ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Porsche Taycan 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 7 Varian, Dari RM575,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche-Taycan-2024-MYLaunch-1.jpg


Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), telah memperkenalkan Porsche Taycan yang telah dikemaskini bagi tahun 2024 di pasaran Malaysia. Tempahan bagi model yang telah diberikan pelbagai penambahbaikan ini telah dibuka secara rasmi. 


Varian dan Prestasi


web_press_2025-Porsche-Taycan_-5.jpg


Taycan 2024 hadir dalam dua gaya badan iaitu sedan sporty dan fastback dalam versi Cross Turismo. Sedan Taycan ditawarkan di pasaran dalam empat pilihan trenkuasa, manakala Cross Turismo pula tiga pilihan trenkuasa. 


Varian asas Taycan menggunakan motor elektrik RWD yang menghasilkan 402 hp, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 4.8 saat. Dengan cas penuh, bateri 105 kWj memberikan model ini jarak perjalanan elektrik sehingga 678 km (WLTP). 


Varian tertinggi, Taycan 4S menggunakan sistem dwi-motor, pacuan semua roda (AWD) yang mengeluarkan output 537 hp. Ini membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 3.7 saat. Jarak EV maksimumnya ialah 643 km. 


web_press_2025-Porsche-Taycan_-6.jpgweb_press_2025-Porsche-Taycan_-9.jpg


Varian Taycan Turbo dengan 872 hp mampu memecut dalam 2.7 saat, manakala Turbo S dengan 919 hp boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.4 saat. Kedua-dua varian ini menawarkan jarak WLTP 630 KM, lebih tinggi daripada model terdahulu yang hanya boleh mencapai jarak EV 467 km. 


Pengecasan dan Ciri Tambahan


Porsche-Taycan-2024-MYLaunch-4.jpg


Selain menjanjikan prestasi yang lebih baik, semua varian Taycan 2024 kini mempunyai prestasi pengecasan lebih pantas, dinaik taraf daripada 270 kW kepada 320 kW. Taycan boleh dicas daripada 10-80% dalam masa hanya 18 minit. Sistem brek regeneratif juga ditingkatkan sebanyak 30% kepada 400 kW. 


Di samping itu, model terbaru ini juga 15 kg lebih ringan dan dilengkapi dengan suspensi udara standard, serta beberapa pakej pilihan seperti Porsche Active Ride, Porsche Torque Vectoring Plus, stereng roda belakang dan brek seramik karbon.


Harga dan Waranti


Porsche-Taycan-2024-MYLaunch-2.jpg


Taycan 2024 dijual pada harga bermula daripada RM575,000 untuk model sedan asas, RM675,000 untuk Taycan 4S, RM905,000 untuk Taycan Turbo dan RM1.06 juta untuk Taycan Turbo S. Sementara itu, Taycan Cross Turismo bermula daripada RM625,000 untuk Taycan 4 Cross Turismo, RM700,000 untuk Taycan 4S Cross Turismo dan RM915,000 untuk Taycan Turbo Cross Turismo. 


Pembelian adalah termasuk waranti kenderaan selama 4 tahun, pakej penyelenggaraan komprehensif 4 tahun dan waranti 8 tahun untuk sistem bateri.


Baca: Pusat Pengalaman Porsche Pertama ASEAN akan Dibuka di Singapura


Keistimewaan Tambahan


Pemilik Taycan di Malaysia juga mendapat keahlian platinum percuma dengan kadar pengecasan khas dan manfaat tambahan untuk Shell Recharge. Pengguna Porsche juga boleh menggunakan pengecas berprestasi tinggi yang disediakan di mana-mana Pusat Porsche di Malaysia secara percuma. 


Porsche-Taycan-2024-MYLaunch-5.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE7022

SELANGOR

BSR3536

JOHOR

JYB7784

PULAU PINANG

PSD4922

PERAK

APJ5672

PAHANG

CFG9692

KEDAH

KGG8079

NEGERI SEMBILAN

NEK8025

KOTA KINABALU

SJS8037

KUCHING

QAB1385P

Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

06-09-2024
Kereta Baru

21-06-2024
EV

07-02-2024
EV

20-07-2023
Berita Auto

30-06-2023
EV

09-05-2023
Berita Auto

01-12-2022
EV

G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.

29-10-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.