ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bagi memperkenalkan Bugatti Chiron Super Sport, ia menelusuri dua laluan terus sejauh 5.84 kilometer pada kelajuannya sendiri di Litar Paul Ricard yang menawarkan permukaan litar yang cukup sempurna.

Di sana, terdapat sekumpulan wartawan buat pertama kali berpeluang  untuk merasai sendiri prestasi jentera mewah itu dengan melakukan pandu uji beberapa model Bugatti.

Malah, pasukan media dikatakan turut diberi peluang untuk memandu uji dan melakukan perbandingan kereta Chiron Pur Sport yang paling laju di dunia.

Presiden Bugatti, Stephan Winkelmann berkata, “Bagi merasai sendiri prestasi Chiron Super Sports terbaharu dalam semua aspek, anda sebenarnya perlu memandu kereta hyper sport ini.

“Oleh itu, saya  berbesar hati kerana dapat menawarkan pasukan media melakukan pandu uji di Litar Paul Ricard. Chiron Super Sport mempunyai prestasi yang luar biasa dan mempunyai personaliti tersendiri dalam keluarga Chiron. 

“Ia amat mengujakan untuk mendengar maklum balas mereka dan melihat reaksi mereka, ia benar-benar positif,” katanya.


Ketika acara eksklusif itu, bekas lumba kereta dan pemandu pandu uji Bugatti turut terlibat dalam membimbing semua peserta yang berada di litar lumba berkenaan.

Beliau menerangkan maklumat terperinci mengenai jentera mewah itu.

Untuk rekod, ia menjana kelajuan tertinggi terhad secara elektronik iaitu 440 kilometer sejam (km/j) menyebabkan Chiron Super Sport merupakan kenderaan pengeluaran Bugatti terpantas di dunia.

Chiron menghasilkan  1,578 kuasa kuda dan mampu memecut dari 0-200 km/j hanya dalam 5.8 saat manakala, 300km/j dalam 12.1 saat.

Secara ringkasnya, Bugatti mereka bentuk kenderaan baharu dengan ciri aerodinamik yang dipertingkatkan kerana walaupun pada kelajuan tertinggi, Chiron Super Sport mampu melakukan daya turun dengan seretan yang berkemungkinan sedikit.

Dari spillter hadapan hingga diffuser belakang, jurutera kenderaan ini dilihat membina setiap sentimeter kereta tersebut untuk kelajuan tinggi.

Perincian jentera ini dapat dilihat banyak dibawa terus ke bahagian belakang terutamanya bahagian ekor yang dipanjangkan 25 yang untuk menghasilkan estetika yang tersendiri.

Secara jelasnya,  Chiron Super Sport baharu ini direka  untuk mengoptimakan keberkesanan aerodinamiknya.

“Ia adalah sesuatu yang hebat untuk melihat kedua-dua model ini dapat menyakinkan pelanggan. Mereka dapat merasai perbezaannya dan pada masa sama, dapat melihat keupayaan pemanduan yang luar biasa,” kata Pengarah Jualan dan Operasi Bugatti, Hendrik Malinowski.


Chiron Super Sport  dikhabarkan masih dalam  fasa pembangunan sebelum pengeluaran di Molsheim, Perancis dimulakan. 

Daripada 500 kenderaan  keluarga Chiron yang dihasilkan, sebanyak 450 unit kenderaan itu telah habis dijual. Ini bermakna hanya tinggal 50 unit stok untuk ditempah.

Penghantaran Chiron Super Sport yang baharu ini akan dibuat pada awal tahun 2020. Ia akan dijual pada harga 3.2 juta euro (RM 15,494,504).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU8932

SELANGOR

BSU5431

JOHOR

JG2104J

PULAU PINANG

PSG6473

PERAK

APM4230

PAHANG

CFJ1906

KEDAH

KGJ5452

NEGERI SEMBILAN

NEM3609

KOTA KINABALU

SJU6463

KUCHING

QAB8024P

Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto
Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto
Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto
Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto
Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto
Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto
Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021
Berita Auto
Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Tidak Mampu Beli Bugatti? Jom Tengok Jam Tangan Pintar Bugatti!

Bugatti buat julung kalinya melancarkan jam tangan pintar.

30-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun

Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun

Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.

22-10-2026
Berita Auto
Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Kematian Kemalangan 2025: Motosikal Catat 66% Kes.

21-10-2026
Berita Auto
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?

Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?

21-10-2026
Berita Auto
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta

Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta

Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.

21-10-2026
Berita Auto
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?

EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.

21-10-2026
Berita Auto
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia

GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.

21-10-2026
Berita Auto
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia

Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.

21-10-2026
Berita Auto
SARA, BUDI95 Perlu Kecualikan Golongan Kaya

SARA, BUDI95 Perlu Kecualikan Golongan Kaya

Kaji semula SARA dan BUDI95 Untuk Orang Kaya.

20-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.