Ford Ranger Platinum: Mewah Luar, Dalam
Sebut sahaja mengenai trak pikap, mungkin ada di antara kita mengganggap ia adalah kenderaan komersial untuk mengangkut tanaman atau bahan binaan seperti mana yang dilakukan pada tahun 80-an.
Namun senario itu sudah berubah pada hari ini memandangkan ada golongan wanita juga sudah bertindak berani menggunakan trak pikap untuk urusan hariannya.
Perkara ini bukan direka semata-mata memandangkan ada rakan penulis mendakwa dia lebih selesa menggunakan trak pikapnya untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Ujarnya, dia lebih selesa dan apa yang penting dia mendakwa trak pikap lebih gagah dan padu di jalan raya.
Bagi kaum Adam pula, ia sememangnya menjadi pujaan mereka untuk memiliki trak pikap kerana ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk ke tempat kerja malah boleh release tension dengan menyertai pemanduan mencabar terutamanya pada hujung minggu.
Gaya hidup seumpama itu sudah menjadi lumrah pada hari ini . Maka, tidak hairanlah mengapa kemunculan pelbagai model trak pikap kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di pasaran tempatan.
Pada awal bulan ini, pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) secara rasminya melancarkan Ford Ranger Platinum ke pasaran tempatan.
Apa yang cukup menarik ialah Malaysia adalah pasaran pertama yang melancarkan Ranger Platinum baharu di ASEAN dan ia bukannya trak pikap yang calang-calang.
Ini sebabnya..
Sekilas pandang, Ford Ranger Platinum sudah memancarkan utiliti yang cukup mewah terutamanya dari segi penggayaannya.
Ini jelas terbukti melalui sentuhan di bahagian roda dua tona yang bersaiz 20 inci.
Bagi yang tidak tahu, ini adalah kali pertama Ford menampilkan rim bersaiz 20 inci dalam barisan Ranger.
Malah, lampu utama LED Matrix juga antara yang pertama kali diberikan untuk Ranger.
Selain itu, ia juga hadir dengan gril Platinum dan dihiasi dengan aksen serta tertera perkataan Platinum di bahagian bonet depan dan belakang pintu.
Oh, ya ia hadir dalam tiga warna yang eksklusif: Equinox Bronze, Meteor Grey, and Absolute Black.
Apa yang meletakkan 'utiliti' dalam 'utiliti mewah' di sini ialah gabungan dua ciri signatur yang didatangkan secara eksklusif dalam Ford Ranger Platinum iaitu sistem rak fleksibel disertai rel bumbung Swing-in-Place dan ciri Power Roller Shutter yang boleh dibuka dan ditutup dengan kuasa elektrik.
Flexible Rack System pintar boleh dikendalikan oleh satu orang dan dikunci pada lima kedudukan berbeza di sepanjang kotak muatan.
Ini jelas menunjukkan Ford Ranger Platinum baharu memberikan kelebihan dari segi utiliti yang fleksibel berbanding rakannya (iaitu XLT Plus, Wildtrak, dan Raptor 2.0 Bi-Turbo) tanpa mengusik penggayaannya.
Misalnya, anda boleh mengangkut rakit yang boleh dipasang pada rel bumbung dan sistem rak fleksibel, selain membawa serta pendayung yang boleh diletakkan di atas bumbung.
Di bahagian belakangnya,, terdapat tiga pin 230 volt dan soket 12 volt sekali gus menjadikan trak ini mudah mengendalikan tugasan harian dan pengembaraan mencabar pada hujung minggu .
Semestinya, dengan adanya keperluan asas ini, ia membantu Ford Ranger Platinum baharu kelihatan lebih menonjol.
Penulis tidak menolak kemungkinan bahawa sebahagian keselesaan di dalam jentera ini adalah disebabkan kehadiran upholsteri kulit mewah dengan jahitan aksen yang bergaya di tempat duduk, stereng, pemuka dan beberapa bahagian lain.
Menyentuh mengenai tempat duduknya, kerusi barisan hadapannya hadir dengan ciri pengudaraan dan pemanas . Ini adalah pertama kali model tersebut dilengkapi dengan ciri tersebut.
Menyentuh mengenai tempat duduknya, ia boleh dilaraskan secara 10 hala serta ada tetapan memori untuk pemandu.
Perincian lain dilengkapi sistem audio Bang & Olufsen, lampu ambien, ciri e-Shifter dan Bantuan Parkir Aktif 2.0 selain, dilengkapi liang aliran udara dengan tiga tetapan memori.
Jentera ini juga disertakan dengan kluster instrumen digital bersaiz 12.4-inci, skrin infotainmen 12-inci dengan perisian SYNC 4A terkini serta ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Pendek kata, Ford Ranger Platinum menawarkan kabin yang berkualiti tinggi serta lebih baik berbanding dengan pesaing dalam segmennya.
Selain kabin, Ford Ranger Platinum menjanjikan akan memberikan kepuasan kepada si pemiliknya.
Apa tidaknya, ia disumbat dengan enjin diesel Ford 2.0L Bi-Turbo, yang menghasilkan kuasa 210 PS dan tork 500 Nm.
Kuasa disalurkan menerusi sistem pacuan empat roda dengan sebahagian kawalan elektrik, digabungkan dengan transmisi automatik 10 nisbah kelajuan dan ciri e-Shifter.
Ia yang menggunakan platform casis Ford Ranger seterusnya membuatkan mana-mana barisan Ranger berupaya merentasi pelbagai permukaan rupa muka bumi.
Bagaimanapun, penulis akui Ford Ranger Platinum yang baharu ini dilihat agak bergaya sedikit dan digabungkan dengan keupayaan serba guna Ranger dengan ciri premium.
Mengenai kemudahan lain yang ditawarkan ialah Ford Ranger Platinum ini juga didatangkan dengan kelengkapan bantuan pemandu termaju termasuklah kawalan jelajah adaptif dengan fungsi Stop, Go dan ciri ke tengah lorong yang boleh mengesan tanda lorong.
Selain itu, terdapat juga bantuan tukar lorong, pengesan titik buta, Amaran lintasan trafik di belakang, bantuan parkir semi autonomi, tujuh beg udara, brek anti kunci, kawalan turun bukit, amaran perlanggaran hadapan dengan brek kecemasan autonomi dan ISOFIX.
Bagi yang berminat, jentera ini dijual pada harga RM183,888 atas jalan dan tidak termasuk insurans.
Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) turut menawarkan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000 kilometer perjalanan, yang mana tiba dahulu.
Untuk terus menambah baik pengalaman pemilikan, SDAC juga menawarkan pakej Pelan Perkhidmatan Lanjutan (ESP) dimana pakej itu bernilai antara RM2,300 dan RM6,900, serta meliputi 40,000 KM atau jaminan enam atau tujuh tahun, bergantung pada pilihan yang dipilih.
Gallery





















Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPS7694
SELANGOR
BSH8761
JOHOR
JYG9478
PULAU PINANG
PRU2037
PERAK
APB3091
PAHANG
CFD5173
KEDAH
KGC3430
NEGERI SEMBILAN
NEH1576
KOTA KINABALU
SJM6634
KUCHING
QAB1877M
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.13
+0.03
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2025
Berita Berkaitan
Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur
Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.
04-02-2025
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.
18-03-2024
PECAH REKOD: Kereta FORD Laris Tahun Lepas
SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi apabila 8,858 unit Ford Ranger dan Ford Everest terjual pada tahun 2023.
12-03-2024
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways
SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.
26-02-2024
Meriah Perhimpunan TT Ford Penampang
Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 di J Borneo Native Village, Penampang, Sabah baru-baru ini.
06-12-2023
Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum
Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion secara rasminya memperkenalkan dua model Ford bahar ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
03-11-2023
Berita Terkini
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!
Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.
27-06-2025
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat