ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

6 Perkara Kenapa PROTON X50 Masih Boleh Dibeli Lagi!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Dua bulan lalu, pasukan media CariCarz.com ada menguji keberkesanan jam tangan  pintar Proton X Watch yang dihasilkan oleh syarikat ACO Tech.

Namun di sebalik niat untuk membelek jam tangan pintar itu, kami berpeluang “meninjau semula” varian tertinggi 1.5 TGDi Flagship Proton X50.

Penulis sendiri yang memiliki Proton X70 agak terkesima dengan kemampuan Proton X50 ini.

Biarpun, hanya seketika sahaja dapat menguji mengenai Proton X50 namun ini 6 perkara yang anda patut tahu mengenai Proton X50.

1. MASIH KEKAL TAMPAN/MUDA

image.pngimage.png

Biarpun, ada yang mengatakan kecantikan tidak kekal lama namun gaya sporty Proton X50 dilihat masih kekal relevan walaupun ia sudah dilancarkan tiga tahun lalu untuk pasaran tempatan.

Dalam tempoh tiga tahun ini, kita dapat melihat banyak kereta yang berwajah baharu dilancarkan namun Proton X50 ini tidak lapuk dek zaman.

image.pngimage.png

Ini maknanya, gaya rekaannya tidak ditelan zaman, bahkan ia kelihatan masih segar di mata rakyat Malaysia.

image.pngimage.png

Manakan tidak, Proton X50 terus menerajui pasaran SUV segmen B dengan 2,558 unit dijual pada bulan lepas.

Ia menyumbang kepada angka YTD sebanyak 22,750 unit yang bukan sahaja menerajui kelasnya sendiri tetapi juga keseluruhan pasaran SUV.

Maka tidak hairanlah mengapa saya boleh katakan penggayaan X50, terutama varian tertinggi yang diuji, tidak terlalu “tua” walapun kita sudah berada di ambang akhir tahun.

Penulis berasa rekaannya yang mempunyai muncung yang lebih tirus dan tajam, menjadikan gayanya lebih terkini terutamanya apabila anda melihat sentuhan utama seperti skema cat dua tona, tayar 18 inci dan padanan lampu utama jenis LED.

Pendek kata, PROTON masih mampu memancing netizen  dengan tawaran segmen sub kompak kenderaan utiliti sukan (SUV) atau Crossover yang cukup tampan memandangkan rekaannya tidak ketinggalan zaman.

2. KUASA PENGENDALIAN PUN BOLEH TAHAN!

Syukurlah, ketampanan tersebut dipadankan dengan pemanduan dinamik yang sama baik dengan pakej casis yang ada pada X50 ini.

image.pngimage.png

Tahukah anda, enjin 1.5 TGDi Flagship ini mendapat kelebihan kerana ia didatangkan dengan rangkaian kuasa yang paling mantap!

image.png

Untuk makluman anda, dari kesemua varian yang ditawarkan, hanya varian tertinggi Flagship dijana oleh enjin 1.5 liter tiga silinder turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (GDI) yang menyebabkan ia mampu menghamburkan setakat 177 hp and 255 Nm.

Namun jika dibandingkan dengan varian Premium, Executive dan Standard, mereka cuma mampu menghasilkan kuasa sebanyak 147 hp dan tork 226Nm.

Digandingkan pula dengan kotak gear automatik DCT 7-kelajuan, ia memberikan pecutan yang mantap dan bertenaga, serta membantu menyalurkan output enjin ke jalan raya dengan berkesan berbanding pesaingnya termasuk Proton X70 sendiri!

Apa yang penting, “semangat”X50 ini sebenarnya dipadankan dengan pengendalian yang agak seimbang yang dihasilkan daripada casis yang disusun dengan begitu baik.

image.png

Bagi penulis, pemanduannya cukup selesa memandangkan ia membekalkan tetapan spring/peredam yang lebih lembut sekali gus  menjamin pemanduan yang lebih selesa.

Ini yang membuatkan penulis koyak sikit ketika memandu  jentera ini.

Namun hati penulis terubat apabila ia dilihat lebih makan minyak berbanding X70 yang sebenarnya lebih jimat.

Manakan tidak, ia memberikan kadar penggunaan bahan api 6.5 liter untuk setiap 100 km manakala X70 pula menawarkan  kadar penggunaan bahan api 7.6 liter untuk setiap 100 km.

Namun, penjimatannya minyaknya tidaklah seburuk mana asalkan anda mampu membelinya.

3. VARIAN FLAGSHIP SARAT DENGAN TEKNOLOGI CANGGIH

Menjengah bahagian kabinnya, ia sememangnya sarat dengan ciri-ciri teknologi yang canggih.

Selain didatangkan dengan bumbung panaromik, ia juga hadir dengan sistem kemasukan tanpa kunci dan tempat duduk pemandu boleh dilaraskan secara elektronik, 

Apa yang cukup mengagumkan ialah skrin infotainmen bersaiz 10.25 inci, yang sudah dikemas kini untuk menjalankan Sistem Operasi Atlas baharu. 

Sistem operasi infotainmen yang dibangunkan oleh ACO Tech yang dilancarkan pada Jun tahun lalu, memberikan pelbagai penambahbaikan berbanding sistem Geely Smart Ecosystem (GKUI) terdahulu.

image.pngimage.png

Antara ciri terbaru yang dibawakan oleh OS ATLAS ini adalah antaramuka baru, penambahbaikan kepada sistem pengesanan suara serta tunjuk arah, serta aspek berkaitan yang lain.

Malah, terdapat bantuan suara digital kini lebih baik untuk mengendalikan ucapan biasa, selain terdapat platfrom penstriman muzik popular berkenaan. 

Malah, ia juga mampu mengawal membolehkan kawalan fungsi seperti kawalan pendingin, ciri keselamatan dan untuk memeriksa status kenderaan.

image.pngimage.png

Malangnya, walaupun mengatakan perisiannya sudah dikemas kini namun  kami berharap satu lagi langkah yang lebih besar perlu diambil iaitu memasukkan  sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. 

4. JAM TANGAN PINTAR PROTON X WATCH  

Ya, Proton X Watch yang kami uji dengan X50 ini baru-baru ini terbukti sebagai tambahan kepada pakej keseluruhannya, terutamanya melalui ciri tambahan yang ditawarkannya.

Walaupun ia bukan pengganti lengkap namun kebanyakan ciri berkaitan keretanya juga tersedia melalui aplikasi yang khususnya untuk pemilik X50.

Dengan adanya jam pintar ini, ia sebenarnya banyak membantu kehidupan seharian buat si pemilik X50.

image.pngimage.png

Antara ciri kebolehan jarak jauh jam Proton ini adalah mengunci pintu, melaraskan tingkap, membunyikan hon, mengaktifkan lampu, membuka but kereta dan mengaktikfkan penghawa dingin.

Difahamkan, tidak semua model mempunyai sokongan ciri-ciri tersebut. Model X50 yang menyokong ciri-ciri tersebut adalah 2 varian teratas iaitu Premium dan Flagship.

image.pngimage.png

Malah jam pintar ini juga boleh memaparkan statistik kereta seperti jumlah bahan api yang tinggal dalam tangki, penggunaan bahan api dan servis seterusnya yang diperlukan. 

Pemilik kedua model teratas X50 juga boleh menghidupkan enjin menggunakan jam ini.

image.png

Ia juga boleh digunakan untuk aktiviti kecergasan seperti jam-jam pintar lain dengan dimasukkan lapan mod sukan seperti berjalan, berlari, berbasikal dan mendaki gunung untuk menjadi penjejak kecergasan anda.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan sensor pemantauan degupan jantung dan oksigen darah.

Jika pemilik Proton X50 berminat untuk membeli jam tangan ini, ia cuma dijual pada harga RM1,499.

5. KERETA YANG SELAMAT!

Sama seperti pesaingnya yang lebih mahal, X50 didatangkan  dengan ciri keselamatan pasif dan aktif.

image.png

Untuk makluman anda, varian Flagship  menjadi satu-satunya varian yang menerima Advanced Driver Assistance System (ADAS), dengan beberapa sistem keselamatan aktif, termasuk ciri bantuan kekal lorong, brek kecemasan, kawalan jelajah adatif , amaran keluar lorong, bantuan titik buta, bantuan kekal lorong dan amaran pelanggaran hadapan.

X50 juga didatangkan dengan enam beg udara, sistem brek anti kunci, sistem kawalan cengkaman ciri bantuan kekal bukit, sistem pemantauan tekanan tayar, ISOFIX dan pelbagai lagi.

image.pngimage.png

Maka tidak hairanlah mengapa SUV ini pernah menerima penarafan keselamatan lima-bintang ASEAN NCAP.

6. HARGA KERAS

Dengan reka bentuknya yang cukup sporty dan ciri keselamatan serta teknologi yang canggih membuatkan PROTON X50 tidaklah semurah yang disangka.

image.png

Walaupun ia cuma jenama nasional namun  ia dijual pada harga RM113,300.

Pada hemat penulis, harganya cukup berpatutan jika anda menguji pemanduannya yang sebenar selain kelengkapan yang ditawarkan dalam jentera ini.

image.png

Tetapan harga tersebut termasuk perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej internet sebulan percuma selama lima tahun.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan di bawah ruangan ini! 

SPESIFIKASI

PROTON X50 1.5 TGDi FLAGSHIP

ENJIN

1.5-liter 3-silinder turbo petrol

dengan suntikan terus

TRANSMISI

7-kelajuan DCT automatik,

Pacuan roda depan (FWD)

KUASA

177 PS (175 HP) @ 5,500 RPM

TORK

255 NM @ 1,500 – 4,000 RPM

0-100 KM/J

7.9 saat

V-MAKS

195 KM/J

EKONOMI

6.4 liter/100 KM

(secara purata )

BERAT

 1,370 KG

PRICE

RM113,300

(tidak termasuk insurans)


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPW2912

SELANGOR

BSJ5698

JOHOR

JYJ6817

PULAU PINANG

PRV265

PERAK

APB8849

PAHANG

CFD8109

KEDAH

KGC6784

NEGERI SEMBILAN

NEH4170

KOTA KINABALU

SJN2524

KUCHING

QAB3796M

Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.14

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.89

-0.04

EURO 5 B7

RM 3.09

-0.04

Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025
Berita Auto
Kereta Baru

Berita Terkini

Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.