ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Jentera ini dikatakan bakal menyaingi pesaingnya

Suhana Veru

Kongsi melalui


Seperti mana kita ketahui, Toyota Corolla Cross akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada Khamis ini.

Kehadiran Cross dikatakan bakal  menyaingi seterunya seperti Honda HR-V, Subaru XV dan Mitsubishi ASX.

Rujuk carta di bawah:


Jika dibandingkan dengan harganya, Toyota Corolla Cross menawarkan harga yang paling rendah iaitu bermula dari RM78,890 (berdasarkan spesifikasi dan harga model keluaran Thailand).

Ia kemudian diikuti dengan Honda HR-V yang ditawarkan pada harga RM 104,000, Subaru XV (harga permulaan RM112,000) dan akhirnya, Mitsubishi ASX (RM118,866).

Toyota Corolla Cross ini didatangkan dengan  1.8 liter empat silinder sebaris, 16 injap, DOHC dengan Suntikan Bahan Api secara elektronik sekali gus mampu  menghamburkan kuasa 138 kuasa kuda pada takat 6,000 rpm, manakala tork 177 Nm pada takat 4,000 rpm.

Bagi HR-V, ia dilengkapi dengan 1.8 liter 16 Injap SOHC, Aspirasi Semulajadi dengan  Masa injap pembolehubah yang menghasilkan 140 kuasa kuda kuda pada takat 6,500 dan tork 172 Nm pada 4,300 rpm.



Bagaimanapun, XV pula didatangkan dengan enjin 2.0 Flat empat silinder, 16 injap DOHC, Aspirasi Semulajadi dengan suntikan bahan api terus bersama Masa Injap Pembolehubah.

Ia pula menghasilkan kuasa sebanyak 148 kuasa kuda pada takat 6,000 rpm dan tork 197 Nm pada takat 4,200 rpm.


Menyentuh mengenai transmisi kenderaan, Honda HR-C dan Mitsubishi hadir dengan transmisi Automatik Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) sebaliknya, Cross pula dilengkapi dengan transmisi CVT tujuh kelajuan dengan Shift Lock dan Sequential Shift.

Subaru XV pula dipadatkan dengan mod manual transmisi Lineartronic tujuh kelajuan.

Menyentuh mengenai Mitsubishi ASX, ia  pula dikatakan menggunakan minyak paling tinggi iaitu 7.7 liter (L) untuk setiap 100 kilometer (km), diikuti dengan XV, 7.3l/100km dan 6.6L/100km untuk HR-V.

Hakikatnya, kenderaan yang menggunakan bahan api paling rendah ialah Cross apabila ia cuma merekodkan penggunaan minyak sebanyak 6.5l/100km.

Dari segi dimensi, Cross memiliki 4,460 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,620 mm tinggi dan jarak antara roda pula ialah 2,640 mm.

Ia yang seberat 1,386 kilogram (kg) hadir dengan ruang but seluas 487 liter.

Dimensi Honda HR-V pula ialah 4,334 mm panjang, 1,772 mm lebar, 1,605 mm tinggi dan jarak antara roda pula ialah 2,610 mm. Ia dilaporkan seberat 1,257kg dan memiliki ruang but bersaiz 437 liter.

Subaru XV pula hadir dengan dimensi  4,465 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,615 mm tinggi dan jarak roda, 2,665 mm. XV yang seberat 4,365kg pula memiliki but seluas 442 liter. 

Berdasarkan dimensi berikut, kita boleh melihat bahawa XV lebih panjang (4,465mm) berbanding Cross. Bagaimanapun, Cross merupakan model paling lebar yang mencatatkan ukuran (1,825mm) berbanding tiga model itu.

Model paling tinggi pula dikatakan milik ASX, kerana mencatatkan ukuran 1,640mm tetapi ruang but Cross antara yang paling besar iaitu 487 liter.

Begitupun, buat masa ini, kita tidak boleh mengesahkan sebarang spesifikasi mengenai Toyota Corolla Cross termasuk ada yang mengatakan ia juga akan hadir dengan pilihan enjin 1.0 liter.

Sebaliknya, apa yang pasti penonton dikatakan akan teruja dengan pelancaran Toyota Corolla Cross ini memandangkan ia merupakan kereta pertama di Malaysia yang dilancarkan dengan Audio 8D.

Jadi, teruskan bersama kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Toyota Corolla Cross sebaik ia dilancarkan nanti!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM4921

SELANGOR

BSG7503

JOHOR

JYE4625

PULAU PINANG

PRT785

PERAK

ANY6891

PAHANG

CFD485

KEDAH

KGB6356

NEGERI SEMBILAN

NEG6323

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8364L

Terakhir Kemas Kini 04 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-04-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

23-03-2024
EV

22-02-2024
Global

09-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
EV

18-01-2024
Berita Auto

22-12-2023

Berita Terkini

Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.