ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Singapura Haram Kenderaan Diesel Tahun 2025, Filipina Turun Cukai Import Model Hibrid Kepada Sifar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Singapre-Diesel---The-Straits-Times.jpg


Singapura akan melarang pendaftaran dan penjualan kereta penumpang serta teksi yang menggunakan bahan api diesel bermula 1 Januari 2025. Pengumuman ini dibuat oleh Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura awal bulan ini.


Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Singapura untuk memastikan semua kenderaan di jalan rayanya menggunakan tenaga bersih menjelang tahun 2040. Menurut laporan Business Times Singapore, pengumuman untuk menghapuskan kenderaan yang menjadi punca pencemaran udara ini telah dibuat di parlimen Singapura kira-kira tiga tahun lalu.


Singapore-Taxi---The-Straits-Times.jpg


Jumlah teksi dengan trenkuasa HEV & PHEV di Singapura semakin bertambah. (Foto: The Straits Times) 


Sejak tahun 2021, pendaftaran kenderaan penumpang dan teksi diesel baharu kekal di bawah 1% daripada jumlah keseluruhan jualan kenderaan baharu tahunan di Singapura. Larangan diesel ini juga berlaku sebelum peraturan baharu yang memerlukan semua kereta dan teksi yang didaftarkan adalah model tenaga bersih bermula daripada tahun 2030.


Pembaharuan COE & Cukai Jalan Lebih Tinggi


Ford-Ranger-Singapore---TopGear-SG.jpeg


Bagi pemilik kenderaan diesel sedia ada, mereka masih boleh memperbaharui Sijil Pemilikan Kenderaan (COE) sebelum tarikh akhir 1 Januari 2025. Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan ini perlu menanggung kos cukai jalan yang lebih tinggi yang bertujuan untuk mengurangkan pembaharuan, kata LTA.


Ini adalah sebahagian daripada dasar sedia yang mana, bergantung pada umur kenderaan, caj tambahan antara 10% hingga 50% dikenakan untuk kenderaan yang berusia lebih daripada 10 tahun.


Pemotongan Sementara Cukai Import Kenderaan Hibrid Filipina 


web_CariCarz_TA_Toyota-Alphard-And-Vellfire-HEV_Toyota-Beyond-Zero_-1.jpg


Sementara itu, di Filipina baru-baru ini menyaksikan kerajaannya mempromosikan mobiliti yang lebih bersih melalui pemotongan sementara cukai import dan tarif ke atas kenderaan hibrid (HEV) dan plug-in hibrid (PHEV) yang diimport sepenuhnya (CBU).


Portal berita automotif Filipina, AutoIndustriya, melaporkan bahawa cukai dan tarif untuk HEV dan PHEV CBU telah diturunkan kepada sifar.


web_TA_Review_BMW-X5-xDrive50e-M-Sport_-82.jpg


Sebelum ini, model HEV dan PHEV yang dibuat di dalam dan sekitar rantau ASEAN sudah menikmati cukai import dan tarif sifar hasil Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Manfaat yang sama kini terpakai kepada HEV dan PHEV yang dihasilkan dan diimport dari zon bukan AFTA sehingga tahun 2028.


Langkah ini membolehkan pemain utama dalam industri automotif Filipina menerima lebih banyak model hibrid untuk ditawarkan kepada pelanggan mereka. 


Baca: Malaysia Berpotensi Jadi Hab Automotif ASEAN – Manfaatkan Teknologi, Tingkatkan Produktiviti



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR1753

SELANGOR

BSN4692

JOHOR

JYT4662

PULAU PINANG

PSA6584

PERAK

APG1363

PAHANG

CFF8493

KEDAH

KGE8326

NEGERI SEMBILAN

NEJ8148

KOTA KINABALU

SJQ8651

KUCHING

QAB4273N

Terakhir Kemas Kini 21 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Tips

10-03-2026
Kereta Baru

29-01-2026
Berita Auto

25-11-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Global

25-04-2025
Kereta Baru

17-03-2025
Berita Auto

07-02-2025
Berita Auto

05-02-2025

Berita Terkini

Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.