Mercedes-Benz GLC300e Coupe, Nampak Sporty, Ada Gaya Porsche, Patut Rasa Macam Datin Bawa Kereta!
Suhana Veru
23-3-2023
“Eh! Su macam datin bawa kereta ni!
Itu antara komen beberapa rakan sekerja ketika saya membawa keluar Mercedes-Benz GLC300e Coupe untuk melakukan pandu uji di sekitar kawasan pejabat beberapa bulan lalu.
Model hibrid plug-in ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 untuk pasaran antarabangsa dan telah pun dijual di Thailand pada tahun 2020 namun ia baru sahaja dibawa ke Malaysia pada tahun lepas.
Untuk info, sejak jentera ini diperkenalkan pada tahun 2016, Mercedes-Benz GLC Coupe menerajui semua SUV coupe seumpama itu.
Versi lebih sporty ini dianugerahkan dengan beberapa varian prestasi berlencana AMG seperti GLC 43 dan GLC 63 S Coupe.
Malangnya, pada zaman elektrifikasi dan neutral karbon, Mercedes-Benz menganggap bahawa kilang pengecas turbo 2.0 liter 4-silinder mungkin tidak cukup bersih untuk melepasi piawaian emisi terutama di Eropah.
Bagaimanapun, enggan memgurangkan mana-mana daya prestasinya, Mercedes-Benz membuat keputusan untuk melakukan pemasangan kenderaan elektrik di kilangnya.
Jadi, lahirnya versi coupe plug-in hybrid (PHEV) ini.
GAMBARAN KESELURUHAN
Pemasangan tempatan (CKD) GLC300e Coupe yang dilakukan di kilang MBM di Pekan, Pahang ini kelihatan seiras dengan pendahulunya, Coupe GLC300 facelift 2019.
Rekaannya agak seksi memandangkan siluet yang tajam di hadapan dengan gril ala berlian dilihat masih dikekalkan untuk versi PHEV ini.
Penggayaannya yang lebih sporty sebenarnya datang daripada penambahan pakej penggayaan AMG Line.
Model ini dilengkapi dengan Night Package, dimana ia membawakan kemasan hitam berkilat ekzos menyebabkan ia kelihatan menawan dan agak berkelas.
LUARAN:
Menjengah bahagian gril, jentera ini dipadankan dengan lampu hadapan LED MultiBeam dengan fungsi Bantuan Suluhan Lampu Tinggi Adaptif yang cukup membantu terutama ketika pemanduan pada waktu malam.
Beralih ke bahagian sisi, jentera ini dipadankan dengan rim aloi AMG 20-inci yang dibalut dengan tayar berprestasi tinggi yang berjenama Michelin.
Di bahagian belakang pula, ia memberi petunjuk ada beberapa reka bentuk yang membezakannya dengan jentera bukan elektrik GLC300 Coupe kerana jentera ini didatangkan port pengecas PHEV.
Penambahan pakej penggayaan AMG Line juga menyaksikan ia dilengkapi dengan diffuser dan diikuti dengan kemasan krom hitam pada tip ekzos berkembar.
Pendek kata, penggayaannya elemen sporty dan mewah digabungkan dengan begitu baik.
Kabin:
Sama seperti pendahulunya, kabin GLC300e Coupe dilengkapi dengan pelbagai bahan mewah bermula daripada kulit Nappa yang lembut hinggalah menggunakan venir kayu asli.
Apapun, susun atur kokpit GLC300e Coupe ini hampir sama dengan generasi Mercedes yang ada ketika ini.
Kabin jentera ini disalut dengan kulit tiruan Artico pada bahagian pemuka dan bahagian sisi pintu selain trim aluminium menambahkan lagi sentuhan sporty pada ruang kabin yang menyebabkan ia kelihatan cukup mewah.
Jika anda berasa kabinnya agak murung, anda boleh menggunakan lampu ambiennya. Jentera ini juga dilengkapi dengan bumbung panoromik sekali gus membolehkan sinaran cahaya menembusi ke dalam kabin.
Selain itu, di bahagian tengah papan pemuka, terdapat paparan infotainmen bersaiz 10.25 inci yang dikuasakan oleh perisian Mercedes-Benz User Experience (MBUX).
Malah terdapat juga sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
Bagi ciri yang cukup ketara pada paparan tersebut ialah susun atur paparan yang khususnya yang ada pada model elektrik Mercedes.
Selain itu, ciri-ciri lain adalah seperti kamera 360-darjah, kluster instrumen 12.3 inci, dan stereng AMG Line.
Di bahagian konsol pula, ia yang dihiasi dengan kemasan kayu menempatkan kawalan iklim empat zon dengan beberapa kawalan pemanduan spesifik seperti selector mod pemanduan dan kamera parkir.
Selain itu, kesemua tempat duduknya dibaluti dengan kulit Nappa berwarna coklat dimana kedua-dua tempat duduk hadapan mempunyai sokongan lumbar empat hala serta pelarasan kuasa 8 hala termasuk fungsi memori.
Pemanduan
GLC 300e Coupe ini disumbat dengan enjin 2.0L turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 208hp dan tork 350Nm.
Hanya menekan pedal pada kelajuan sederhana, saya sudah dapat merasi puncak kenikmatan hinggakan pemanduan berikutnya dirasakan anti-klimaks. Ini mungkin kerana ia merupakan PHEV.
Bagi saya, ia adalah pengalaman yang cukup “mengerikan” apabila saya tidak langsung mendengar bunyi enjin yang sudah dihidupkan sehingga saya terpaksa keluar untuk memastikan betul-betul enjinnya sudah dihidupkan.
Ketika pandu uji, kawan sepejabat yang bersama dengan saya juga turut terkesima kerana tiada sebarang kedengaran bunyi enjin.
Ia adalah satu pengalaman baharu buat saya yang tidak pernah memegang kenderaan elektrik atau PHEV.
Apa yang saya mendapati, pemanduan dalam mod elektrik boleh menjadi satu pengalaman yang cukup unik sehingga menimbulkan kerisauan kerana kereta itu bergerak dalam keadaan senyap sepenuhnya.
Saya tak tipu, anda patut melakukan pandu uji untuk merasai pengalaman seperti mana dilalui penulis sendiri.
Malah, penulis tetap rasa selesa biarpun ada jalan yang tidak rata dengan kebisingan, gegaran dan kekasaran (NVH) yang ditalah pada tahap yang cukup baik.
Mengenai aspek ini, jentera ini wajar menerima pujian yang tinggi.
Bukan itu sahaja, sepanjang pemanduan, penulis tidak dapat merasai langsung deruan angin dalam kabin manakala gelekan tayar diredam dengan cukup baik.
Bagaimanapun daya prestasinya dapat dirasai sejurus menekan pedal kerana anda boleh merasai pemanduan gabungan kuasa elektrik dan petrol.
Walau bagaimanapun, mod EV mengehadkan kereta pada kelajuan tertinggi 140 km/j.
Keterujaan mengendalikan C 63 S Coupe terus meledak sebaik pedal pendikit dipijak dengan kuasanya tidak segan-silu dihamburkan.
Walaupun pada mulanya ia 'terasa' sedikit meliar, namun hakikatnya jentera ini mudah untuk dikawal. Malah ia mampu mempamerkan pelbagai aksi pemanduan, sama ada secara agresif atau sekadar biasa.
Mengikut risalah spesifikasinya, jentera ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam maa 5.7 saat dan kelajuan tertinggi yang dicatatkan ialah 230 kilometer sejam.
Sebelum terlupa, ia yang disumbat dengan pek bateri 13.3 kWj mampu menawarkan kuasa sehingga 120hp dan tork 400Nm.
Sebalik rekaan yang sporty dan pakej AMG Line, mungkin ada yang mempersoalkan ia mungkin tidak memiliki rekaan setajam pesaingnya, BMW X4.
Apapun BMW dilihat masih belum padu berbanding Mercedes-Benz terutama dari segi kerja-kerja penghalusan.
Ciri Keselamatan
Lazimnya SUV mewah pada harga ini, GLC300e Coupe dilengkapi dengan ciri keselamatan yang komprehensif, aktif dan pasif.
Ia dilengkapi dengan sistem pemanduan ADAS, Brek Kecemasan Autonomi, Bantuan Pencegahan Perlanggaran, Bantuan Kekal Lorong dan Bantuan Titik Buta.
Jika anda ada masalah untuk meletakkan SUV di kawasan, jangan risau!
Ini kerana ia dilengkapi dengan kamera 360 darjah termasuk Bantuan Parkir Aktif dengan Parktronic dimana ia membantu anda dalam hal-hal parkir kereta.
Ia juga didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan asas seperti Sistem Brek Anti-Kunci, Isofix, sistem kawalan cengkaman dengan stabiliti termasuk tujuh beg udara.
Pendek kata, GLC300e Coupe dilengkapi dengan semua sistem keselamatan terkemuka yang biasanya dijangkakan daripada mana-mana Mercedes generasi terkini.
Maka tidak hairanlah, mengapa harganya agak keras sedikit.
Sebahagian daripada prestasi yang memberangsangkan, SUV coupe PHEV ini juga paling menyerlah dari segi penjimatan bahan api.
Mercedes-Benz mendakwa gabungan kadar penjimatan bahan api 2.6 liter untuk setiap 100 kilometer.
Sebagai perbandingan, BMW X5 PHEV pula menawarkan sedutan serendah 2.5 liter/100 KM, sekali gus meletakkan Mercedes-Benz setanding dengan kereta berlencana Bavaria elektrik.
Menyentuh mengenai harganya, versi PHEV ini dijual pada harga yang lebih rendah sedikit iaitu RM398,888.
Apa pula pandangan anda mengenai jentera ini?
Kongsikan pendapat anda!
SPESIFIKASI
Mercedes-Benz GLC300e 4MATIC Coupe
AMG Line |
|
ENJIN |
Enjin Pembakaran Dalaman: 2.0-liter 4-silinder
turbo Electrik: Motor Tunggal,
13.5-kWj Bateri Lithium-ion
|
TRANSMISI |
9-kelajuan 9G-Tronic Automatik,
sistem 4MATIC AWD System |
KUASA |
315 HP (digabungkan) |
TORK |
700 NM (digabungkan) |
0-100 KM/J |
5.7 saat |
V-MAKS |
230 KM/J (digabungkan) 130 KM/J (Elektrik) |
ECONOMI |
2.6 Liter/100 KM
Jarak EV: 43 KM (WLTP) |
BERAT |
2,047 KG (kerb) |
HARGA |
RM398,888 (OTR, excluding
insurance) |
Gallery

























Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB9355
SELANGOR
BSE4236
JOHOR
JXW4452
PULAU PINANG
PRQ3165
PERAK
ANV3102
PAHANG
CFB6508
KEDAH
KGA4128
NEGERI SEMBILAN
NEF6945
KOTA KINABALU
SJK7161
KUCHING
QAB2987L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Baby Mercs, Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line, Apa Yang Anda Patut Tahu
Kali ini, penulis memandu uji Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line baru-baru ini.
28-02-2023
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD
‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”
15-02-2025
Minat OMODA E5, Dah Boleh Tempah Sabtu Ini
OMODA E5 akan tiba di pusat pameran Chery di seluruh negara, bermula 24 Februari ini.
21-02-2024
Volkswagen Tiguan Allspace 2023 Kini Dengan ADAS IQ.Drive – Harga Dari RM165K
Tiguan Allspace kini lebih selamat dengan teknologi sokongan pemandu aktif (ADAS) IQ.Drive.
06-07-2023
Perodua Axia 2023, Lebih Besar, Lebih Canggih Sebab Itu Lebih Mahal
Pada minggu lepas penulis berpeluang menikmati pemanduan Perodua Axia 2023 selama tiga hari bagi menyelami jentera ini dengan lebih mendalam.
16-03-2023
Kembar Axia, Ayla, Agya Dilancar Di Indonesia
Kembar Perodua Axia 2023, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya ditayangkan secara umum pada pameran Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW) di Indonesia kelmarin.
15-03-2023
Pengeluar Perlu Selaraskan Nama Sistem Bantuan Pemanduan – Kumpulan Pengguna
Nama sistem bantuan pemanduan perlu diselaraskan.
01-08-2022
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat