada jenis kesalahan dan tahap keseriusan kesalahan, tempoh penyelesaian kompaun serta tatacara yang ditetapkan.

"Kesalahan sama, tetapi hukuman disemak semula supaya kekal relevan dan mempunyai kesan pencegahan lebih berkesan," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 peringkat bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Kesalahan Apa Yang Boleh Kena RM500?

image.png

Jangan ambil mudah! Kompaun baru ini bakal melibatkan kesalahan-kesalahan asas yang sering dipandang remeh oleh rakyat Malaysia:
  • Pandu melebihi had laju.
  • Memandu tanpa lesen atau lesen tamat tempoh.
  • Menggunakan kenderaan tanpa cukai jalan (LKM) sah.
  • Nombor plat fancy atau tidak diperagakan dengan betul.
  • Gagal patuh lampu isyarat atau arahan lalu lintas.

image.png

BERITA BURUK

Berita buruk buat "Samseng Jalanan". Pindaan kali ini memperkenalkan Seksyen Baharu 42A khusus untuk aktiviti berlumba atau menduga kelajuan. Selepas ini, pihak berkuasa boleh terus tangkap korang tanpa perlu tunggu kemalangan atau nyawa melayang!

Hukumannya cukup menggerunkan:

KesalahanHukuman DendaHukuman Penjara
Kali PertamaRM2,000 hingga RM10,000Maksimum 2 tahun
Kali Kedua & SeterusnyaRM5,000 hingga RM20,000Maksimum 5 tahun

SUMBER HARIAN METRO

Gallery

Tag:

kadar kompaun
JPJ
Kesalahan jalan raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya

3,000 Tiang Lampu Solar LED Bakal Dipasang Di Kawasan 'Blackspot' Lebuh Raya Menjelang November.

24-06-2026
Berita Auto

Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri

Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.

23-06-2026
Berita Auto

Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029

Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.

23-06-2026
Berita Auto

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini

Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.

22-06-2026
Berita Auto

Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global

Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.

22-06-2026
Berita Auto

Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.

22-06-2026