ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Akan Datang Bakal Ditawarkan Dalam Versi Hibrid

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-CX-5-Facelift-High-Ext-5.jpg


Mazda CX-5 2.0 High Facelift generasi ke-2. 


Crossover Mazda CX-5 yang menjadi pilihan ramai peminat kereta Mazda bakal tiba dalam versi generasi terbaru tidak lama lagi. Pengeluarnya mengesahkan bahawa model itu nanti akan turut didatangkan dengan pilihan trenkuasa hibrid elektrik yang dibangunkan sendiri oleh Mazda.


Syarikat automotif yang berpangkalan di Hiroshima ini telah mengesahkan rancangan tersebut baru-baru ini menerusi satu memo yang diterbitkan bersama-sama dengan laporan kewangannya. Dalam memo tersebut, Mazda menyatakan rancangannya “untuk melengkapkan CX-5 akan datang dengan enjin hibrid yang dibangunkan Mazda.” Tindakan ini membolehkan Mazda meletakkan CX-5 sebagai pesaing kepada model hibrid lain seperti Toyota RAV4 dan Honda CR-V. 


Baca: [PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik


Mazda tidak mendedahkan bilakah tarikh pelancaran model tersebut, namun sumber dalaman yang dipetik daripada sebuah portal dalam talian yang boleh dipercayai melaporkan bahawa model baharu itu kini dalam fasa pembangunan dan bakal dipamerkan pada tahun 2025. Juga tidak jelas sama ada penerangan tentang "enjin hibrid yang dibangunkan oleh Mazda" merujuk kepada enjin petrol, komponen elektrik atau kedua-duanya.


Mazda-CX-5-Facelift-High-Ext-20.jpgMazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Int-33.jpg


CX-5 generasi terkini ditawarkan dengan pilihan trenkuasa enjin petrol Skyactiv-G (kiri) dan diesel Skyactiv-D (kanan).  Versi petrol MHEV dengan bantuan ISG turut ditawarkan, tetapi hanya untuk pasaran Eropah. 


Mazda-CX-5-Diesel-High-Facelift-Rolling-3.jpg


Mazda CX-5 


Buat masa ini, CX-5 generasi kedua ditawarkan di pasaran dalam beberapa pilihan trenkuasa termasuk petrol dan diesel, namun untuk pasaran Eropah, turut terdapat versi hibrid ringkas (MHEV). Varian MHEV yang menggunakan integrated starter generator (ISG) itu bagaimanapun tidak boleh dipacu dengan tenaga elekrik sepenuhnya, berbeza dengan kereta hibrid Toyota dan Honda. 


Baca: [PANDU UJI] Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Beli Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024


Selain akan ditawarkan dalam versi trenkuasa hibrid, CX-5 generasi akan datang itu juga bakal diberikan sentuhan rekaan dan dilengkapi dengan teknologi yang hampir sama dengan model-model bersaiz besar lain daripada Mazda seperti CX-50, CX-60, CX-70 dan CX-90, walaupun masih menggunakan platform casis asas yang sama, dalam kedua-dua format, FWD dand AWD. 


Untuk perkembangan terkini mengenai pembangunan Mazda CX-5 ini, nantikan perkongsian daripada CariCarz.com dari masa ke masa. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook!


Mazda-CX-5-Facelift-High-Ext-26.jpg








Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS2271

SELANGOR

BSU1401

JOHOR

JF384J

PULAU PINANG

PSF9490

PERAK

APL8039

PAHANG

CFH8716

KEDAH

KGJ3035

NEGERI SEMBILAN

NEM1410

KOTA KINABALU

SJU3520

KUCHING

QAB6589P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

29-01-2026
Berita Auto

06-11-2025
Global
Kereta Baru

02-10-2025
Global

10-07-2025
Global

02-07-2025
Global

18-06-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.