ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Volkswagen Tiguan Allspace R-Line: SUV Keluarga Yang Lasak!

Sofea Najmi

25-3-2022

Kongsi melalui



Kalau hanya ada satu kereta di rumah yang perlu digunakan untuk bermacam urusan, Volkswagen Tiguan Allspace R-Line patut menjadi pilihan.


Prestasi yang menakjubkan, lasak, tempat duduk yang banyak, rekaan yang tak lapuk dek zaman, ini adalah empat perkara yang boleh penulis katakan untuk menggambarkan Volkswagen Tiguan Allspace R-Line.


Tiguan versi 7 tempat duduk ini dilancarkan buat pertama kali pada tahun lalu sebelum menerima beberapa penambahbaikan pada tahun ini, 2021. Dua versi Tiguan Allspace yang telah diperkenalkan semasa pelancaran ialah dua versi Tiguan Allspace telah diperkenalkan ialah  1.4TSI Highline yang ditawarkan buat masa itu pada harga RM 164,430.75 dan varian 2.0TSI R-Line pada harga RM 208,553.79.


Penulis berpeluang untuk mencuba sendiri varian  2.0TSI R-Line bagi kegunaan harian.  Artikel ini mendedahkan pandangan penulis tentang varian ini. 


Tanggapan awal





Tiguan Allspace R-Line tampil sporty dengan ciri-ciri seperti bampar depan dan belakang khas R-Line, skirt sisi, rim 19 inci,  ekzos berkembar berbentuk trapezium dan juga spoiler belakang. Rekaan keseluruhan bahagian depan kereta iaitu gril dan lampu depan juga kelihatan agresif. 


Pengalaman Sebagai Pemandu






Masuk ke ruang kabin, penulis terasa agak janggal kerana ini merupakan pertama kali duduk di atas tempat duduk sporty. Rekaannya seolah-olah ‘memeluk’ badan supaya tetap pada kedudukan walau dipandu laju.


Namun satu perkara yang menjadi isu adalah ketinggian papan pemuka kereta yang agak tinggi untuk penulis walaupun tempat duduk telah dilaraskan agar sesuai dengan saiz badan. Keadaan ini agak mengganggu keselesaan penulis kerana pandangan hadapan yang terhad.




Dari segi kuasa, Tiguan Allspace R-Line dikuasakan oleh enjin TSI berpengecas turbo 2.0L yang menyalurkan kuasa kepada keempat-empat roda melalui transmisi DSG (basah) 7 kelajuan dan juga sistem pacuan semua roda 4Motion. Di atas kertas, gabungan trenkuasa ini mampu mencapai kuasa output 217 hp dan tork 350 Nm.




Mod pemanduan kereta boleh diubah melalui tombol yang terletak di sebelah kiri pemandu, namun kedudukannya kurang strategik kerana agak sukar untuk dilihat lebih-lebih lagi sekiranya masih baru menggunakan kereta ini. Mod boleh ditukar sama ada Normal, Eco, Sport, Comfort atau Individual. Terdapat juga pilihan Off-road untuk pemanduan lasak. 


Secara keseluruhannya, SUV ini cukup responsif dan mudah untuk dikawal walau dipandu dalam apa sahaja kelajuan, sederhana mahupun laju. Ketika dipandu laju, dapat dirasakan kestabilan kereta dengan cengkaman tayar yang meyakinkan. Suspensi kereta juga sangat memuaskan kerana olengan badan penumpang di dalam kereta adalah minimum semasa melalui jalan berlubang atau berbonggol. Kuasa yang dimiliki enjin kereta tidak dapat dinafikan kerana penulis dapat memecut dan memintas pemandu lain dengan mudah. 


Pengalaman Sebagai Penumpang




Volkswagen Tiguan Allspace buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2020 sebagai model Tiguan terbaharu dengan bilangan tempat duduk yang lebih banyak daripada model asal, Volkswagen Tiguan. Model sebelum ini tampil dengan lima tempat duduk dan Allspace dihadirkan dengan tujuh tempat duduk. Ini sememangnya sebuah model kereta yang sesuai untuk kebanyakan keluarga, tak perlulah nak naik sampai dua kereta kalau balik kampung beraya, ye tak? 




Penulis sendiri berpeluang untuk membawa bersama seluruh ahli keluarga seramai tujuh orang untuk merasa pengalaman menaiki SUV tujuh tempat duduk ini dengan memenuhkan semua ruang kereta.. 


Tempat duduk depan dan di barisan kedua cukup selesa walaupun untuk perjalanan jauh. Ruang kaki yang luas memang muat untuk meregangkan badan sekiranya lenguh semasa perjalanan. Menambahkan lagi keselesaan adalah dengan adanya pendingin hawa di barisan ini. 




Walau bagaimanapun, penumpang di barisan ketiga tidak begitu selesa disebabkan ruang kaki yang agak sempit di samping terasa agak panas dalam cuaca Malaysia tanpa pendingin hawa di barisan ini. Walaupun ada pendingan hawa di barisan kedua bagi yang mengalirkan udara sejuk di tempat duduk belakang, namun mungkin kerana kedudukan yang agak rendah, membuatkan udara tidak dapat mengalir jauh sehingga ke belakang. 


Aspek lain





Kapasiti kargo kereta ini sekiranya kerusi tidak direbahkan ialah 230 liter dan sekiranya kerusi di barisan ketiga dilipat kapasiti bertambah kepada 700 liter, dan sekiranya barisan kedua juga dilipat ruang simpanan yang cukup luas sehingga 1,775 liter, sememangnya muat kalau anda bercadang untuk mengangkut basikal ke lokasi rekreasi atau mengangkut perabot yang besar. 




Dari segi keselamatan, Tiguan Allspace R-Line dilengkapi enam beg udara, cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak, kamera pandangan belakang yang terpasang pada but kereta, bantuan rehat (sistem amaran pemandu), sistem brek selepas pelanggaran dan kawalan turun bukit. 


Berbaloi atau tidak?


Tiguan Allspace R-Line cukup sesuai digunakan oleh individu yang inginkan lebih keseronokan dan kepuasan ketika memandu, dalam masa yang sama, inginkan lebih praktikaliti dan fungsi. Bukan sekadar prestasi yang mantap semata-mata, tapi juga ruang yang selesa untuk penumpang yang ramai bagi apa sahaja aktiviti sama ada lasak atau santai. 


Dengan adanya teknologi pacuan semua roda, 4MOTION, tiada yang dapat menghalang kereta ini daripada terus bergerak dan tiba ke destinasi dengan penuh tenaga. Namun, satu aspek yang dapat dimasukkan untuk menjadikan kereta ini lebih sempurna ialah penambahan sistem keselamatan yang agak penting seperti brek kecemasan autonomi. 


Jadi, adakah berbaloi untuk membeli Tiguan Allspace R-Line? Jika dilihat daripada keseluruhan aspek kereta ini, terutamanya prestasi kereta dan juga kesesuaian untuk digunakan dengan keluarga,  harga RM 208,553.79 yang hampir RM45,000 lebih daripada harga varian 1.4TSI Highline, adalah sangat berbaloi. 


Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan sebelum membeli. Terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel. Dah baca, jangan lupa untuk kongsi artikel ini di media sosial ya?


Terkini:


Volkswagen Malaysia baru sahaja melancarkan Tiguan Allspace 2022 pada hari Sabtu yang lalu. Namun, penulis masih belum berpeluang untuk mencuba keluaran terbaharu ini. Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang Tiguan Allspace terbaharu, nantikan artikel yang akan datang.









Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VNR3165

SELANGOR

BSC4679

JOHOR

JXR5310

PULAU PINANG

PRM8220

PERAK

ANT4945

PAHANG

CFA9232

KEDAH

KFY1214

NEGERI SEMBILAN

NEE5925

KOTA KINABALU

SJJ3859

KUCHING

QAB7406K

Terakhir Kemas Kini 08 Feb, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.43

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.18

EURO 5 B7

RM 3.38

Terakhir Kemas Kini 06 Feb, 2025

Berita Berkaitan

Global

10-11-2020
Berita Auto

11-04-2023
Pandu Uji

25-03-2022
Berita Auto
Rai Kempen Raya-Raya Volkswagen, Lebih Banyak Ganjaran Menanti Anda!

Rai Kempen Raya-Raya Volkswagen, Lebih Banyak Ganjaran Menanti Anda!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Kempen Raya-Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana pelanggan berpeluang menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 untuk beberapa model Volkswagen.

06-05-2021
Pandu Uji

10-06-2023

Berita Terkini

Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Nissan Kicks e-Power Kali Pertama, Masuk Pasaran Kita Bulan Depan

Pandu Uji Nissan Kicks e-Power Kali Pertama, Masuk Pasaran Kita Bulan Depan

Media diberi peluang untuk memandu Nissan Kicks e-Power baru-baru ini.

18-11-2024
Pandu Uji
[PANDU UJI] Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Facelift 2024: 6 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Beli

[PANDU UJI] Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Facelift 2024: 6 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Beli

Baru-baru ini Carz.com.my berpeluang untuk memandu uji SUV premium, Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC Facelift 2024 yang telah dilancarkan pada Jun tahun ini.

04-11-2024
Pandu Uji
Nissan e-Power: Ini 6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Trenkuasa Elektrik Yang UNIK

Nissan e-Power: Ini 6 Perkara Anda Patut Tahu Tentang Trenkuasa Elektrik Yang UNIK

Nissan Kicks e-Power akan hadir di rangkaian pengedaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

31-10-2024
Pandu Uji
[PANDU UJI SULUNG] Jaecoo J7 PHEV:  Gabungan EV & ICE Yang Luar Biasa, Boleh Capai 1,300 KM?

[PANDU UJI SULUNG] Jaecoo J7 PHEV: Gabungan EV & ICE Yang Luar Biasa, Boleh Capai 1,300 KM?

Dalam konvoi yang disertai tujuh negara (termasuk Malaysia) baru-baru ini, kami diberikan peluang untuk menguji kemampuan Jaecoo J7 PHEV untuk menempuhi perjalanan sejauh 1,300 km.

21-10-2024

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.