Aston Martin Vantage Baharu Diperkenalkan Dalam Warna Liquid Crimson!
Aston Martin Kuala Lumpur membawakan gaya baharu untuk Aston Martin Vantage yang kini menggunakan warna Liquid Crimson dan juga dengan pilihan gril depan berbentuk "Vaned."
Gril dengan rekaan ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya bagi meraikan ulang tahun yang ke-70 model Vantage yang telah digunakan pada banyak Aston Martin yang terkenal.
Jika dibandingkan dengan rekaan Vantage terdahulu yang pernah diperkenalkan oleh Aston Martin KL, reka bentuk baharu ini tampak lebih lembut dan halus.
Gril depan "Vaned" kereta ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu perak (Silver) dan hitam.
Selain itu, Aston Martin Vantage Liquid Crimson turut didatangkan bersama-sama dengan pilihan yang ditawarkan pada Aston Martin Lagonda iaitu Black Wings Badges dan rim Snowflake bersaiz 20 inci.
Kemasan yang digunakan untuk kabin kereta ialah balutan kulit Caithness yang ditawarkan dalam sama ada satu tona atau dua tona. Untuk dua tona, pilihan warna yang ditawarkan ialah gabungan warna Obsidian Black dan Lords Red.
Untuk pengetahuan pembaca, unit khas kereta ini terus terjual sebaik tiba di Malaysia kepada pemilik beberapa institusi pendidikan negara, Datuk Idrus Mohd Satha.
Harga untuk Aston Martin Vantage bermula daripada RM 678,000, manakala Aston Martin Vantage Liquid Crimson pula daripada RM 851,000. Harga ini tidak termasuk duti dan cukai.
Selain ini, ada dua lagi unit siri Vantage dengan gril vaned yang akan diperkenalkan untuk jualan. Untuk makluman anda, tempoh menunggu yang minimum ialah selama 8 bulan.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut, boleh kemukakan soalan kepada astonmartinkl.enquiries@wearnes.com
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM5604
SELANGOR
BSG7745
JOHOR
JYE5042
PULAU PINANG
PRT1080
PERAK
ANY7246
PAHANG
CFD721
KEDAH
KGB6454
NEGERI SEMBILAN
NEG6404
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8459L
Terakhir Kemas Kini 05 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Berkaitan
AMKL Lancar Aston Martin Vantage, 1 Unit Setiap Edisi – Iron Wolf & Midnight Viper
Aston Martin Kuala Lumpur lancar Iron Wolf dan edisi Midnight Viper.
01-09-2023
Aston Martin DB12 Rasmi Di Malaysia – Enjin V8, 671 HP, Dari RM1.08 Juta
Aston Martin DB12 akhirnya tiba di Malaysia. Ini spesifikasinya...
28-07-2023
Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!
Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.
24-05-2022
Aston Martin Vantage Hunter Edition Diperkenalkan - Harga RM880K
Aston Martin Kuala Lumpur perkenalkan kepada umum unit kustom Aston Martin Vantage Hunter Edition yang ditawarkan pada harga RM880K.
27-12-2021
Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!
Aston Martin Kuala Lumpur telah merasmikan kedatangan Aston Martin DBX.
27-09-2021
Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas
Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.
10-07-2025
Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li
Jazeman bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Super GT yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang , pada 26 hingga 28 Jun ini.
02-05-2025
Aston Martin Vantage Baharu Kini Rasmi di Malaysia – Cecah 656 HP! Dari RM2.37 Juta
Aston Martin Vantage baharu ditawarkan di pasaran dengan harga bermula daripada RM2.37 juta. Ini spesifikasinya...
10-05-2024
Berita Terkini
Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan
Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.
04-08-2025
2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM
Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.
04-08-2025
Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat
Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.
04-08-2025
Toyota Yaris Cross Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Bakal Tiba Di Malaysia
Beberapa tahun selepas kemunculan sulung Toyota Yaris Cross platform DNGA khusus untuk pasaran ASEAN, SUV crossover segmen B ini akhirnya menjalani ujian keselamatan oleh ASEAN NCAP.
04-08-2025
Nombor Pendaftaran Khas Laku Keras, Kerajaan Kutip RM110 Juta Hasil Jualan NPI
Sejak nombor pendaftaran istimewa (NPI) diperkenalkan pada tahun 2023, pihak kerajaan telah mengutip sebanyak RM110,069,150.
04-08-2025
ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi
ETS dari Segamat ke JB Sentral tidak dapat disiapkan lagi memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap.
04-08-2025
Operasi LRT3 Shah Alam Ditangguhkan Hingga Hujung Oktober
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam berkemungkinan tidak dapat memulakan perkhidmatan seperti dijadualkan pada 30 September 2025.
04-08-2025
Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.
04-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat