- Berita
- Berita Auto
- Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok
Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil langkah proaktif dengan mengadakan sesi libat urus rasmi bersama penganjur RXZ Members di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya, esok.
Pertemuan julung kali ini diadakan khusus bagi membincangkan aspek keselamatan serta mencari formula terbaik untuk menambah baik penganjuran program permotoran berskala besar itu.
Fokus Utama Pertemuan: Bukan Menyekat, Tapi Menyelamatkan Nyawa
Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, matlamat utama sesi ini adalah mendengar sendiri pandangan penganjur di samping menggariskan beberapa cadangan penambahbaikan.
"Kita adakan sesi libat urus ini kerana kita mahu mendengar pandangan daripada mereka (penganjur) berkaitan dengan penganjuran program dan kami juga akan mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk memastikan kelancaran program RXZ Members.
"Kami bukan mahu menyekat program tetapi apa yang paling penting ialah kami mahu memastikan keselamatan pengguna jalan raya, bukan hanya kepada peserta sendiri tetapi seluruh pengguna jalan raya.
"Contohnya penganjuran yang lalu 11 kematian dan daripada 11 kematian itu ada yang terbabit adalah bukan peserta," katanya pada sidang media Ops Ekstrem di JPJ Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
