Peugeot 408 Jadi Ilham, Rekaan Pereka Fesyen Muda Ini Memukau Ramai

Baru-baru ini, CariCarz.com telah menerima jemputan daripada Stellantis Malaysia untuk menyaksikan pertunjukan fesyen yang bertemakan "Capturing Allure" yang diinspirasikan oleh keanggunan dan sofistikasi PEUGEOT 408 serba baharu di Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024). Pertunjukan fesyen untuk segmen KLFW Designer Search ini buat pertama kalinya diadakan dengan kerjasama syarikat automotif.


Mengetengahkan konsep “Design to Sustain” iaitu untuk menghidupkan semula fabrik terpakai dengan gaya yang elegan, menyaksikan kreativiti setiap finalis menghasilkan fesyen terbaik bagi memukau juri profesional.


Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, "Kelestarian bukan lagi sekadar trend, ia kini menjadi asas penting bagi industri seperti automotif dan fesyen untuk bukan sahaja bertahan tetapi berkembang.

“Kelestarian adalah nilai teras di Stellantis dan untuk PEUGEOT, kami sentiasa mencari cara inovatif untuk menghasilkan produk yang praktikal dan lestari. Ini melibatkan penggunaan bahan berkualiti tinggi yang diperoleh secara bertanggungjawab serta memanfaatkan teknologi canggih untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar."
Juri Ternama Pilih Tiga Pemenang Terbaik

Tugas untuk memilih tiga pemenang terbaik telah diberikan kepada tujuh juri yang dihormati iaitu Pengasas KLFW, Andrew Tan, Pengurus Pemasaran Stellantis Malaysia, E-Ling Cheah, Pengarah Kreatif Min Luna Creative Agency, Min Luna, Pengarah Kreatif dan Penggaya Fesyen, Andrea Wong, Pengkritik Fesyen, Kak Zai dan Pereka Fesyen, Kit Woo dan Syomirizwa Gupta.
Pemenang Muda Menonjolkan Kreativiti Luar Biasa

Tiga pemenang KLFW Designer Search 2024 ialah Mei Xuan Tieo, 18 tahun, dengan koleksi bertajuk "Ephemeral Reverie", Raja Irfan, 25 tahun, dengan "Eternal Allure" dan Salahuddin Hilmi, 26 tahun, dengan "Rockstar".
Mereka memukau penonton dan juri dengan kreativiti yang luar biasa, keaslian, inovasi dan kehalusan teknik. Sebagai pemenang, mereka akan mendapat peluang eksklusif untuk mempamerkan koleksi penuh mereka di KLFW 2025 dan "Lao Fashion Week: Zero Waste" pada bulan Oktober ini.
Inspirasi Rekaan Daripada PEUGEOT 408



Garisan aerodinamik dan gaya anggun PEUGEOT 408 jadi inspirasi Mei Xuan.
Ketiga-tiga pemenang berkongsi bagaimana PEUGEOT 408 menjadi rekaan mereka. Bagi Mei Xuan dari Kuala Lumpur, rekaan beliau menggabungkan teknologi, garisan aerodinamik dan gaya anggun PEUGEOT 408 dengan budaya Jepun tradisional dan daya tarikan Geisha pasca perang, yang jelas terlihat dalam koleksinya.
-full.jpg)


Garis badan dan lampu depan PEUGEOT 408 menjadi inspirasi rekaan Raja Irfan.
Raja Irfan dari Klang pula, yang terkenal dengan identiti visual berasaskan rekaan struktur, berkata, "Sebaik sahaja saya melihat PEUGEOT 408, saya terus jatuh cinta dengan lampu depan kereta ini. Siluet dan garisan berukir pada kereta ini juga menarik perhatian saya." Elemen-elemen ini dipaparkan dalam rekaannya di mana Raja Irfan mencipta garisan berstruktur menggunakan korset, tali pinggang dan bahagian bahu yang diperbesar.
-full.jpg)


Salahuddin menjadikan lampu depan PEUGEOT 408 sebagai ilham rekaannya.
Salahuddin dari Kedah yang juga terinspirasi oleh lampu depan berkata, "Saya ingin koleksi saya 'Rockstar' menonjolkan kekasaran dan misteri. Lampu depan dan belakang, rim, siluet dan garisan PEUGEOT 408 menjadi inspirasi dalam naratif reka bentuk saya, dan saya juga menggabungkan warna-warna bendera Perancis iaitu merah, putih dan biru, sebagai penghormatan kepada asal usul jenama ini."

Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPX9572
SELANGOR
BSJ8763
JOHOR
JYK5491
PULAU PINANG
PRV4299
PERAK
APC3020
PAHANG
CFD9637
KEDAH
KGC8424
NEGERI SEMBILAN
NEH5209
KOTA KINABALU
SJN5243
KUCHING
QAB4734M
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Terkini
Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950
Selain pelancaran aplikasi canggih P-Circle dan pengecas mudah alih, syarikat automotif nasional, Perodua, menggemparkan industri dengan pengenalan jam tangan pintar, P-Go.
15-10-2025
Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!
Pengalaman menelusuri Lebuhraya Karakoram antara salah satu jalan paling berbahaya di dunia dan dianggap salah satu keajaiban dunia kerana kesukaran untuk membina jalan ini daripada China ke Pakistan.
25-09-2025
Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan Pemilik, Haiwan Peliharaan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, baru-baru ini.
17-09-2025
Ada Berita Baik, Anda Boleh Sertai Pertandingan Foto, “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, Hadiah Utama RM2K
PROTON menganjurkan pertandingan fotografi peringkat nasional bertemakan “Lens of PROTON: Beauty in Every Detail”, khas untuk rakyat Malaysia.
20-08-2025
UMWT Gegar Sabah & Sarawak Dengan Kempen 'Hilux Unleashed'
UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini menutup tirai kempen 'Hilux Unleashed – The Ultimate Challenge'.
28-05-2025
Pulau Brabus Dibina Di Abu Dhabi – 350 Apartmen & 100 Vila Mewah Cecah RM35 Juta Seunit
Brabus kini sedang membina sebuah pulau eksklusif khas untuk golongan ‘ultra’ kaya dengan pembinaan Brabus Island yang kini sedang dibangunkan di kawasan tepi laut.
05-05-2025
Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya
Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.
22-04-2025
Rumah Terbuka: Pemilik Proton e.MAS 7 Timba Ilmu Ekosistem EV
Pelanggan turut didedahkan dengan tip penjagaan bateri .
16-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat