Bugatti Chiron Yang Ke-300 Bakal Meninggalkan Kilang Bugatti Di Perancis
Bugatti telah pun menyelesaikan pemasangan kereta yang ke-300 mereka, Chiron Pur Sport yang mana dijangka bakal meninggalkan kilang Atelier yang berlokasi di Alsace, Perancis.
"Bugatti bermaksud kereta sports hiper yang paling luar biasa, berkuasa dan elegan di dunia. Dengan keluaran kereta yang ke-300 ini, kami sekali lagi menunjukkan kecekapan dari segi kualiti dan pembinaan (berdasarkan tempahan). Chiron Pur Spor dijamin akan memberikan nikmat kepada pengguna. Di samping prestasi pemanduannya yang menakjubkan, ia digabungkan dengan kemahiran kejuruteraan dan juga reka bentuk yang terbaik serta mutu ketukangan yang luar biasa," ujar presidennya, Stephan Winkelmann.

Chiron ke-300 ini telah dikongfigurasikan satu per satu daripada elemen yang terkecil oleh peminat Bugatti dengan menggunakan “Nocturne" sebagai warna dominan pilihan. Cermin sisi, cermin perumah luaran kereta, pengelap cermin depan, ladam Bugatti dan juga cermin belakang menggunakan warna Grey Carbon atau karbon kelabu. Sementara itu logo Bugatti diwarnakan dengan warna Gris Rafale (kelabu). Garisan C khas kenderaan, bezel lampu belakang dan rim menggunakan warna Gun Powder (sejenis warna kelabu) sebagai kontra, dengan warna karbon cerah untuk bahagian hud kereta.

Bagi ruangan dalaman, Bugatti didatangkan dengan pakej Pur Sport Interior dengan warna Beluga Black untuk bahagian kulit dan Alcantara. Untuk jahitannya pula, warna yang kontra Gris Rafale telah digunakan. Lukisan seekor gajah dapat dilihat pada bahagian penyandar kepala. Lukisan ini melambangkan penghormatan kepada adik Ettore Bugatti (pengasas Bugatti). Ciri tambahan Sky View turut ditawarkan, membolehkan penumpang belakang menikmati pemandangan langit.

Bugatti Chiron Pur Sport terkenal dengan ketangkasannya, pengendaliannya dan juga prestasinya. Tayar yang dioptimumkan untuk menawarkan prestasi cengkaman yang baik dan juga ciri aerodinamik kereta memberikan daya kestabilan yang tinggi kepada kenderaan. Kenderaan ini dikuasakan oleh enjin W16 8.0L yang dapat menjana 1,479 hp dan 1,600 Nm. Chiron Pur Sport boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.3 saat.

Hanya 60 unit Chiron Pur Sport ditawarkan di seluruh dunia dalam harga bersih mencecah 3 juta euro. Dihasilkan untuk memberi kepuasan pecutan kepada pemandu, kereta yang dibina di kilang Bugatti, Atelier, Perancis ini dijangka akan dikeluarkan dalam tahun ini juga.
Dalam masa yang sama, Bugatti turut sedang melakukan proses pemasangan kereta Chiron Sport dan Divo pada tahun ini. Dengan pendedahan model La Voiture Noire Bugatti pada Mac 2019, pengeluar kereta Perancis ini kini menghasilkan kenderaan termewah dan paling eksklusif di dunia.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB8472
SELANGOR
BSQ6814
JOHOR
JYY3410
PULAU PINANG
PSC8711
PERAK
APJ1072
PAHANG
CFG7358
KEDAH
KGG4432
NEGERI SEMBILAN
NEK6137
KOTA KINABALU
SJS3321
KUCHING
QAB9630N
Terakhir Kemas Kini 14 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?
'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?
12-06-2026
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.
11-06-2026
Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal
Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.
10-06-2026
KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026
Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/
10-06-2026
Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas
Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.
10-06-2026
CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?
Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ
10-06-2026
KLIMS 2026: Jetour G700 Malaysia Bakal Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Jetour G700 Sah Ke KLIMS 2026.
09-06-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat