Rolls Royce Black Badge Bernilai RM1.8 Juta Dilancarkan Di Malaysia!
Sofea Najmi
10-3-2022
Untuk pasaran Malaysia, Black Badge Ghost telah dirasmikan dengan harga RM1.8 juta sebelum cukai.
Pengarah Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Anas Zawawi Khalid berkata, "Black Badge merupakan 'alter ego' Rolls-Royce, sebuah alternatif kepada segmen pelanggan mewah yang menghargai keberanian dan non konformis. Kami menyaksikan usahawan-usawahan yang sangat berjaya kini lebih pelbagai berbanding sebelum ini, hadir daripada pelbagai industri bukan tradisional. Mereka merupakan penginovasi, peneraju dan semestinya individu yang berani. Black Badge ialah kod kemewahan mereka."
Berkelebaran 2,148 mm dan berketinggian 1,571 mm, antara ciri menonjol pada bahagian luar SUV mewah ini ialah gril depan Pantheonnya dan juga arca gah 'Spirit of Ecstasy' pada bonet kereta.
Bagi mendapatkan warna hitam yang gelap pada Black Badge, cat seberat 45kg digunakan pada badan kereta yang bercas elektrostatik berwarna putih sebelum dikeringkan dengan ketuhar. Bukan hanya terdapat dalam warna hitam, pelanggan juga boleh memilih lebih daripada 44,000 warna lain yang ada mengikut citarasa masing-masing.
Sebagai sebuah kereta mewah, setiap penumpang dapat menikmati keselesaan, misalnya kehadiran pintu automatik dan juga fungsi urutan pemanasan dan penyejukan.
Ciri menarik lain yang terdapat pada ruang dalam kereta ialah cahaya bintang Starlight Headliner yang memberikan aura seolah-olah dalam pawagam.
Dari segi prestasi, model ini boleh mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j menggunakan enjin V12 6.75L dengan tranmisi lapan kelajuan ZF yang menyalurkan kuasa kepada kedua-dua gandar depan dan belakang untuk tindak balas kereta yang lebih baik. Ia mampu menjana kuasa kuda setinggi 592 hp dan tork 900 Nm.
Dari segi keselamatan, antara ciri yang terdapat pada kereta ialah brek kecemasan automatik, kawalan jelajah adaptif, kawalan lorong aktif, penglihatan malam, sistem kamera pandangan keliling dengan pandangan sudut atas, serta sensor depan dan belakang.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPD7465
SELANGOR
BSE8596
JOHOR
JXX8149
PULAU PINANG
PRQ7610
PERAK
ANV8719
PAHANG
CFB7960
KEDAH
KGA6250
NEGERI SEMBILAN
NEF9352
KOTA KINABALU
SJK9999*
KUCHING
QAB3843L
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.00
+0.03
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Berita Berkaitan
Rolls-Royce Ghost Series II 2025 Didedah, Ada Penambahbaikan
Pengeluar kereta mewah, Rolls-Royce mendedahkan Rolls-Royce Ghost Series II 2025, baru-baru ini.
11-10-2024
Friskee Pink Ghost, Iced Turchese Black Badge Bakal Menarik Perhatian Penonton
Sempena perhimpunan Minggu Kereta Monterey yang ke-70, Rolls Royce mempamerkan dua Bespoke unik di Gathering Motorsports Quail.
05-10-2021
Ulang Tahun Kelahiran Pengasas Rolls-Royce Yang Ke-144 Diraikan Guna Rolls-Royce Ghost
Ulang tahun kelahiran pengasas jenama kereta mewah, Rolls Royce Motor Cars diraikan.
23-09-2021
Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’
Unit terakhir Wraith Black Badge Landspeed Collection dipertotonkan di Malaysia secara eksklusif kepada media. Ini perincian rekaan menakjubkan kereta ini.
29-04-2022
Rolls-Royce Phantom Series II Dengan Sentuhan Baharu Kini Di Malaysia – Dari RM2.5 Juta*
Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur (Quill Motorcars Sdn Bhd) mengumumkan kedatangan model terkini Rolls-Royce Phantom Series II ke tanah air.
26-01-2024
Rolls-Royce Spectre EV Rasmi Di Malaysia – Cecah 530 KM, 584 HP, Dari RM2 Juta
Rolls-Royce Spectre telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...
05-09-2023
Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’
Unit terakhir Wraith Black Badge Landspeed Collection dipertotonkan di Malaysia secara eksklusif kepada media. Ini perincian rekaan menakjubkan kereta ini.
29-04-2022
Berita Terkini
MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000
MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
20-05-2025
BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000
Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.
15-05-2025
MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K
GAC M8 PHEV dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ini yang menarik...
12-05-2025
MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.
10-05-2025
MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal
Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).
09-05-2025
MAS 2025: Harga GWM Tank 500 HEV Diumumkan – Dari RM328,800
GWM Malaysia secara rasmi melancarkan GWM Tank 500 HEV di MAS 2025.
09-05-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800
Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.
09-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat