ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Konsep Mercedes-Benz VISION AVTR, Boleh Dikawal Dengan Otak?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-Benz memperkenalkan sebuah kenderaan futuristuk yang boleh dikawal dengan menggunakan minda.

Digelar sebagai antara muka otak-komputer atau Brain-computer interface (BCI), teknologi ini diintegrasikan kereta konsep mereka, VISION AVTR.



Ketua pegawai operasi Mercedes-Benz, Markus Schafer berkata, "Dengan pembangunan berterusan pembantu suara 'Hey Mercedes' dan juga konsep kosong-lapisan MBUX Hyperscreen, kami telah mempermudah operasi kenderaan secara radikal.  Teknologi BCI menjadikan ia tidak mustahil untuk memberikan lebih kelegaan kepada pengguna, supaya mereka dapat lebih fokus dalam pemanduan.  VISION AVTR menekankan keberanian dan juga semangat menjadi perintis syarikat yang merupakan konsep tepat untuk menguji dan membangunkan lagi aplikasi BCI.  Konsep kenderaan ini menggambarkan masa depan mobiliti dengan hebat yang mana manusia, alam dan teknologi wujud dalam keadaan harmoni bersama-sama."

Gabungan yang mengagumkan, interaksi biometrik dengan kenderaan disempurnakan melalui sambungan terus kepada otak manusia.



Berlandaskan kepada persepsi visual, teknologi kawalan minda ini didemonstrasikan melalui mock-up tempat duduk futuristik VISION AVTR menggunakan titik cahaya yang ditayangkan pada papan pemuka digital sepenuhnya.

Sebaik sambungan terus kepada kenderaan berjaya dilakukan selepas proses kalibrasi selama satu minit, peranti BCI iaitu dengan 'elektrod boleh pakai' (wearable electrodes) dipasangkan pada bahagian belakang kepala pengguna akan merekodkan aktiviti otak. 



Semasa otak menunjukkan respon terhadap stimuli visual yang terdapat pada papan pemuka, peranti BCI akan mengukur aktiviti neuronal di bahagian korteks.

Kemudian, ia akan menganalisis ukuran gelombang otak dan mengenalpasti dimanakah arah cahaya yang difokuskan oleh pengguna, ini dinamakan 'antara muka pengesanan-perhatian' (attention-sensing interface).



Oleh itu, semakin tinggi fokus yang diberikan, semakin tinggi aktiviti neuronal, dan dengan ini, peranti akan memacukan fungsi yang telah difokuskan ini kepada kenderaan.

Antara fungsi yang boleh dikawal ialah destinasi navigasi, kawalan pencahayaan ambien dan juga penukaran siaran radio.



"Mercedes-Benz telah mencipta satu detik penting dalam  menggabungkan manusia dan mesin dengan kajian dan pembangunan aplikasi antara muka otak-komputer untuk kereta bagi meningkatkan keselesaan pemanduan pada masa hadapan. Teknologi BCI dapat berfungsi tanpa suara dan sentuhan.  Ini membuka kemungkinan yang revolusioner untuk interaksi intuituf dengan kenderaan," ujar ahli lembaga Daimler AG, Britta Seeger.



Mercedes-Benz VISION AVTR telah dibentangkan kepada umum buat pertama kalinya ketika Consumer Electronics Show (CES) 2020 di Las Vegas.

Ia merupakan hasil kolaborasi global antara salah satu jenama paling inovatif dalam industri hiburan, Disney dan juga jenama kereta kelapan yang paling berharga di dunia, Mercedes-Benz. 



AVTR merupakan nama pendek bagi konsep kereta masa depan  ‘ADVANCED VEHICLE TRANSFORMATION’.

Konsep pemanduan autonomi ini merupakan visi pereka, jurutera dan pengkaji Mercedes-Benz untuk mobiliti masa depan.



Berkenaan rekaannya, bahan yang diproses secara mampan seperti balutan kulit DINAMICA yang diperbuat daripada barangan kitar semula, dan juga penggunaan kayu rotan Karuun yang tumbuh dengan cepat.




Namun begitu, teknologi ini tidak mungkin dapat dinikmati dalam masa yang terdekat, tetapi kini ia bukanlah sekadar satu bayangan atau mimpi, dengan adanya kajian tanpa henti, VISION AVTR bakal menjadi realiti.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT3086

SELANGOR

BSU3081

JOHOR

JF4396J

PULAU PINANG

PSG2593

PERAK

APM925

PAHANG

CFH9642

KEDAH

KGJ3979

NEGERI SEMBILAN

NEM2253

KOTA KINABALU

SJU4720

KUCHING

QAB7316P

Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

14-06-2023
Video

10-04-2023
Global

20-03-2023
Gaya Hidup

08-03-2023
Teknologi

01-03-2023
Teknologi

23-02-2023
Global

21-02-2023
Berita Auto

12-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1

Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.

07-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?

Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.

07-10-2026
Berita Auto

Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar

10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.

07-10-2026
Berita Auto

Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas

Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.

06-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Tiket ECRL?

Kabinet Masih Belum Memutuskan Harga Tiket ECRL.

06-10-2026
Berita Auto

Air Campur Petrol: KPDN Kedah Siasat 11 Stesen Minyak

Dakwaan Petrol Bercampur Air Viral: KPDN Jalankan Pemeriksaan.

06-10-2026
Berita Auto

Anda Boleh Lega: Lebih Banyak Ciri MyJPJ Mulai Bulan Depan

Ciri Baru MyJPJ Bulan Depan: Tiada Lagi Orang Tengah?

06-10-2026
Berita Auto

Ini Dia Pelukis Bendera Gergasi Di Litar Sepang

Inilah Pelukis Bendera Gergasi F1 Sepang Yang Ramai Tak Tahu.

06-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.