ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Rebiu Proton X90: Apa Yang Kami Dapat "Skodeng" Tentang Proton X90 Walaupun Harga Tak Umum Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebelum ini, pengeluar kereta nasional, Proton ada mengadakan pratonton teaser model SUV terbaharunya, Proton X90.

Dua hari lepas, kami dipelawa lagi untuk memandu uji Proton X90 dari Proton COE ke Genting Premium Outlet, Genting Highland, Pahang.

Tidak seperti acara pendedahan rasmi sebelum ini , kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar kereta baharu yang mahu dilancarkan

Namun kali ini lain pula apabila pihak media dibenarkan merakam gambar luaran dan dalaman Proton X90.

Apapun terima kasih Proton!

Di sebalik pandu uji itu, ini 6 benda yang kami dapat tangkap mengenai Proton X90 yang kini sudah dibuka untuk tempahan.

Berikut adalah faktanya:

1. SANGAT, SANGAT LUAS DAN CUKUP SELESA

Sebagai segmen SUV-D dengan tiga baris tempat duduk, ia dilihat cukup luas, lebar dan cukup selesa.

Apatah lagi, terdapat susunan penghawa dingin di barisan tempat duduk kedua  dan ketiga dimana ada juga pendingin hawa di atas kepala.


Malah, penumpang belakang boleh mengawal kelajuan kipas di bahagian belakang.


Bercakap mengenai tempat duduk ketiga, ia agak mengejutkan memandangkan ruang kepala dan kaki  cukup selesa.

Namun jika anda seorang berbadan gempal atau tinggi, terdapat sedikit masalah dimana ruang paha dan ruang kaki mungkin tidak begitu selesa.


Bagi ruang butnya pula, ia dikatakan seluas 275 liter namun jika kerusi belakang sekali direbahkan maka ruangnya bertambah kepada 1,200 liter dimana anda boleh menyumbat pelbagai barangan dalam satu masa.

Difahamkan, jika anda merebahkan kerusi barisan kedua dan ketiga, ruang butnya cukup mengagumkan kerana ia mencecah pada keluasan 2.050 liter.


Ia juga didatangkan dengan pintu belakang (tailgate) berkuasa namun hanya ditawarkan untuk varian Executive dan seterusnya dimana anda hanya perlu menggunakan sensor kaki untuk membuka dan menutup pintu butnya.

2. TEMPAT DUDUK KAPTEN YANG WOW

Bagi mereka yang meminati varian Flagship enam tempat duduk ini,  anda akan melompat gembira kerana tempat duduk kapten yang disediakan itu cukup hebat membuatkan anda seolah-olah VVIP.


Kerusi kapten ini hanya ditawarkan secara eksklusif untuk varian teratas dimana  tempat duduk ini dipadankan dengan upholsteri kulit mewah, tempat duduk berventilasi serta suis 'Boss' yang membolehkan anda melaraskan tempat duduk penumpang hadapan lebih jauh untuk mendapatkan lebih banyak ruang.

Tidak ketinggalan, terdapat juga port pengecas USB-A dan USB-C.

3. TAK NAMPAK MURAH

Penggunaan trim mewah di dalam dan luar, serta reka bentuknya membuatkanvarian Premium dan Flagship kelihatan cukup mewah dan berkelas tinggi.


Ditambah pula dengan penggunaan material jenis kulit Nappa yang mewah serta fabrik sentuhan lembut selain bermotifkan warna kabin serba hitam.

Dengan susunan kemas skrin infotainmen 12.3 inci tengah dan suis kawalan penghawa dingin, ia juga hadir dengan plastik gred tinggi untuk semua butang kawalan.


Biarpun, ia merupakan satu perincian kecil, namun ia membuat  perbezaan ketara kepada pasaran X90.

Selain itu, bunyi angin dan jalan adalah minimum, menandakan kualiti kebisingan, gegaran dan kekasaran atau  noise, vibration, and harshness (NVH) Proton X90 yang cukup memuaskan.

4. LEBIH PINTAR, LEBIH SELAMAT DARI X50, X70

Ini terbukti daripada varian Eksekutif dan seterusnya, yang menyaksikan penambahan monitor tempat letak kereta 360 darjah baharu yang standard dengan mod paparan 3D.


Sememangnya, ini adalah ciri yang mengalu-alukan kerana ia sepatutnya membantu mengurus SUV crossover ini dengan lebih baik terutama ketika meletak kereta.

Menyentuh mengenai isu parkir, parkir autonomi didatangkan secara standard buat varian Premium dan Flaship.

Kedua-dua varian ini menerima sistem ADAS dan dilengkapi dengan tiga ciri baharu yang pertama kali diperkenalkan iaitu Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA) dan Maklumat Papan Tanda Jalan (TSI).


Selain itu, ‘”kepintarannya” boleh dilihat dalam unit infotainmen yang dinaik taraf, yang turut menawarkan peningkatan saiz dan resolusi.

Apa yang menarik kuasa pemprosesan yang dipertingkatkan membolehkan grafik yang lebih menarik serta operasi yang lebih lancar,  terdapat navigasi, penstriman media arahan suara “Hai, Proton…”.


Satu-satunya keluhan kami ialah ketiadaan sambungan Apple CarPlay atau Android Auto, tetapi penambahbaikan visual dan prestasi infotainmen dilihat sudah memadai.

Sudah tentu, fakta seterusnya mungkin meningkatkan lagi kelebihan Proton crossover yang mewah ini.

5. PEMANDUAN DAN PENGENDALIAN KENA DENGAN SAIZNYA

Proton X90 menggunakan enjin hibrid ringan menerusi 1.5TGDi dan Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V dimana ia menjana kuasa 190PS dan tork 300Nm.


Ia digandingkan dengan gear 7 kelajuan dwi-klac (DCT)

Selain memberikan sedikit rangsangan, sistem MHEV juga memberikan X90 dengan keupayaan mendarat antara 30 km/j dan 130 km/j, serta tempoh penutupan lanjutan dan permulaan semula yang lancar dalam fungsi stop/start.

Ia sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan. Malah, ia juga merupakan model paling cekap penggunaan petrol iaitu bawah 6.8 liter bagi setiap 100 kilometer.

Menyentuh mengenai pemanduannya, walaupun ia besar namun ia masih menawarkan pemanduan yang cukup selesa.

Dengan adanya, Suspensi multilink belakang khas, ia memberikan keselesaan ketika crusing dan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Ketika mendaki ke Genting Highlands, pemanduannya agak ringan walaupun ia adalah kereta yang besar. 


Secara keseluruhannya, walaupun anjakan trenkuasanya yang rendah, prestasi X90 dan dinamik pemanduan tidaklah terlalu buruk 

Pendek kata, ia akan memenuhi jangkaan ramai terutama yang sudah berkeluarga dan ia mungkin menjadi pilihan utama sekiranya spekulasi berikut berlaku…

6. DIJANJIKAN MAMPU MILIK 

Walaupun digasak dengan soalan harganya, Proton masih berkunci mulut sehinggalah kami berbuka puasa bersama-sama pada Jumaat lalu.


Namun dengan tawaran ciri  luaran dan dalamannya, kami menjangkakan Proton X90 mungkin dijual sama seperti adiknya, X70 iaitu sekitar RM98,800 dan RM128,800.

Apa yang pastinya, harganya mungkin di bawah harga pesaingnya, Mazda CX-8, dan Hyundai Sante Fe. 


Apapun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi Proton nanti mengenai harga X90 sebelum ulang tahun ke-40 Proton.

Apa pula pandangan anda mengenai X90?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan komen ini!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR7395

SELANGOR

BSN5864

JOHOR

JYT7041

PULAU PINANG

PSA8492

PERAK

APG2661

PAHANG

CFF9378

KEDAH

KGE9224

NEGERI SEMBILAN

NEJ8655

KOTA KINABALU

SJR603

KUCHING

QAB4647N

Terakhir Kemas Kini 30 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kenapa  Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik

Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik

𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤. 𝐈𝐧𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔.

15-03-2026
Kereta Baru
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Global
Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?

Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?

Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China.

28-11-2025
Berita Auto
Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto
Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.

23-01-2025
Berita Auto
Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors

Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors

Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.

23-08-2024
Berita Auto
Bangladesh minat PROTON X90, 29 Unit Sudah Didaftar

Bangladesh minat PROTON X90, 29 Unit Sudah Didaftar

Proton X90 dibawa masuk ke Bangladesh.

12-03-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5:  EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.