ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Perbandingan Antara Empat Varian Honda City!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Honda City RS dikatakan baru sahaja menembusi pasaran Malaysia dan sudah pastinya telah menarik perhatian ramai pihak.

Hadir bersama ciri-ciri terbaik dalam kelasnya, sememangnya berbaloi dengan harga yang anda bayar!




Ketiga-tiga varian petrol (S, E dan V) dilengkapi dengan enjin 1.5 liter DOHC, aspirasi semulajadi dan hadir dengan kapasiti enjin empat silinder.

Bagaimanapun, varian RS ialah hibrid dan dilengkapi dengan enjin 1.5 liter kitaran Atkinson DOHC i-VTEC bersama enjin empat silinder yang juga hadir bersama motor elektrik.

Bagi varian S, ia dipadankan dengan rim aloi 15 inci, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang kombi, kemasukan kunci pintar dengan butang penghidup enjin, butang ECON.

Ia juga dilengkapi dengan kluster instrumen digital dan analog selain ventalasi penghawa dingin, kawalan audio stereng dan cermin sisi kereta yang boleh dilaraskan secara elektronik.



Dari aspek keselamatan, Honda City S dilengkapi dengan empat beg udara selain ISOFIX dan Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)  dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Ia juga hadir dengan Bantuan Brek (BA), Bantuan Daki-Mula (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan dua sensor undur dan penggera keselamatan dengan pelumpuh enjin (immobiliser).

Sementara itu, varian E pula hadir dengan beberapa ciri tertentu yang tiada pada varian biasa.

Antaranya adalah penghidup enjin kawalan jauh, kawalan jelajah, pendingin hawa tunggal, paparan audio lapan inci, dua port pengecas USB tambahan termasuk kamera undur pelbagai arah.

Bagi varian V pula, ia memiliki beberapa ciri yang didapati pada varian E tetapi ditambah dengan lampu utama LED, lampu kabus hadapan, enam speaker, enam beg udara, Honda Lanewatch Camera (LWC) dan rim aloi bersaiz 16 inci. 

Berbeza pula dengan varian tertinggi RS memandangkan ia hadir dengan enjin hibrid dan dipadankan dengan pembakaran dalaman 1.5 liter Sports i-MMD e:HEV, panel meter tujuh inci.

Selain itu, terdapat paparan spesifik hibrid , rim aloi  dua tona warna bersaiz 16 inci manakala, ruang butnya adalah seluas 409 liter.







Tidak ketinggalan, ia juga dikatakan hadir dengan Pemegang Brek Automatik (ABH). 

Sebaliknya,  ciri penting yang paling utama adalah Honda Sensing yang merangkumi beberapa ciri tambahan seperti Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW),  Sistem Brek Pengurangan Pelanggaran (CMBS) dan Amaran Pelepasan Laluan (LDW).

Malah, ia juga meliputi Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS), Pengurangan Pelepasan Laluan (RDM), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)  dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).

Berikut merupakan jadual berdasarkan dari spesifikasi ciri keselamatan dan aksesori tambahan lain yang ditawarkan setiap varian:



Hakikatnya, Honda telah membuktikan bahawa Honda City RS merupakan antara kenderaan yang canggih  dan berbaloi untuk dimiliki.

Apakah pendapat anda tentang Honda City RS? Kongsi pendapat anda di bawah ruangan komen di bawah ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPP1832

SELANGOR

BSH2039

JOHOR

JYF3256

PULAU PINANG

PRT3996

PERAK

APA3717

PAHANG

CFD2421

KEDAH

KGB8504

NEGERI SEMBILAN

NEG7494

KOTA KINABALU

SJM1925

KUCHING

QAB9451L

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.13

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.90

-0.04

EURO 5 B7

RM 3.10

-0.04

Terakhir Kemas Kini 14 Aug, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Baru

17-07-2025
Kereta Baru

01-07-2025
Berita Auto

10-06-2025
Kereta Baru

15-05-2025
Kereta Baru

15-04-2025
Berita Auto

07-04-2025
EV

01-03-2025

Berita Terkini

Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.