Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Zaman belajar selalunya sinonim dengan poket kering dan pening kepala memikirkan kos sara hidup. Menyedari bebanan penuntut universiti, gergasi automotif negara, Perodua, tampil dengan formula genius: Aplikasi sewa kenderaan khas buat warga kampus!

Melalui aplikasi yang dinamakan UCar-e (disebut 'You Car'), Perodua secara rasminya menjalin kerjasama strategik dengan tiga universiti terkemuka tanah air:

  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

  • Universiti Teknologi Malaysia ((Malaysia-Japan International Institute of Technology)


Seringkas Klik & Pandu: Dari Hostel Terus Ke Dewan Kuliah

Sebagai fasa permulaan, sebanyak 50 unit kenderaan Perodua diserahkan ke universiti-universiti terlibat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,Datuk Seri  Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menyediakan 50 unit kenderaan Perodua kepada universiti yang terlibat untuk digunakan oleh pelajar-pelajar dan kakitangan mereka.

"Pelajar dan kakitangan boleh membuat tempahan, mengakses, dan menggunakan kenderaan ini dengan mudah untuk bergerak dari hostel ke dewan kuliah dalam kawasan universiti," katanya 

Menariknya, aplikasi UCar-e bukan sahaja membantu pengguna mengesan lokasi kereta di tapak parkir khas dalam kampus, malah ia turut menyediakan panduan spesifik mengenai zon parkir untuk memulangkan kenderaan tersebut. Sangat mesra pengguna!

Peluang Buat Duit: Pelajar Boleh Jadi 'Bos' Urus Kereta

Inisiatif ini bukan sekadar memberi manfaat kepada penyewa, malah membuka peluang buat pelajar yang ingin menjana pendapatan sampingan. Perodua bakal melantik pelajar terpilih sebagai ejen pengurusan kenderaan.

Tugas ejen mudah sahaja:

  • Memastikan kenderaan sentiasa bersih.

  • Memantau bekalan petrol di tahap yang sepatutnya.

  • Memastikan keadaan fizikal kenderaan sentiasa terjaga.

Ganjaran? Pelajar yang dilantik akan menerima bayaran dalam bentuk komisen!


Kenapa Perodua UCar-e Bakal Jadi Trend Baharu?

Perkhidmatan ini dijangka akan mula menemui warga kampus pada Jun 2026 secara berperingkat. Menurut Perodua, trend golongan muda kini sudah berubah. Mereka tidak lagi 'gilakan' pemilikan aset, sebaliknya lebih mementingkan pengalaman.

Cabaran Golongan MudaSolusi UCar-e
Kos penyelenggaraan & insurans yang tinggiSewa bila perlu sahaja, tiada komitmen bulanan
Isu parkir kolej yang terhadZon parkir khas & terancang disediakan
Kesesakan trafik & bebanan kewanganAlternatif mobiliti yang jauh lebih jimat

Dengan pelancaran UCar-e, Perodua bukan sahaja menyelesaikan isu logistik dalam kampus, malah sedang merintis jalan ke arah ekosistem mobiliti yang lebih pintar dan dinamik di Malaysia. 

Gallery

Tag:

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
UUM
UPM
Perodua
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips
EV

Perodua, UTM Bangunkan xEV?

Kedua-dua pihak juga akan bersama-sama memberi pendedahan kepada ahli-ahli akademik dan jurutera dalam pembangunan teknologi xEV.

20-01-2025
Berita Auto

Bas Ekspres Terbakar, Mujur Semua Penumpang Selamat

Sebuah bas ekspres terbakar di Plaza tol, UPM awal pagi tadi.

22-01-2023
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026