Double Cab Isuzu D-Max Sarat Dengan Ciri Keselamatan

Ada berita baik buat pemilik trak pikap Isuzu D-Max! Ini kerana semua model Double Cab Isuzu D-Max yang dibeli mereka akan dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri keselamatan.
Untuk makluman anda, Isuzu kini merupakan pengeluar pertama di Malaysia yang menyediakan kamera undur sebagai ciri standard untuk semua model Double Cab dalam barisan trak pikapnya.

Kamera undur ini ditempatkan dengan kemas di sisi pemegang ruang barangan belakang dan memaparkan imej yang sangat jelas menerusi skrin sentuh tujuh-inci baru untuk infotainment dalam model 1.9-liter Standard ini.

Head unit ini juga siap dengan sambungan Bluetooth, memudahkan capaian terhadap muzik dari telefon pintar.
Sebagai memenuhi keperluan peranti komunikasi peribadi, model 1.9-liter Standard kini juga dilengkapi dengan dua slot USB di depan — Type A dan Type C, setiap satu — untuk memudahkan lagi pengecasan peranti untuk penumpang.
Perbezaan luaran bagi model 1.9-liter Standard ialah pemegang pintu dan ruang barangan belakang dalam warna badan, yang sebelum ini dalam warna perak.


Sebelum ini, varian tertinggi seperti X-Terrain dan Premium telah dipasangkan dengan ciri berkenaan sejak awal pengenalannya.
Kini, versi 1.9-liter Standard juga menerima kelengkapan yang sama untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan lebih jaminan keselamatan dan bantuan ketika masuk ke ruang parkir.
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata, sebagai trak pikap yang mempunyai kemampuan menakjubkan, Isuzu D-Max terus menjadi pilihan mereka yang bergantung dengannya untuk tugas harian yang sukar dan mencabar.

“Dengan menawarkan ciri tersebut sebagai memenuhi keperluan penggunaan, ia tidak hanya melindungi pelaburan mereka, malahan juga memastikan kenderaan bergerak dengan selamat dan boleh diharap,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi yang tidak tahu, model 1.9-liter Standard yang dipertingkat ini juga boleh didapati sama ada dengan transmisi manual atau automatik enam-kelajuan dengan harga yang hanya sedikit lebih mahal berbanding model sama sebelumnya iaitu sebanyak RM1,500.
Harga jualannya bermula dari RM 105,599.20 atas jalan tidak termasuk insuran di Semenanjung.
Untuk maklumat lanjut, layari pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kebangkitan Isuzu D-MAX 2.2L Baharu: Penguasaan Pasaran Melonjak
Sentuhan Enjin 2.2L Baharu, Penangan Isuzu D-MAX Gegarkan Pasaran Tempatan.
04-08-2026
Pacific Motor Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Temerloh
Ada berita baik buat orang Pahang kerana Pacific Motor Sdn Bhd baru sahaja membuka cawangan Pusat 3S Isuzu di Temerloh, Pahang.
29-09-2023
Isuzu D-Max Lengkap Dengan Alat Khemah, Tapi Tak Masuk M'sia
Isuzu UK kini menawarkan Isuzu D-Max V-Cross Expedition Edition.
24-07-2023
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Kebangkitan Isuzu D-MAX 2.2L Baharu: Penguasaan Pasaran Melonjak
Sentuhan Enjin 2.2L Baharu, Penangan Isuzu D-MAX Gegarkan Pasaran Tempatan.
04-08-2026
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat