ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-Benz A200 Progressive Line: Prestij Pada Harga Paling Mampu Milik

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-25.jpg


Tercari-cari sedan berjenama mewah yang gah dipandu pada harga paling mampu milik? Jangan terlepas pandang Mercedes-Benz A200 Progressive Line! Diberikan peluang untuk pandu uji model ini selama beberapa hari, ini pendapat jujur penulis…


1. Rekabentuk yang Elegan


web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-15.jpg

web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-5.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-22.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-9.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-8.jpg


Dari luar, model ini kelihatan segah model-model Mercedes lain. Untuk Mercedes-Benz A200 Progressive Line terbaru, ia diberikan beberapa perubahan kosmetik kecil di bahagian luar. Sentuhan baharu dapat dilihat daripada sudut hadapan yang mana lampu depan, gril dan bamparnya diberikan rekaan baharu. Walaupun halus, lengkungan 'power dome' yang diberikan pada bahagian bonet menjadikannya kelihatan agak agresif dan sporty. Dari sudut lain, model ini diberikan rim jejari kembar berukuran 17 inci yang baharu, sementara itu di belakang, sentuhan baharu dapat dilihat pada grafik lampu belakang dan diffuser. 


2. Kabin yang Lebih Praktikal & Selesa


web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-2.jpg

web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-28.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-33.jpg


Ruang dalaman kereta ini menawarkan pengalaman yang lebih baik dengan penyingkiran trackpad infotainmen yang agak leceh untuk digunakan. Menggantikan ruang trackpad kini ialah ruang simpanan barangan kecil seperti kunci dan telefon bimbit. 


web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-30.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-41.jpg


Skrin 10.25 inci kini menggunakan perisian MBUX terkini dan grafik paparan yang lebih baik. Sistem infotainmen kini lebih mudah dikawal secara terus melalui skrin sentuh yang lebih intuitif. 


web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-45.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-49.jpg

web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-47.jpg


Ruang kabinnya walaupun agak kecil, ia masih cukup selesa untuk kebanyakan orang, terutama dengan penggunaan kulit Artico yang mewah pada tempat duduk dan sentuhan utama. Namun, satu kekurangan ketara ruang kabin ini  adalah ketiadaan corong pengudaraan untuk tempat duduk belakang, membuatkan penumpang belakang terasa kurang selesa dalam cuaca panas.


3. Pengalaman Pemanduan yang Memuaskan


web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-44.jpg


Walaupun ia adalah sedan terkecil dalam keluarga Mercedes, A200 Progressive Line menawarkan pengalaman memandu yang memuaskan dengan enjin turbo 1.3 liter yang menghasilkan 161 ps dan 270 Nm. 


web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-26.jpg

web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-37.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-34.jpg


Sistem transmisi automatik 7 kelajuan DCT memberikan pemanduan yang lancar dan responsif. Tetapi sekiranya anda inginkan prestasi yang lebih mengasyikkan dan keseronokan pemanduan sebenar, anda boleh  pertimbangkan model AMG A35. 


4. Ciri Keselamatan Canggih


web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-10.jpg

web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-43.jpgweb_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-29.jpg


Model ini dilengkapi dengan ciri keselamatan asas yang meliputi amaran pelanggaran hadapan (FCW), brek kecemasan autonomi (AEB), kamera pandang belakang sudut lebar dan sensor parkir keliling. Namun, jika anda mahukan teknologi pemanduan separa autonomi yang lebih canggih dan lengkap, boleh pertimbangkan model A250 yang lebih mahal.


Adakah Mercedes-Benz A200 Progressive Line Berbaloi untuk Dimiliki?


web_TA_Review_Mercedes-Benz-A200-Progressive-Line_-57.jpg


Walaupun ia mempunyai beberapa kekurangan seperti ruang yang agak terhad tetapi kualiti pemanduan hasil kejuruteraan Jerman dan ciri canggih lain menjadikannya sebuah jentera yang berbaloi untuk dimiliki. Ditawarkan di pasaran pada harga RM241,888 dengan jaminan empat tahun tanpa had perbatuan, Mercedes-Benz A200 Progressive Line adalah pilihan yang menarik bagi mereka yang inginkan prestij pada harga yang paling mampu milik dalam barisan model jenama Jerman ini. 

SPESIFIKASI MERCEDES-BENZ A200 PROGRESSIVE LINE

ENJINPetrol, turbo 4 silinder 1.3 liter 
TRANSMISIAutomatik DCT 7 kelajuan, FWD
KUASA161 HP @ 5,500 RPM
TORK270 NM @ 2,000 RPM
0-100 KM/J8.3 saat
V-MAX230 KM/J
TAHAP PENGGUNAAN BAHAN API 6.3 liter/100 km (atas kertas)
BERAT1,385 kg (bersih)
HARGA 

RM241,888

(Tidak termasuk insurans)

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR2265

SELANGOR

BSN4792

JOHOR

JYT4741

PULAU PINANG

PSA6781

PERAK

APG1484

PAHANG

CFF8543

KEDAH

KGE8425

NEGERI SEMBILAN

NEJ8190

KOTA KINABALU

SJQ8840

KUCHING

QAB4319N

Terakhir Kemas Kini 25 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

14-06-2023
Tips

06-04-2024
Pandu Uji

27-04-2024

Berita Terkini

Pandu Uji

Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..

Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.

17-12-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Ringkas Perodua QV-E, Nampak Gaya Ada Potensi Kalahkan EV "Luar"

Penulis berpeluang memandu uji Perodua QV-E di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

01-12-2025
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.