ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pandu Uji Kia Carnival 2022: Berbaloikah Untuk Beli Jentera 11 Tempat Duduk Ini? Ini Pendapat Jujur Kami

Sofea Najmi

28-1-2022

Kongsi melalui

Pada 20 Januari baru-baru ini, penulis telah dijemput untuk menghadiri sesi pandu uji media Kia Carnival 2022.  Artikel ini mendedahkan pandangan penulis tentang model ini.

Model yang pada asalnya diberi nama ‘Grand Carnival’ kini sudah dipendekkan sebagai ‘Carnival’ dan buat pertama kalinya, Carnival dianggap sebagai sebagai sebuah Grand Utility Vehicle (GUV) dan bukan sekadar sebuah MPV biasa.

Berharga RM 196,340, GUV dengan 11 tempat duduk ini hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja yang pada peringkat awal ini akan diimport daripada Korea Selatan sebelum pemasangan secara CKD dimulakan pada bulan Mei tahun ini. 

Tanggapan Awal


Selepas mendengar ucapan daripada pihak Kia, melihat pembentangan mengenai ciri menarik Kia Carnival terbaharu serta mendengar taklimat untuk sesi pandu uji, kami telah dibawa menuju ke lokasi di mana Kia Carnival dalam pelbagai warna diparkir. 


Ditawarkan dalam warna 6 warna iaitu Snow White Pearl, Silky Silver, Aurora Black Pearl,

Panthera Metal, Astra Blue dan Flare Red





Dari sudut depan, terserlah betapa ‘gergasinya’ jentera yang bakal dinaiki ini. Penulis tertarik dengan rekaan gril kereta yang menjadikan keseluruhan wajah depan kelihatan moden. Gril yang menurut Kia adalah diilhamkan daripada ‘hidung harimau’ ini bersambung dengan lampu depan projektor dwi-LED.






Dari tepi, ciri paling menyerlah ialah pada bahagian tayarnya yang menggunakan rim aloi jejari Y dua tona bersaiz 18 inci yang nampak ranggi, lekukan pada bahagian bawah pintu yang kelihatan gagah dan juga skirting yang sporty. 





Bergerak ke bahagian belakang, ciri yang menyerlah ialah lampu yang memanjang dengan garisan krom di atasnya. Turut menyerlah pada sudut ini ialah plat kelincir (skid plate) yang membuatkan kereta nampak lasak. 




Jika dibandingkan dengan Kia Carnival sebelum ini, saiz keseluruhan Kia Carnival 2022 adalah lebih besar yang mana kepanjangannya bertambah sebanyak 40 mm, kelebaran bertambah 10 mm dan jarak antara roda bertambah sebanyak 30 mm.




Walaupun lebih besar, versi kali ini dibina berdasarkan platform generasi terbaharu yang lebih ringan, kukuh dan senyap selain memiliki ciri aerodinamik yang lebih baik. 




Untuk sesi pandu uji ini, penulis telah berpeluang untuk menaiki Kia Carnival berwarna merah membara atau Flare Red. Sememangnya warna yang cukup menyerlah untuk sebuah jentera yang gah. 


Pengalaman Sebagai Penumpang 


Disebabkan kami bergerak secara berkumpulan, kami dapat memandu kereta mengikut giliran. Bagi pergerakan awal dari Glenmarie ini, penulis memilih untuk duduk di barisan ketiga Kia Carnival.




Untuk memasuki kereta, penulis hanya perlu menekan butang kecil pada pemegang pintu dan kereta terbuka secara automatik. Ciri yang sangat memudahkan untuk sebuah jentera yang besar. Pintu juga boleh dibuka secara automatik tanpa sentuh sekiranya pengguna turut membawa bersama kunci semasa mendekati pintu kereta. 




Sebaik pintu terbuka, terpapar ruang dalaman kereta yang elegan dengan tempat duduk upholsteri kulit berwarna coklat (Saddle Brown). Penulis memilih untuk duduk di barisan ketiga daripada empat barisan yang ada. Pada pendapat penulis, tempat duduknya sangat selesa dengan tempat letak kepala yang tidak menyakitkan leher walau duduk dalam jangka masa yang lama. 





Daripada kedudukan ini, penulis dapat melihat keluasan bagi kesemua barisan belakang. Ruang kaki untuk barisan kedua dan ketiga cukup luas untuk penumpang dewasa, namun bagi barisan terakhir, ruang kaki lebih sempit dan hanya sesuai untuk kanak-kanak. 





Tempat duduk di bahagian tengah untuk barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk menjadi ruang letak barang seperti botol, telefon bimbit atau sebagainya. Ia juga boleh dilipat ke sisi untuk membuka laluan bagi menuju ke tempat duduk barisan terakhir. 



Dalam cuaca panas Malaysia, ciri yang penting sekali bagi sebuah kereta sebesar GUV ini ialah pendingin hawa yang sejuk. Ini bukanlah satu isu untuk Kia Carnival. Untuk bahagian belakang, tersedia pendingin hawa automatik satu zon yang mana corong udara terletak pada bahagian bumbung untuk kesejukan yang lebih menyeluruh. 


Ciri lain yang boleh dikatakan penting ialah port pengecas. Jangan risau, Kia Carnival hadir dengan tujuh port pengecas USB yang boleh diakses oleh kesemua barisan tempat duduk. Barulah syok nak balik kampung! 


Namun alangkah indahnya kalau Kia Carnival Malaysia juga turut mendapat ciri menarik lain yang terdapat pada Kia Carnival Thailand iaitu unit hiburan bagi tempat duduk belakang dan juga bumbung suria. 


Dari segi keselesaan perjalanan sebagai seorang penumpang belakang, memang boleh dipuji. Kualitinya dapat dirasakan semasa melalui jalan yang tidak rata atau melambung. Impak kepada penumpang adalah kecil kerana segalanya diserap dengan baik oleh badan kereta. 


Pengalaman Sebagai Pemandu




Selepas merasai pengalaman menjadi penumpang belakang, penulis berpeluang untuk duduk di hadapan selepas sesi pertukaran pemandu. Semasa berada di tempat duduk pemandu, rasa teruja menerjah fikiran apabila melihat keseluruhan ruang depan Kia Carnival dari papan pemuka, konsol tengah dan bahagian sterengnya yang pada pendapat penulis kelihatan klasik kerana gabungan warna yang digunakan dan juga rekaannya yang tampak ringkas tetapi elegan. 





Kia Carnival 2022 menggunakan sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 12.3 inci yang boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Di bawahnya, terletak beberapa butang kawalan lain dan juga sistem kawalan untuk pendingin hawa dua zon bagi barisan depan. Di bahagian bawah sekali ialah kemudahan pengecas tanpa wayar dan juga sambungan USB. 




Stereng kereta dibalut dengan kulit berwarna hitam yang sedap dipegang, sentuhan yang terasa premiumnya. Di sebalik stereng ini terdapat skrin paparan pelbagai info TFT LCD 4.2 inci yang diapit oleh kluster instrumen analog. 




Tiba masa untuk meneruskan perjalanan menuju ke Ipoh, penulis menyediakan diri dengan membetulkan tempat duduk (pelarasan automatik 8 arah, ciri pelarasan yang sama untuk kedua-dua tempat duduk depan) dan cermin supaya sesuai dengan saiz badan penulis yang kecil untuk memandu jentera sebesar ini. 




Pada pendapat penulis, ruang pemandu kereta ini cukup fleksibel dan selesa kerana boleh disesuaikan untuk seorang pemandu yang berbadan kecil. Sudut pandangan juga sangat memuaskan dengan cermin depan yang luas dan cermin sisi yang besar. 


Kia Carnival menggunakan enjin turbodiesel Smartstream 2.2L dengan transmisi automatik 8 kelajuan yang boleh ditukar dengan mudah melalui pusingan dial gear (e-shift). Kereta ini boleh menjana kuasa mencecah 199 hp pada 3,800 rpm dengan tork 440 Nm pada 1,750 - 2,750 rpm. 



Sistem yang digunakan pada Kia Carnival kali ini menjadikan pemanduan terasa cukup relaks dengan pengendalian yang begitu responsif dan lancar. Perjalanan ditempuhi pada pelbagai kelajuan dan mod pemanduan (Normal, Eco, Sport dan Smart) melalui lebuh raya dan juga jalan kampung. 


Impak kepada penumpang dan pemandu semasa brek, melalui selekoh dan pecutan adalah minimum. Tahap keselesaan yang sangat boleh dipuji. Kereta juga terasa stabil walau dipandu laju. Keselesaan kereta turut menyerlah semasa melalui jalan kampung yang berlubang dan tidak rata dengan olengan badan pada tahap yang minimum.




Ciri lain yang terdapat pada kereta ini seperti monitor pandangan keliling banyak membantu pemandu untuk mengawal sebuah kereta yang bersaiz besar dengan mudah terutamanya ketika parkir atau melalui ruang yang sempit. 


Persoalan yang paling penting sekali adalah: 


“Macam mana dengan minyak? Tak mahal ke untuk kereta sebesar ni?” 


Setelah melalui perjalanan yang berbatu jauhnya daripada Glenmarie sehingga ke Ipoh dan dari Ipoh kembali ke Glenmarie tanpa mengisi semula minyak yang berkapasiti penuh pada awal perjalanan, ini hasilnya:




Memang jimat! Kalau dilihat daripada angka yang terpapar pada skrin tengah, 9.1L/100KM, boleh dirumuskan tahap penggunaan minyak kereta ini cukup baik memandangkan sepanjang sesi pandu uji ini kereta sering dipandu pada kelajuan yang tinggi. Selain itu, kereta juga telah dipandu dengan cara yang berbeza-beza setiap kali pertukaran pemandu dilakukan. Dengan baki minyak sebanyak ini di akhir perjalanan? Not badlah!


Aspek Lain





Konfigurasi tempat duduk yang fleksibel


Sebagai sebuah jentera dengan tiga baris tempat duduk belakang yang boleh dilipat, saiz ruang kargo menjadi lebih fleksibel.



Antara ciri keselamatan yang ditawarkan


Dari segi keselamatannya pula, Kia Carnival dilengkapkan dengan beberapa ciri keselamatan pasif iaitu tujuh beg udara, kawalan cengkaman (TCS), agihan brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA), sistem brek anti-kunci (ABS), sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan brek multi-pelanggaran (MCB), cagak ISOFIX, bantuan mula-daki (HAC), pengunci pintu automatik, fungsi auto hold, pelumpuh enjin dan amaran penumpang belakang (ROA). Untuk ciri keselamatan aktif pula, kereta dilengkapkan dengan amaran pelanggaran titik buta (BCW) serta bantuan pengelak pelanggaran trafik lintasan belakang (RCCA).


Adakah Kia Carnival 2022 Berbaloi Untuk Dimiliki?


Ditawarkan pada harga RM 196,340, GUV ini sememangnya sebuah jentera yang menarik untuk dimiliki oleh sebuah keluarga yang besar kerana bilangan tempat duduknya yang banyak seperti sebuah van. Tahap keselesaannya juga menjadikan ia sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Minyak juga terbukti menjimatkan.


Namun begitu, satu-satunya model Kia Carnival yang dikeluarkan untuk negara Malaysia ini memiliki kekurangan dari segi ciri keselamatan ADAS kerana hanya tampil dengan sistem amaran titik buta dan juga bantuan pengelak trafik lintasan belakang tanpa ciri penting lain seperti brek kecemasan autonomi. 


Selain itu, jika dibandingkan dengan Kia Carnival yang dikeluarkan untuk negara Thailand, ada beberapa ciri membabitkan aspek keselamatan, kemudahan serta hiburan yang tidak terdapat pada model negara kita. Namun jika dilihat dari segi harga dan juga pengalaman keseluruhan sewaktu sesi pandu uji, Kia Carnival sememangnya sebuah jentera yang sangat berbaloi untuk dibeli. 




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC873

SELANGOR

BSE4402

JOHOR

JXW4803

PULAU PINANG

PRQ3417

PERAK

ANV3402

PAHANG

CFB6571

KEDAH

KGA4221

NEGERI SEMBILAN

NEF7075

KOTA KINABALU

SJK7319

KUCHING

QAB3039L

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kempen “Fuel-on-Us”: Beli Kia Carnival, Dapat Subsidi RM1.05/Liter Selama 5 Tahun!

Kempen “Fuel-on-Us”: Beli Kia Carnival, Dapat Subsidi RM1.05/Liter Selama 5 Tahun!

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif jenama Kia di Malaysia, melancarkan kempen “Fuel-on-Us” untuk model Kia Carnival.

15-10-2024
Global
GIIAS 2024: Kia Carnival Facelift Dilancarkan di Indonesia – Ada Versi Hibrid, Cecah 242 HP!

GIIAS 2024: Kia Carnival Facelift Dilancarkan di Indonesia – Ada Versi Hibrid, Cecah 242 HP!

Kia Carnival generasi keempat versi facelift dilancarkan di Indonesia. Ini spesifikasinya...

18-07-2024
Global
Kia Carnival Facelift Diperkenalkan Dengan Wajah EV9?

Kia Carnival Facelift Diperkenalkan Dengan Wajah EV9?

Kia Carnival versi facelift telah diperkenalkan untuk pasaran Korea Selatan.

31-10-2023
Kereta Baru
Kia Carnival 2022 - 7-8 Tempat Duduk, Ada 3 Varian

Kia Carnival 2022 - 7-8 Tempat Duduk, Ada 3 Varian

Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., memperkenalkan Kia Carnival 2022 CKD (pemasangan tempatan) ke pasaran Malaysia.

28-07-2022
Berita Auto
Harga Kia Carnival 2022 Didedahkan

Harga Kia Carnival 2022 Didedahkan

Jentera ini yang menawarkan satu varian tunggal akan dijual pada harga RM196,341.

12-01-2022
Berita Auto
MPV 11 Penumpang, Kia Carnival 2022 Kini Boleh Ditempah!

MPV 11 Penumpang, Kia Carnival 2022 Kini Boleh Ditempah!

MPV edisi terbaharu, Kia Carnival 2022 telah dilancarkan.

03-12-2021
Berita Auto
Kia Motors Bekerjasama Dengan Bermaz Auto – Operasi CKD Bakal Dimulakan

Kia Motors Bekerjasama Dengan Bermaz Auto – Operasi CKD Bakal Dimulakan

Kia Motors Corporation dan Bermaz Auto Berhad secara rasminya telah bekerjasama untuk memperluas pengeluaran dan juga pemasangan kenderaan Kia di Malaysia.

02-04-2021
Pandu Uji
Kia Grand Carnival Terbaik Untuk Yang Ada Keluarga Besar

Kia Grand Carnival Terbaik Untuk Yang Ada Keluarga Besar

Kia Grand Carnival mampu memuatkan sehingga 11 penumpang.

27-07-2022

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.