Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat


Jika anda membaca artikel ini, kemungkinan besar anda seorang lelaki keluarga yang mempunyai lebih tiga anak-anak dan sedang mencari kereta yang boleh memuatkan keluarga anda.
Atau pun, anda mungkin juga sedang mencari kereta yang boleh digunakan untuk urusan harian dan pada masa yang sama mahu kereta yang jenis bergaya, boleh memuatkan ramai penumpang serta sarat dengan ciri-ciri yang canggih.
Jika begitu, anda sememangnya patut berterima kasih kepada model yang terdapat dalam pasaran hari ini, tetapi bagi mereka yang sedang mencari kelainan sedikit, mungkin anda perlu mempertimbangkan jenama automotif Korea Selatan, Kia.
Pada hemat kami, jenama KIA sememangnya sudah menyasarkan golongan yang sudah berkeluarga.
Jadi, sebab itulah mereka sanggup mempertaruhkan MPV Kia Carnival generasi keempat dan SUV terbaharu mereka iaitu Kia Sorento kepada para pelanggannya.

Namun tidak dinafikan kedua-dua model ini sebenarnya jauh berbeza tetapi mereka berkongsi tujuan yang sama, iaitu membawa penumpang antara enam hingga 11 orang.
Jadi, ini serba sedikit mengenai Kia Carnival dan Sorento:
Kia Carnival dan Sorento dibina berdasarkan platform N3.
Sorento generasi terbaharu disumbat dengan enjin petrol dan ada juga model Sorento dan Carnival didatangkan dengan enjin turbo diesel dimana ia memberikan kecekapan yang lebih tinggi.
Apapun, pilihan enjin bergantung di tangan pengguna!

Di sebalik pandu uji kami terhadap kedua-dua model berkenaan, kami dengan yakin boleh membuktikan bahawa kedua-duanya memenuhi tujuan masing-masing dengan cukup cemerlang.
Bagi mereka yang sedang membaca artikel ini, kupasan ini mungkin dapat membantu dalam memutuskan pilihan anda.

KIA CARNIVAL UNTUK YANG BERKELUARGA
Seiring dengan namanya itu, maka tidak hairanlah mengapa Kia Carnival mendapat tempat di hati ketua rumah, golongan wanita termasuk kanak-kanak.
Dalam bentuk terbaharunya, Kia Carnival generasi keempat pemasangan tempatan ini (CKD) pastinya tidak akan mengecewakan dalam semua aspek memandangkan terdapat alasan yang cukup kukuh.
Dengan menawarkan tiga barisan tempat duduk, ia nyata menawarkan ruang yang cukup luas.


Lebih-lebih lagi dengan versi 2024 yang dikemas kini, dimana tayarnya menggunakan rim roda aloi bersaiz 19-inci manakala, kabinnya pula dibaluti dengan upholsteri kulit hitam baharu yang mewah.


Walaupun anda memilih varian 8 tempat duduk yang boleh dikatakan lebih 'rasional', namun ia sebenarnya sudah memadai kerana varian itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
MPV ini bukan sahaja selesa untuk perjalanan jauh malah boleh digunakan untuk urusan harian kerana ia menawarkan keselesaan yang cukup sempurna dan yang penting, selamat.
Bagi varian Kia Carnival yang disumbat dengan enjin 2.2 liter turbo-diesel 4-silinder, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 199 hp dan tork 440 nm.
Enjinnya dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan, yang bersambung terus dengan roda depan sekali gus menjanjikan kecekapan yang agak tinggi.
Tujahan kuasanya rasa cukup ketara setiap kali pedal minyak ditekan.
Penukaran gear yang pantas dan respons stereng menjadikan pengalaman memandu Carnival begitu menyeronokkan.
Hakikatnya, Kia Carnival 7-tempat duduk sebenarnya sudah memadai kerana ia didatangkan dengan tempat duduk “Relaxion”yang dipisahkan dengan ruang tengah bagi menawarkan keselesaan kepada penumpang baris kedua.
Malah, tempat duduk itu boleh dilaraskan secara berkuasa.
Memandangkan ia adalah versi CKD, maka Kia Carnival 11-tempat duduk dijual pada harga RM198,500 (11 tempat duduk), RM245,888 (8 tempat duduk), dan RM259,888 (7 tempat duduk).
SORENTO - SUV PREMIUM

Jika anda tidak mempunyai saiz keluarga besar, tetapi mencari kereta yang mempunyai ruang yang luas, menawarkan ciri-ciri mewah dan bergaya, mungkin SUV premium, Sorento jawapannya.
Ada kemungkinannya kembar Carnival, Sorento mampu memenuhi citarasa anda.
Sudah tentu, SUV bersaiz pertengahan spesifikasi premium itu adalah cadangan yang sangat menarik.


Terus-terang, penggayaan Sorento generasi keempat ini agak berbeza dan kelihatan sangat mewah.
Untuk makluman, Kia Sorento membawakan bahasa rekaan Kia yang terkini, dengan unit lampu utama yang lebih tajam, rekaan muncung hidung harimau.
Ia didatangkan dengan tayar bersaiz 19-inci manakala profil belakangnya, ala-ala kereta Amerika Syarikat.



Menjengah bahagian dalamannya, Sorento tidak mempunyai keluasan yang sama seperti kembarnya, Kia Carnival tetapi ia masih menawarkan ruang yang mencukupi untuk menempatkan tiga baris tempat duduk.


Namun semuanya bergantung kepada varian, ada varian yang didatangkan dengan upholsteri fabrik atau kulit asli, manakala varian 7 dan 6 tempat duduk menawarkan kerusi kapten di barisan tempat duduk kedua.
Kejayaan Sorento sebenarnya terletak pada rangkaian kuasa petrol dan turbo-diesel yang sangat cekap.

Semestinya, kecekapan bahan api adalah pilihan utama di sini dan dengan adanya, transmisi automatik 8-kelajuan, ia menjanjikan pengendalian yang cukup lancar.
Seiring dengan tahap teknologi premium dan kemewahan yang ditawarkan, harganya yang diletakkan dilihat agak berpatutan apatah lagi ia menawarkan ciri keselamatannya yang terkemuka di dalam kelasnya.
Seperti mana Kia Carnival, SUV ini juga didatangkan dengan ciri teknologi keselamatan pasif dan aktif terbaharu yang membolehkan pemanduan separa autonomi.
Harga permulaan untuk jentera ini adalah antara RM210,000 hingga RM254,000.

Ya, harga agak murah kerana ia merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) sekali gus menjadikan ia mudah menyaingi kereta-kereta buatan Eropah.
PEMILIKAN TENANG
Tidak kira yang mana menjadi pilihan anda, apa yang pasti kedua-duanya menawarkan pemilikan kereta yang tiada tandingan.
Ini keraa pengedar jenama Dinamikjaya Motors (Bermaz Auto) menawarkan waranti 5 tahun atau 100,000 kilometer dengan perkhidmatan penyelenggaraan percuma selama lima tahun.
Dalam erti kata lain, ciri-ciri yang ada pada kedua-dua model ini juga disokong dengan pemilikan jangka panjang yang bebas daripada sebarang kebimbangan.
Jika berminat dengan salah sebuah model ini, anda boleh mengunjungi pusat pengedar sah Kia dan jangan lepaskan peluang untuk memandu uji.
Untuk keterangan lanjut mengenai Kia Carnival, Sorento dan rangkaian pengedar Kia, layari www.kia.com/my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY762
SELANGOR
BSJ9016
JOHOR
JYK5764
PULAU PINANG
PRV4429
PERAK
APC3163
PAHANG
CFD9712
KEDAH
KGC8509
NEGERI SEMBILAN
NEH5261
KOTA KINABALU
SJN5354
KUCHING
QAB4754M
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Terkini
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat