[PANDU UJI] Mercedes-Benz A200 Progressive Line: Prestij Pada Harga Paling Mampu Milik

Tercari-cari sedan berjenama mewah yang gah dipandu pada harga paling mampu milik? Jangan terlepas pandang Mercedes-Benz A200 Progressive Line! Diberikan peluang untuk pandu uji model ini selama beberapa hari, ini pendapat jujur penulis…
1. Rekabentuk yang Elegan





Dari luar, model ini kelihatan segah model-model Mercedes lain. Untuk Mercedes-Benz A200 Progressive Line terbaru, ia diberikan beberapa perubahan kosmetik kecil di bahagian luar. Sentuhan baharu dapat dilihat daripada sudut hadapan yang mana lampu depan, gril dan bamparnya diberikan rekaan baharu. Walaupun halus, lengkungan 'power dome' yang diberikan pada bahagian bonet menjadikannya kelihatan agak agresif dan sporty. Dari sudut lain, model ini diberikan rim jejari kembar berukuran 17 inci yang baharu, sementara itu di belakang, sentuhan baharu dapat dilihat pada grafik lampu belakang dan diffuser.
2. Kabin yang Lebih Praktikal & Selesa



Ruang dalaman kereta ini menawarkan pengalaman yang lebih baik dengan penyingkiran trackpad infotainmen yang agak leceh untuk digunakan. Menggantikan ruang trackpad kini ialah ruang simpanan barangan kecil seperti kunci dan telefon bimbit.


Skrin 10.25 inci kini menggunakan perisian MBUX terkini dan grafik paparan yang lebih baik. Sistem infotainmen kini lebih mudah dikawal secara terus melalui skrin sentuh yang lebih intuitif.



Ruang kabinnya walaupun agak kecil, ia masih cukup selesa untuk kebanyakan orang, terutama dengan penggunaan kulit Artico yang mewah pada tempat duduk dan sentuhan utama. Namun, satu kekurangan ketara ruang kabin ini adalah ketiadaan corong pengudaraan untuk tempat duduk belakang, membuatkan penumpang belakang terasa kurang selesa dalam cuaca panas.
3. Pengalaman Pemanduan yang Memuaskan

Walaupun ia adalah sedan terkecil dalam keluarga Mercedes, A200 Progressive Line menawarkan pengalaman memandu yang memuaskan dengan enjin turbo 1.3 liter yang menghasilkan 161 ps dan 270 Nm.



Sistem transmisi automatik 7 kelajuan DCT memberikan pemanduan yang lancar dan responsif. Tetapi sekiranya anda inginkan prestasi yang lebih mengasyikkan dan keseronokan pemanduan sebenar, anda boleh pertimbangkan model AMG A35.
4. Ciri Keselamatan Canggih



Model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan asas yang meliputi amaran pelanggaran hadapan (FCW), brek kecemasan autonomi (AEB), kamera pandang belakang sudut lebar dan sensor parkir keliling. Namun, jika anda mahukan teknologi pemanduan separa autonomi yang lebih canggih dan lengkap, boleh pertimbangkan model A250 yang lebih mahal.
Adakah Mercedes-Benz A200 Progressive Line Berbaloi untuk Dimiliki?

Walaupun ia mempunyai beberapa kekurangan seperti ruang yang agak terhad tetapi kualiti pemanduan hasil kejuruteraan Jerman dan ciri canggih lain menjadikannya sebuah jentera yang berbaloi untuk dimiliki. Ditawarkan di pasaran pada harga RM241,888 dengan jaminan empat tahun tanpa had perbatuan, Mercedes-Benz A200 Progressive Line adalah pilihan yang menarik bagi mereka yang inginkan prestij pada harga yang paling mampu milik dalam barisan model jenama Jerman ini.
SPESIFIKASI MERCEDES-BENZ A200 PROGRESSIVE LINE
| ENJIN | Petrol, turbo 4 silinder 1.3 liter |
| TRANSMISI | Automatik DCT 7 kelajuan, FWD |
| KUASA | 161 HP @ 5,500 RPM |
| TORK | 270 NM @ 2,000 RPM |
| 0-100 KM/J | 8.3 saat |
| V-MAX | 230 KM/J |
| TAHAP PENGGUNAAN BAHAN API | 6.3 liter/100 km (atas kertas) |
| BERAT | 1,385 kg (bersih) |
| HARGA | RM241,888 (Tidak termasuk insurans) |
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQD7946
SELANGOR
BSK8796
JOHOR
JYM9079
PULAU PINANG
PRW6032
PERAK
APD4038
PAHANG
CFE4689
KEDAH
KGD4503
NEGERI SEMBILAN
NEH9170
KOTA KINABALU
SJP3046
KUCHING
QAB7484M
Terakhir Kemas Kini 17 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
[PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30
Kami berpeluang untuk memandu uji Volvo EX30 dan ini ENAM sebab mengapa Volvo EX30 patut dipertimbangkan...
16-09-2024
[PANDU UJI] 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Hyundai Tucson 1.6T Max
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Hyundai Tucson 1.6T Max.
04-08-2024
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ini pendapat jujur kami tentang Chery Tiggo 7 Pro.
15-07-2024
[PANDU UJI] Ioniq 6 Max AWD: Ini Dia 4 Perkara Menarik Tentang EV Paling ‘Stylo’ Di Dunia
Ini pendapat jujur kami tentang varian tertinggi Ioniq 6, Max AWD.
06-11-2023
Tayar Bridgestone Potenza Sport: Kekal Stabil Di Selekoh Pada Kelajuan Tinggi
Aktiviti The Potenza Sport Driving Experience membuktikan keupayaan tayar Potenza Sport.
15-08-2023
[PANDU UJI] Honda Civic e:HEV RS: Hibrid Sporty Ini Lebih Hebat Dari Turbo?
Ini pendapat jujur kami tentang Honda Civic e:HEV RS dan kenapa ini varian Civic terbaik.
08-08-2023
[PANDU UJI] Ini 8 Sebab Kenapa Volvo XC90 Recharge SUV Mewah Terbaik
Ini 8 SEBAB kenapa Volvo XC90 Recharge patut dipertimbangkan sebagai SUV mewah baharu yang patut ada di rumah.
26-06-2023
Berita Terkini
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"
Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.
01-12-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

