ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Double Cab Isuzu D-Max Sarat Dengan Ciri Keselamatan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Standard-Variant.jpg

Ada berita baik buat pemilik trak pikap Isuzu D-Max! Ini kerana semua model Double Cab Isuzu D-Max yang dibeli mereka akan dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri keselamatan.

Untuk makluman anda, Isuzu kini merupakan pengeluar pertama di Malaysia yang menyediakan kamera undur sebagai ciri standard untuk semua model Double Cab dalam barisan trak pikapnya. 

Reverse-camera.jpg

Kamera undur ini ditempatkan dengan kemas di sisi pemegang ruang barangan belakang dan memaparkan imej yang sangat jelas menerusi skrin sentuh tujuh-inci baru untuk infotainment dalam model 1.9-liter Standard ini. 

Sogo-and-D-Max.jpeg

Head unit ini juga siap dengan sambungan Bluetooth, memudahkan capaian terhadap muzik dari telefon pintar.

Sebagai memenuhi keperluan peranti komunikasi peribadi, model 1.9-liter Standard kini juga dilengkapi dengan dua slot USB di depan — Type A dan Type C, setiap satu — untuk memudahkan lagi pengecasan peranti untuk penumpang.

Perbezaan luaran bagi model 1.9-liter Standard ialah pemegang pintu dan ruang barangan belakang dalam warna badan, yang sebelum ini dalam warna perak.

Infotainment-unit.jpgRear-camera.jpg

Sebelum ini, varian tertinggi seperti X-Terrain dan Premium telah dipasangkan dengan ciri berkenaan sejak awal pengenalannya. 

Kini, versi 1.9-liter Standard juga menerima kelengkapan yang sama untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan lebih jaminan keselamatan dan bantuan ketika masuk ke ruang parkir.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata, sebagai trak pikap yang mempunyai kemampuan menakjubkan, Isuzu D-Max terus menjadi pilihan mereka yang bergantung dengannya untuk tugas harian yang sukar dan mencabar.

USB-ports.jpg

“Dengan menawarkan ciri tersebut sebagai memenuhi keperluan penggunaan, ia tidak hanya melindungi pelaburan mereka, malahan juga memastikan kenderaan bergerak dengan selamat dan boleh diharap,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi yang tidak tahu, model 1.9-liter Standard yang dipertingkat ini juga boleh didapati sama ada dengan transmisi manual atau automatik enam-kelajuan dengan harga yang hanya sedikit lebih mahal berbanding model sama sebelumnya iaitu sebanyak RM1,500. 

Harga jualannya bermula dari RM 105,599.20 atas jalan tidak termasuk insuran di Semenanjung. 

Untuk maklumat lanjut, layari pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

16-02-2023
Berita Auto

03-06-2026
Berita Auto

02-02-2026
Kereta Baru

05-11-2025
Berita Auto

29-07-2025
Berita Auto

21-04-2025
Kereta Baru

26-02-2025
Kereta Baru

14-01-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.