Rebiu Proton X90: Apa Yang Kami Dapat "Skodeng" Tentang Proton X90 Walaupun Harga Tak Umum Lagi

Sebelum ini, pengeluar kereta nasional, Proton ada mengadakan pratonton teaser model SUV terbaharunya, Proton X90.
Dua hari lepas, kami dipelawa lagi untuk memandu uji Proton X90 dari Proton COE ke Genting Premium Outlet, Genting Highland, Pahang.
Tidak seperti acara pendedahan rasmi sebelum ini , kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar kereta baharu yang mahu dilancarkan
Namun kali ini lain pula apabila pihak media dibenarkan merakam gambar luaran dan dalaman Proton X90.
Apapun terima kasih Proton!
Di sebalik pandu uji itu, ini 6 benda yang kami dapat tangkap mengenai Proton X90 yang kini sudah dibuka untuk tempahan.
Berikut adalah faktanya:
1. SANGAT, SANGAT LUAS DAN CUKUP SELESA
Sebagai segmen SUV-D dengan tiga baris tempat duduk, ia dilihat cukup luas, lebar dan cukup selesa.
Apatah lagi, terdapat susunan penghawa dingin di barisan tempat duduk kedua dan ketiga dimana ada juga pendingin hawa di atas kepala.


Malah, penumpang belakang boleh mengawal kelajuan kipas di bahagian belakang.

Bercakap mengenai tempat duduk ketiga, ia agak mengejutkan memandangkan ruang kepala dan kaki cukup selesa.
Namun jika anda seorang berbadan gempal atau tinggi, terdapat sedikit masalah dimana ruang paha dan ruang kaki mungkin tidak begitu selesa.


Bagi ruang butnya pula, ia dikatakan seluas 275 liter namun jika kerusi belakang sekali direbahkan maka ruangnya bertambah kepada 1,200 liter dimana anda boleh menyumbat pelbagai barangan dalam satu masa.
Difahamkan, jika anda merebahkan kerusi barisan kedua dan ketiga, ruang butnya cukup mengagumkan kerana ia mencecah pada keluasan 2.050 liter.


Ia juga didatangkan dengan pintu belakang (tailgate) berkuasa namun hanya ditawarkan untuk varian Executive dan seterusnya dimana anda hanya perlu menggunakan sensor kaki untuk membuka dan menutup pintu butnya.
2. TEMPAT DUDUK KAPTEN YANG WOW
Bagi mereka yang meminati varian Flagship enam tempat duduk ini, anda akan melompat gembira kerana tempat duduk kapten yang disediakan itu cukup hebat membuatkan anda seolah-olah VVIP.


Kerusi kapten ini hanya ditawarkan secara eksklusif untuk varian teratas dimana tempat duduk ini dipadankan dengan upholsteri kulit mewah, tempat duduk berventilasi serta suis 'Boss' yang membolehkan anda melaraskan tempat duduk penumpang hadapan lebih jauh untuk mendapatkan lebih banyak ruang.
Tidak ketinggalan, terdapat juga port pengecas USB-A dan USB-C.
3. TAK NAMPAK MURAH
Penggunaan trim mewah di dalam dan luar, serta reka bentuknya membuatkanvarian Premium dan Flagship kelihatan cukup mewah dan berkelas tinggi.


Ditambah pula dengan penggunaan material jenis kulit Nappa yang mewah serta fabrik sentuhan lembut selain bermotifkan warna kabin serba hitam.

Dengan susunan kemas skrin infotainmen 12.3 inci tengah dan suis kawalan penghawa dingin, ia juga hadir dengan plastik gred tinggi untuk semua butang kawalan.

Biarpun, ia merupakan satu perincian kecil, namun ia membuat perbezaan ketara kepada pasaran X90.
Selain itu, bunyi angin dan jalan adalah minimum, menandakan kualiti kebisingan, gegaran dan kekasaran atau noise, vibration, and harshness (NVH) Proton X90 yang cukup memuaskan.
4. LEBIH PINTAR, LEBIH SELAMAT DARI X50, X70
Ini terbukti daripada varian Eksekutif dan seterusnya, yang menyaksikan penambahan monitor tempat letak kereta 360 darjah baharu yang standard dengan mod paparan 3D.


Sememangnya, ini adalah ciri yang mengalu-alukan kerana ia sepatutnya membantu mengurus SUV crossover ini dengan lebih baik terutama ketika meletak kereta.
Menyentuh mengenai isu parkir, parkir autonomi didatangkan secara standard buat varian Premium dan Flaship.
Kedua-dua varian ini menerima sistem ADAS dan dilengkapi dengan tiga ciri baharu yang pertama kali diperkenalkan iaitu Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA) dan Maklumat Papan Tanda Jalan (TSI).

Selain itu, ‘”kepintarannya” boleh dilihat dalam unit infotainmen yang dinaik taraf, yang turut menawarkan peningkatan saiz dan resolusi.
Apa yang menarik kuasa pemprosesan yang dipertingkatkan membolehkan grafik yang lebih menarik serta operasi yang lebih lancar, terdapat navigasi, penstriman media arahan suara “Hai, Proton…”.

Satu-satunya keluhan kami ialah ketiadaan sambungan Apple CarPlay atau Android Auto, tetapi penambahbaikan visual dan prestasi infotainmen dilihat sudah memadai.
Sudah tentu, fakta seterusnya mungkin meningkatkan lagi kelebihan Proton crossover yang mewah ini.
5. PEMANDUAN DAN PENGENDALIAN KENA DENGAN SAIZNYA
Proton X90 menggunakan enjin hibrid ringan menerusi 1.5TGDi dan Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V dimana ia menjana kuasa 190PS dan tork 300Nm.


Ia digandingkan dengan gear 7 kelajuan dwi-klac (DCT)
Selain memberikan sedikit rangsangan, sistem MHEV juga memberikan X90 dengan keupayaan mendarat antara 30 km/j dan 130 km/j, serta tempoh penutupan lanjutan dan permulaan semula yang lancar dalam fungsi stop/start.
Ia sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan. Malah, ia juga merupakan model paling cekap penggunaan petrol iaitu bawah 6.8 liter bagi setiap 100 kilometer.

Menyentuh mengenai pemanduannya, walaupun ia besar namun ia masih menawarkan pemanduan yang cukup selesa.
Dengan adanya, Suspensi multilink belakang khas, ia memberikan keselesaan ketika crusing dan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Ketika mendaki ke Genting Highlands, pemanduannya agak ringan walaupun ia adalah kereta yang besar.

Secara keseluruhannya, walaupun anjakan trenkuasanya yang rendah, prestasi X90 dan dinamik pemanduan tidaklah terlalu buruk
Pendek kata, ia akan memenuhi jangkaan ramai terutama yang sudah berkeluarga dan ia mungkin menjadi pilihan utama sekiranya spekulasi berikut berlaku…
6. DIJANJIKAN MAMPU MILIK
Walaupun digasak dengan soalan harganya, Proton masih berkunci mulut sehinggalah kami berbuka puasa bersama-sama pada Jumaat lalu.

Namun dengan tawaran ciri luaran dan dalamannya, kami menjangkakan Proton X90 mungkin dijual sama seperti adiknya, X70 iaitu sekitar RM98,800 dan RM128,800.
Apa yang pastinya, harganya mungkin di bawah harga pesaingnya, Mazda CX-8, dan Hyundai Sante Fe.

Apapun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi Proton nanti mengenai harga X90 sebelum ulang tahun ke-40 Proton.
Apa pula pandangan anda mengenai X90?
Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR7395
SELANGOR
BSN5864
JOHOR
JYT7041
PULAU PINANG
PSA8492
PERAK
APG2661
PAHANG
CFF9378
KEDAH
KGE9224
NEGERI SEMBILAN
NEJ8655
KOTA KINABALU
SJR603
KUCHING
QAB4647N
Terakhir Kemas Kini 30 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat