- Berita
- Berita Auto
- Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

Penganjur RXZ Members, kini diarahkan untuk mewujudkan sistem pendaftaran peserta secara dalam talian (online) yang dilengkapi syarat keselamatan serta pematuhan undang-undang yang jauh lebih ketat bagi penganjuran akan datang.
Navigasi Kandungan
- 4 Gambar Motor Wajib Muat Naik
Ketetapan baharu ini dicapai menerusi Sesi Libat Urus Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama pihak penganjur RXZ Members yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan di Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya.
Langkah ini diambil bagi memastikan setiap peserta yang turun ke perhimpunan berkenaan mematuhi undang-undang jalan raya sepenuhnya, sekali gus mengikis imej negatif serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya lain.
4 Gambar Motor Wajib Muat Naik
Antara syarat utama yang ditetapkan dalam platform pendaftaran online tersebut adalah:
Lesen & Dokumen Sah: Peserta wajib mempunyai lesen memandu yang sah, manakala motosikal mesti mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM/Cukai Jalan) dan perlindungan insurans yang masih berkuat kuasa.
Panduan Lengkap Muat Naik Gambar Motosikal
- Bahagian depan (jelas menunjukkan nombor pendaftaran)
- Bahagian belakang (jelas menunjukkan nombor pendaftaran)
- Sisi kiri motosikal
- Sisi kanan motosikal
Menurut Muhammad Kifli, sesi itu menjadi platform strategik bagi membincangkan aspek keselamatan jalan raya serta langkah penambahbaikan dalam pengurusan risiko, khususnya bagi penganjuran acara permotoran berskala besar.
Sumber Harian Metro
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
