[PANDU UJI] Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Beli Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024
Sofea Najmi
7-3-2024
Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024
Baru-baru ini, CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mazda CX-5 generasi kedua yang dipasang di dalam negara (CKD). Model yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2017 kali ini diberikan sentuhan baharu diinpirasikan daripada bahasa rekaan yang sama, ‘Kodo,’ yang elegan.
REKA BENTUK MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024
Perubahan terbesar yang dapat dilihat pada model kali ini ialah daripada sudut depannya yang menggunakan lampu LED yang lebih tajam dalam rekaan berbentuk C, serta bampar baharu tanpa lampu kabus. Dari sudut tepi, model ini menggunakan rim bersaiz 17 inci yang sama seperti dahulu.
Di bahagian belakang, dapat dilihat model ini diberikan lampu belakang dalam reka bentuk baharu, sudut lain masih sama seperti dahulu.
KABIN MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024
Bergerak ke bahagian dalam kabin, menyerlah konsep reka bentuk dalaman minimal yang sedap dipandang. Terdapat beberapa peningkatan diberikan termasuk penggunaan sistem infotainmen bersaiz 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay (tanpa wayar) dan Android Auto (berwayar), pad pengecas tanpa wayar, beberapa port pengecas USB dan tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik.
Bagaimanapun, varian pertengahan ini masih lagi tidak diberikan ciri premium seperti pengudaraan tempat duduk, dan kluster instrumen yang kecil, bersaiz 4.6 inci jenis TFT.
Kekurangan kecil ini dapat dimaafkan kerana secara keseluruhannya ruang CX-5 masih terasa mewah dengan penggunaan material lembut dan selesa dipegang serta balutan kulit di pelbagai bahagian kabin.
KUALITI PEMANDUAN MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024
Yang menariknya, peningkatan yang diberikan bukan hanya pada aspek visual, tetapi juga mekanikal SUV ini. SUV CX-5 facelift kali ini diberikan talaan semula untuk suspensi dan casis yang digunakan. Dipadankan dengan sistem G-Vectoring Control (GVC) Plus, CX-5 menjanjikan dinamik pemanduan yang lebih baik berbanding model terdahulu.
Bagaimana, ia masih kekal menggunakan enjin Skyactiv-G aspirasi natural 4 silinder 2.0 liter yang sama, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan. Dengan sistem ini ia boleh menghamburkan kuasa 162 HP dan 213 NM.
Secara jujurnya, perubahan mekanikal ini tidak dapat dirasakan dengan begitu ketara semasa sesi uji pandu kami, tetapi ini mungkin juga kerana dinamik pemanduannya sudah cukup memuaskan. Jentera ini mempamerkan keseimbangan yang sempurna antara dinamik pemnduan yang baik dan keselesaan.
Apa yang pasti, kadar serapan NVH atau bunyi, gegaran dan kekasaran versi kali ini adalah lebih baik, memberikan keselesaan yang optimum kepada semua penumpang depan dan belakang. Walaupun dipandu laju, kabin CX-5 kekal senyap!
Berkaitan tahap penggunaan minyaknya, enjin Skyactiv-G dalam unit 2.0 liter yang digunakan menawarkan purata penggunaan yang hanya 6.9 liter/100 KM. Angka ini lebih rendah berbanding angka atas kertas yang dinyatakan oleh Honda untuk unit turbo 1.5 liter bagi CR-V baharu, iaitu 7 liter/100 km.
Sepanjang sesi pandu uji ini kami banyak menggunakannya untuk perjalanan harian dan perjalanan jarak jauh yang mencatatkan purata 8.5 liter/100 KM.
CIRI KESELAMATAN MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024
Di samping ciri keselamatan standard yang termasuk enam beg udaara, ABS dengan EBD dan lain-lain, CX-5 versi facelift ini diberikan pakej keselamatan aktif yang lengkap termasuk kawalan jelajah radar Mazda (MRCC), sokongan jelajah & trafik (CTS), amaran keluar lorong dan bantuan kekal lorong (LDWS & LAS), pemantau titik buta (BSM), peringatan perhatian pemandu (DAA), sokongan brek Smart City (SCBS), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan sistem pencahayaan hadapan adaptif (AFS) dengan kawalan lampu suluh tinggi (HBC).
ADAKAH MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024 BERBALOI UNTUK DIMILIKI?
Dengan penambahbaikan bukan sahaja di bahagian luar dan kabin kereta tetapi juga mekanikal yang meningkatkan tahap keselesaan pemandu dan penumpang, Mazda CX-5 2.0 2WD High CKD facelift merupakan antara SUV segmen C yang menarik untuk dipertimbangkan.
Model yang ditawarkan di pasaran pada harga RM161,469.20 (RM164,769.20 dengan warna premium) ini menjadikannya antara pilihan SUV yang dijual pada harga lebih murah berbanding beberapa pesaingnya. Pembelian ini juga adalah termasuk waranti daripada Bermaz Auto selama 5 tahun atau sehingga 100,000 km serta pakej penyelenggaraan selama 5 tahun atau 100,000 km.
SPESIFIKASI MAZDA CX-5 2.0 2WD HIGH 2024
ENJIN | Skyactiv-G aspirasi natural 4 silinder 2.0 liter, petrol |
TRANSMISI | Automatik 6 kelajuan Skyactiv-Drive, pacuan roda hadapan (FWD) |
KUASA | 162 HP @6,000 RPM |
TORK | 213 NM @4,000 RPM |
0-100 KM/J | 10.4 saat |
V-MAX | 176 KM/J |
PENGGUNAAN MINYAK | 6.9 litres/100 KM (angka yang dinyatakan Mazda) |
BERAT | 1,588 KG (bersih) |
HARGA | RM161,469.20 Tidak termasuk insurans |
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC2071
SELANGOR
BSE4645
JOHOR
JXW5396
PULAU PINANG
PRQ3637
PERAK
ANV3682
PAHANG
CFB6691
KEDAH
KGA4275
NEGERI SEMBILAN
NEF7233
KOTA KINABALU
SJK7494
KUCHING
QAB3137L
Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5
Bermaz Auto Berhad (BAuto) secara rasmi mendedahkan Mazda CX-5 MazdaSports (MS) Limited Edition di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
Mazda CX-5 Generasi Akan Datang Bakal Ditawarkan Dalam Versi Hibrid
Mazda CX-5 yang menjadi pilihan ramai peminat kereta Mazda bakal tiba dalam versi generasi terbaru tidak lama lagi.
13-05-2024
[PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik
CariCarz berpeluang untuk menguji Mazda CX-5 varian 2.2D High facelift, ini pendapat kami...
06-05-2024
Video Mazda CX-5 Facelift Bocor, Dilancarkan 30 Januari Ini Di Malaysia
Video yang menunjukkan Mazda CX-5 Facelift telah didedahkan di Facebook. Ini perinciannya...
25-01-2024
[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti
Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Ini empat model yang akan dilancarkan.
28-12-2023
Jangan Ambil Risiko, Letak Kereta Tepi Pantai
Pemilik kereta Mazda CX-5 panik apabila kenderaannya hampir dihanyutkan ke dalam laut.
09-03-2023
Generasi Baharu Mazda MX-5 Bakal Muncul, Namun Tidak Bagi CX-5?
Baru-baru ini dilaporkan bahawa generasi terbaharu roadster ikonik MX-5 bakal ditawarkan.
03-02-2023
Mazda CX-60 Baru Dilancarkan Di Eropah! Plug-In Hybrid Ini Boleh Pecut Dalam 5.8 Saat!
Ingin tahu apa yang menarik tentang Mazda CX-60 yang dilancarkan di Eropah baru-baru ini? Jom baca artikel.
13-04-2022
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat