ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hanya RM99 Untuk Tempah X70 Edisi Khas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pembuat kereta nasional kedua terbesar di Malaysia,  Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) melancarkan Proton X70 Edisi Khas (X70 SE).

Lebih menarik, model itu dikatakan hanya dikeluarkan 2,000 unit.


“Dengan menambahkan Proton X70 Edisi Khas ke rangkaian model kami, Proton telah memperluaskan pasaran sasaran kami.

“Biarpun, ia merupakan pengeluaran model terhad, kami yakin ia akan menarik peminat pembeli yang menitiberatkan ciri-ciri  kemewahan.

“Malah ini adalah masanya,  bagi mereka yang sedang mencari kenderaan utiliti sukan pada harga berpatutan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn.Bhd, Roslan Abdullah dalam satu kenyataan.


Model Edisi Khas itu menawarkan bahagian luaran dan dalaman yang telah dikemaskini.

Ia ditawarkan dengan warna baharu yang unik iaitu Ocean Blue dan Ruby Red selain dipadankan dengan rim aloi 19 inci, bumbung, spoiler belakang dan cermin pintu yang diwarnakan hitam.


Malah, terdapat lambang SE eksklusif yang dipasang pada bahagian belakang sebagai sentuhan terakhirnya.

Menjengah bahagian dalamannya, tempat kerusinya dibaluti dengan kulit Nappa berwarna hitam selain kemasan  hiasan dalaman yang eksklusif dan hamparan karpet yang hanya eksklusif untuk model Edisi Khas.

Selain itu, model ini dikatakan memiliki spesifikasi yang sama dengan varian Premium 2WD.

Ia dijana dengan enjin 1.8L TGDi dan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.

Model berkenaan juga dilengkapi dengan Sistem Penulenan Udara Pintar PROTON (P-IAPS), enam beg udara SRS dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS),  Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan Kamera 360.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga model gempak ini!


Proton X70 Edisi Khas ditawarkan pada harga RM123,800. Ia boleh didapati mulai sekarang sehingga 31 Disember  ini namun tertakluk pada ketersediaannya.

Ia akan dijual bersama insentif cukai jualan PEMERKASA yang bernilai RM7,000. Lebih menarik, ia kini boleh ditempah secara dalam talian daripada harga serendah RM99.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Proton di www.proton.com.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR2973

SELANGOR

BST9400

JOHOR

JE6579J

PULAU PINANG

PSF7670

PERAK

APL6553

PAHANG

CFH8155

KEDAH

KGJ2329

NEGERI SEMBILAN

NEL9785

KOTA KINABALU

SJU2461

KUCHING

QAB6103P

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.