ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Stellantis-Logo.jpg


Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan bagi separuh pertama tahun 2024 sebanyak 48% berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengeluar kenderaan terkemuka dunia itu mencatatkan keuntungan bersih berjumlah hanya AS$6.07 bilion. Prestasi ini menyebabkan harga sahamnya menurun sebanyak 8.5%. 


Dalam tempoh yang sama, nilai pendapatan terlaras turun daripada AS$9.22 bilion yang dicatatkan pada 1H 2023 kepada hanya AS$6.18 bilion pada 1H 2024. Penurunan keuntungan dan pendapatan ini telah mendorong organisasi untuk mempertimbangkan penamatan jualan beberapa jenama.


Prestasi Kurang Memberangsangkan di Amerika Utara


Stellantis-Malaysia-Gurun.jpg


Dalam satu wawancara dengan Reuters baru-baru ini, CEO Stellantis, Carlos Tavares mendedahkan bahawa situasi ini berlaku kerana prestasi yang kurang memberangsangkan di Amerika Utara, yang mana jualan turun sebanyak 16%. 


Jenama Berprestasi Buruk akan Ditamatkan


Lancia-Ypsilon-IV-EV-26.jpg65568456_2317683584985926_6984990551405756416_n.jpgCaricarz-Maserati-GranTurismo-2024-MYLaunch-4.JPG


Dalam wawancara yang sama, Tavares memberi amaran bahawa tiada ruang untuk menjadi sentimental terhadap jenama-jenama yang tidak menguntungkan, “Jika tidak menghasilkan keuntungan, kami akan menghentikan [jualan] mereka,” kata eksekutif tersebut.


Spekulasi Jenama yang Mungkin akan Dihentikan Jualan


fiat-grande-panda-2024-(4).jpg


Ini telah mendorong kepada spekulasi bahawa jenama seperti Lancia, DS Automobiles dan Maserati mungkin akan dihentikan. “Kami tidak mampu mengekalkan jenama yang tidak menguntungkan,” tambah Tavares lagi.


Carlos bagaimanapun enggan mengakui bahawa langkah pemotongan kos secara drastik yang diambil Stellantis sebelum ini menjadi punca prestasi buruk pada separuh pertama tahun ini.


Rancangan Masa Depan Stellantis


Bekas eksekutif Renault itu menekankan lagi bahawa Stellantis sedang melakukan persediaan untuk memperkenalkan sekitar 20 model baharu tahun ini. Kehadiran produk baharu ini dijangka akan memberikan peluang yang lebih baik untuk memperbaiki pencapaian firma tersebut. Stellantis juga dikhabarkan merancang untuk mengurangkan harga produk bagi meletakkan diri mereka dalam kedudukan yang lebih kompetitif. 


Baca: SUV Coupe Citroën Basalt Bakal Ditawarkan di Malaysia? Ini Kata Stellantis M'sia...


Baca: Ini Pencapaian Stellantis Malaysia Setelah 100 Hari Beroperasi – Pertumbuhan Jualan Lebih 100%

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7405

SELANGOR

BST4348

JOHOR

JD5647J

PULAU PINANG

PSF3075

PERAK

APL2337

PAHANG

CFH6182

KEDAH

KGH8561

NEGERI SEMBILAN

NEL6814

KOTA KINABALU

SJT8782

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan

Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.

08-06-2026
Global

Projek Hidrogen Stellantis Ditamatkan Secara Mengejut

Gergasi automotif global, Stellantis, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penamatan program pembangunan teknologi sel bahan api hidrogennya.

18-07-2025
Global

Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?

Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.

24-06-2025
Global

Antonio Filosa Dilantik CEO Baharu Stellantis, Ganti Carlos Tavares

Stellantis mengumumkan pelantikan Antonio Filosa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu.

29-05-2025
Berita Auto

Jenama Eurorepar Tawar Servis, Alat Ganti OEM Pada Harga Mampu Milik, Bakal Tembusi Pasaran Malaysia

Stellantis mendedahkan rancangan untuk memperkenalkan jenama selepas jualan pelbagai jenama miliknya, Eurorepar akan menembusi pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.

16-05-2025
EV

Leapmotor B10 Baru Dilancar, Sudah Terima Lebih 15,000 Tempahan

Leapmotor B10 ditawarkan pada harga bermula dari RM67,000.

12-03-2025
Global

Stellantis Rombak Struktur Pengurusan, Pencarian CEO Masih Diteruskan

Syarikat automotif global, Stellantis mengumumkan rombakan besar dalam struktur pengurusannya minggu ini sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyederhanakan organisasi.

05-02-2025
Global

Stellantis Akan Ambil Alih Syarikat Pengeluar Sistem Transmisi Kereta, Punch Powertrain

Syarikat automotif global, Stellantis, mengumumkan pengambilalihan penuh Punch Powertrain.

30-01-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.