Isuzu 1.9L, Walaupun Standard, Dah Cukup
Pertama sekali penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Isuzu Malaysia kerana sudi menghantar trak pikap terbaharu mereka, Isuzu D-Max 1.9L Standard 2023 di hadapan rumah penulis semata-mata untuk meminta pihak CariCarz.com untuk memandu uji jentera terbaharu itu.
Untuk makluman pembaca, lazimnya para wartawan yang terpaksa mengambil dan menghantar model kereta jika mahu melakukan sebarang tugasan berkaitan pandu uji.
Amat jarang sekali, pihak syarikat yang sanggup menghantar model-model kereta baharu mereka di hadapan rumah wartawan.
Ini mungkin kerana kekangan masa atau sumber tenaga pekerja.
Apapun, usaha Isuzu Malaysia yang sanggup menghantar jentera mereka sememangnya amat dihargai!
Jadi, hari ini penulis ingin mengupas lebih lanjut mengenai Isuzu D-Max 1.9L Standard yang sebenarnya sesuai juga untuk kegunaan golongan mak-mak.
Biarpun, hanya sehari sahaja penulis berkesempatan menggodek-menggodek bahagian kabinnya namun pandu uji varian standard ini kira agak padu.
Ya, ia adalah model asas namun Isuzu telah mengemas kini beberapa ciri Isuzu D-Max 1.9L Standard yang mungkin berjaya menawan hati anda.
Jangan biarkan label 'Standard' ini memperdayakan anda sehingga anda mungkin memandang enteng dengan keupayaan jentera ini.
Pada pengamatan saya, D-Max ini mempunyai penggayaan yang baik dan cukup sarat dengan peralatan kit yang mungkin mampu menewaskan pesaingnya.
Untuk permulaan, pengemaskinian yang dimaksudkan ialah penggayaan luaran dimana warna badan dipadankan dari pintu sehinggalah bahagian pemegang pintu belakang, manakala kemasan gril hadapan kali ini, didatangkan dengan dua tona dan bukannya berwarna perak yang dilihat pada model sebelumnya.
Selebihnya semua masih dikekalkan seperti varian Standard sebelumnya. Antaranya ciri lampu kabus halogen, rim 17-inci serta isyarat belok masih ditawarkan kepada model ini walaupun tiada lagi sports bar dan rel bumbung.
Apa yang cukup penting ialah, D-Max AT Standard ialah satu-satunya model dalam segmennya hadir dnegan lampu depan projektor LED penuh dengan lampu nyalaan siang hari jenis LED sebagai standard.
Menjengah bahagian luarannya, saya mendapati rupa parasnya diolah dengan begitu baik sehinga membuatkan ia cukup macho berbanding dengan trak pikap lain.
Malah, Isuzu Malaysia juga dilihat telah berusaha dengan begitu baik untuk menjadikannya ia sesuai untuk kegunaan harian.
KABIN
D-Max Standard ini dilengkapi dengan upholsteri fabrik, tempat duduk hadapan boleh laras secara manual, kemasan material .plastik di beberapa bahagian, kluster instrumen e-Lumex dengan paparan 4.2-inci.
Antara peralatan lain ialah paparan infotaimen 7-inci dengan sambungan Bluetooth dan USB, tetapi ia tidak disokong dengan Android Auto dan Apple CarPlay.
Malah, terdapat beberapa port USB di bahagian penumpang hadapan termasuk di belakang serta soket 12 volt.
Selain itu, penumpang belakang juga mendapat saluran penghawa dingin belakang yang khusus – buat mereka.
Difahamkan, ia adalah satu-satunya model dalam segmen ini yang menawarkan ciri berkenaan.
Setakat ini, tambahan yang paling penting kepada model yang dikemas kini ini ialah kamera undur baharu yang dipasang pada pintu belakang.
Ia berfungsi dengan empat sensor parkir dimana ia memberikan pemandu pandangan yang tepat untuk meletak kereta.
Ya, D-Max Standard merupakan satu-satunya model dalam segmen ini yang menawarkan kamera undur.
Difahamkan, trak pikap ini tidak mempunyai sebarang ciri keselamatan aktif sebaliknya dilengkapi dengan kit peralatan keselamatan pasif.
Antaranya seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan (VCS) namun D-Max Standard hanya mendapat dua beg udara.
Maka tidak hairanlah mengapa ia dikatakan boleh digunakan atas urusan harian.
PANDU UJI
Mengenai trenkuasanya, ia masih menggunakan enjin sama iaitu 1.9 liter empat-silinder sebaris turbodiesel dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 148 hp dan tork 350 Nm.
Ia digandingkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan, serta sistem pacuan semua roda.
Namun begitu, persediaan trenkuasa yang agak kurang ini mempunyai tork yang mencukupi untuk membolehkan ia memecut.
Walaupun ia mempunyai sedikit kekurangan dalam bab trenkuasanya, D-Max Standard masih menjanjikan untuk menjadi off-roader yang cukup berkebolehan.
Ini adalah berkat daripada penambahan pembezaan penguncian elektronik baharunya pada gandar belakang.
Bukan semua pesaingnya mempunyai ciri itu sekali gus Isuzu D-Max menjanjikan cengkaman off-road yang lebih padu.
Malangnya, tiada pengubahsuaian dibuat sama ada pada persediaan peredam atau casisnya.
Ini bermakna olengan badan D-Max Standard agak terbuai sedikit.
Jadi, anda tidak boleh mengharapkan sesuatu yang lebih daripada model basic ini kerana kualitinya setimpal dengan apa yang anda bayar!
ADAKAH IA BOLEH DIPERCAYAI?
Apabila saya mengatakan ia terbuai sedikit mungkin anda menjadi sedikit was-was dengan keupayaan jentera ini.
Walaupun kebanyakan trak pikap dibina dengan jangka hayat yang panjang namun pembikinan kereta Jepun ini selalunya mengatasi pesaing dari China atau Thailand yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Ini kerana ia dilengkapi dengan peralatan dan bahagian mekanikal yang boleh dipercayai dan paling ketara ialah enjin turbodiesel 1.9 liter yang telah dicuba dan diuji.
Bagi bit mekanikal lain, peningkatan mekanikal kecil D-Max Standard yang dikemas kini bermakna ia boleh berkongsi bahagian dengan model terdahulu dengan mudah.
Biarpun kapasiti enjinnya yan kecil berbanding pesaingnya namun mh D-Max Standard menawarkan penjimatan bahan api yang akan menjimatkan wang anda.
Walaupun Isuzu Malaysia tidak menyebut secara jelas kadar penggunaan bahan apinya yang tepat, kami hanya berjaya mendapatkan kadar 10.6 liter/100 KM sepanjang tempoh ujian kami, yang kebanyakannya melibatkan pemanduan di luar bandar dan bandar.
Pada kadar ini, kapasiti tangki bahan api 76 liter D-Max Standard boleh memberikan jarak maksimum sekurang-kurangnya 700 kilometer.
Boleh tahan.
Jika anda masih meragui keupayaan Isuzu namun anda perlu menimbangkannnya semula kerana ia menawarkan waranti lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 kilometer.
Bagi yang berminat, jentera ini dijual pada harga RM112,999 tanpa insurans dan Isuzu D-Max 1.9L 4x4 AT Standard yang baru dikemas yang diuji ini adalah antara yang paling berpatutan dalam segmennya.
SPESIFIKASI
ISUZU D-MAX 1.9L 4X4 AT STANDARD
ENJIN |
1.9-litre turbocharge 4-silinder, diesel |
TRANSMISI |
6-kelajuan automatik, 4x4 |
KUASA |
148 HP @ 3,600 RPM |
TORK |
350 NM @ 1,800 RPM |
0-100 KM/J |
- |
V-MAKS |
- |
EKONOMI |
- |
BERAT |
1,915 KG |
HARGA |
RM112,999 (Tidak termasuk insurans) |
Gallery

















Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG4263
SELANGOR
BSF5053
JOHOR
JYA4985
PULAU PINANG
PRR4956
PERAK
ANW6749
PAHANG
CFC1439
KEDAH
KGA9426
NEGERI SEMBILAN
NEG2387
KOTA KINABALU
SJL3071
KUCHING
QAB5149L
Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
EURO 5 B7
RM 2.94
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Yamaguchi Kini CEO Baharu Isuzu Malaysia
Isuzu Malaysia telah melantik Tomoyuki Yamaguchi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, pada 24 April lalu.
28-04-2025
Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?
Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.
21-04-2025
Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik
Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.
26-02-2025
Isuzu D-Max Low-Ride 4x2 MT Kini Boleh Ditempah – Rekaan Praktikal, Dari RM92,199.20
Isuzu Malaysia hari ini mengumumkan kehadiran varian baharu dalam barisan trak pikap generasi terbarunya, D-Max Low-Ride 4x2 MT. Tempahan kini telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada Februari 2025.
14-01-2025
Isuzu D-Max Jimat Minyak, Boleh Jalan Sejauh 2,000KM, Hanya 1 Tangki, Tak Sia-Sia Kalau Beli
Kejayaan Isuzu D-Max itu turut dicatat dalam Malaysian Book of Records bagi “Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.
10-10-2024
Konvoi Merdeka Isuzu 2024: Lebih 3,000 Pemilik Isuzu D-Max Serta
Para pemilik Isuzu D-Max tidak melepaskan menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sempena meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67, baru-baru ini.
06-09-2024
Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas
Isuzu Malaysia memperkenalkan program insurans baharu khas untuk para pelanggan, Isuzu Insurance Pro.
06-08-2024
Berita Terkini
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat