ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Sudah Diuji: Toyota Corolla 1.8G 2024, Pasti Tak Menyesal Beli! Antara Yang Paling "Selamat"?

Suhana Veru

8-9-2024

Kongsi melalui

image.png

Bercakap mengenai Toyota Corolla 1.8 G 2024, ramai yang tertanya-tanya adakah ia model terbaharu Toyota?

Ya, ia sebenarnya model terbaharu Toyota, mana tidaknya nama di belakang pun tertulis tahun 2024, cuma ia dilancarkan pada tahun 2023.

image.pngimage.png

Namun walaupun usianya sudah setahun, jentera ini sebenarnya menerima beberapa penambahbaikan.

Biarpun, perubahannya tidak begitu ketara namun ia menerima penambahbaikan di beberapa bahagian seiring dengan tajuknya “model baharu”.

image.png

Apa yang ditambahbaik?

Menjengah bahagian luarannya, antara perubahan yang dibuat ialah pada gril hadapannya dimana ia mendapat bahagian gril baharu berwarna hitam berkilat selain mendapat corak sarang lebah yang baharu.

Sama seperti sebelum ini, semua lampu menggunakan lampu LED dan lampu belakang juga masih lagi sama. 

image.pngimage.png

Saya beranggapan rekaannya mungkin sudah sempurna rekaannya menyebabkan Toyota mengambil keputusan untuk tidak banyak mengubah bahagian luarannya.

Walaupun penambahbaikan di bahagian luarannya cukup minimum namun 

sebaik melangkah masuk ke dalam ruang kabin, rupa-rupanya ada perubahan yang dibawakan Toyota.

image.png

Ini kerana ia kini hadir dengan panel instrumen yang baharu serta digital sepenuhnya.

image.pngimage.png

Selain itu, perubahan yang cukup ketara ialah  kehadiran skrin kluster digital 12.3 inci berbanding panel 9-inci analog yang dilihat dalam unit pra-facelift.

Menjengah bahagian tempat duduk hadapannya, nampaknya ia telah direka semula demi keselesaan tetapi malangnya, pelarasan kerusi secara berkuasa hanya diberikan untuk tempat duduk pemandu.

image.png

Antara perubahan lain yang ada pada varian berspesifikasi lebih tinggi ini adalah terdpaat  port pengecasan USB-A ke USB-C yang diletakkan pada konsol tengah, ada pad pengecasan telefon pintar wayarles. 

image.png

ADAKAH PEMANDUANNYA MANTAP?

Secara objektif, ini mungkin soalan yang bermain-main di fikiran anda untuk mengetahui sejauh mana pemanduan  kereta sedan segmen C ini.

Dalam kes Corolla yang diperbaharui ini, saya boleh katakan ia menawarkan  keseimbangan dan keselesaan yang cukup terbaik.

image.png

Sebenarnya, ada sebab mengapa Toyota meletakkan varian GR sport di atas varian Corolla 1.8G ini.

Namun model sport ini agak mahal buat segelintir pihak selain sistem gantungan yang sports membuatkan ia tidak sesuai membawa keluarga.

Sebelum itu, anda kena tahu jika kereta Toyota mempunyai huruf G dan R dalam sebutannya, gaya sporty atau pemanduan sebenarnya bukanlah satu keutamaan.

image.pngimage.png

Jadi, model seperti Corolla 1.8G yang diperbaharui seperti yang diuji ini sebenarnya mengutamakan ciri keselesaan dan sesuai untuk pemanduan harian.

Sebagai bukti, yang pertama, pemanduannya cukup lincah dan lembut, kedua sistem stereng berkuasa elektrik dilihat meringankan beban pemusingan setereng 

Tidaklah macam bawa lori.

Bagi saya, pemanduannya cukup lembut dan lincah disusuli dengan sterengnya yang berkuasa membuatkan pemandu menjadi ringan dan yang ketiga, pengendalian seimbang membuatkan ia menawarkan pemanduan yang cukup dinamik.

Di sebalik mencuba daya pecutannya, saya dapat merasakan suasana dalam kabin tidak terganggu langsung oleh deruman enjin mahupun bunyi angin.

Mengenai trenkuasanya, ia yang disumbat dengan enjin 1.8 liter 4-silinder mampu menghamburkan kuasa setakat 138 hp dan tork 172 Nm.

Enjinnya dipadankan dengan kotak automatik CVT 7 -kelajuan. 

Bagi saya, hamburan kuasa yang ditawarkan itu sebenarnya sudah cukup bertenaga sepanjang sesi pandu uji. 

image.pngimage.png

Satu lagi, jika anda melayan selekoh-selekoh tajam, anda dapat merasakan  tetapan gantungan MacPherson/Double Wishbone pada Corolla ini berfungsi dengan cukup baik.

PALING SELAMAT?

Toyota Corolla 1.8G yang dibangunkan berdasarkan platform TNGA cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih.

Jadi, anda tidak perlu risau dengan isu-isu keselamatan.

image.pngimage.png

Ini kerana ia hadir dengan kawalan jelajah adaptif,  sistem pra-pelanggaran (PCS), amaran keluar lorong (LDA), bantuan suluhan tinggi (AHB), pemantauan titik buta (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA) dan banyak lagi. 

Maka, ini satu petanda yang baik kerana varian paling asas Toyota Corolla pun dilengkapi dengan tujuh beg udara, ada kawalan kestabilan dan cengkaman, sistem brek anti-kunci, agihan brek elektronik, Bantuan Brek, sistem pemantauan tekanan tayar, serta bantuan daki bukit dan Isofix.

Tidak ketinggalan, Toyota turut memasang perakam video digital yang dipasang di bahagian  hadapan dan belakang.

image.png

///Any Other Quirks? //////

Ya, model Corolla 1.8G ini bukan sahaja dilengkapi dengan ciri-ciri yang dinyatakan di atas sebaliknya ia turut didatangkan dengan paparan pandangan parkir 360 darjah – ciri biasa yang ada pada Toyota.

Bagaimanapun, kami mendapati ada sedikit kekurangan di bahagian kerusi belakangnya kerana ia kurang selesa.

 Selain itu, walaupun ia dibaluti dengan uphosteri kulit namun ruang kaki agak terhad terutama bagi individu yang tinggi.

image.png

Datang kepada harga, ini mungkin menjadi penghalang besar bagi sesetengah individu yang mempunyai komitmen tinggi.

Toyota Corolla 1.8G dijual pada harga RM147,800 manakala varian 1.8 E pula berharga RM139,800 namun tidak dilengkapi dengan begitu banyak kemudahan berbanding dengan 1.8G.

Adakah saya perlu ambil peduli?

Secara jujur, ya!Jika anda sudah jatuh hati dengan seterunya seperti saingan Honda Civic 1.5V dan Mazda 3 High Sedan.

Sudah tentu, ia bukan soal harga murah, tetapi Toyota Corolla 1.8G yang dikemas kini seperti yang diuji ini,  sebenarnya mempunyai  pelbagai daya tarikan dan cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan.

Malah, dengan tawaran waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun dalam harga yang dinyatakan sepatutnya akan menjadi pemilikan kenderaan yang tenang untuk anda kerana tidak perlu serabut dengan soal kerosakan.

Seperti mana pendahulunya, kami juga pasti Corolla ini juga mempunyai kekuatan tersendiri.

 

SPESIFIKASI

2024 Toyota Corolla 1.8G

ENJIN

2.0-liter 4-silinder Dual VVT-i petrol

TRENKUASA

7-kelajuan CVT automatik, FWD

KUASA

137 HP @ 6,400 RPM

TORK

172 NM @ 4,000 RPM

0-100 KM/J

N/A

KELAJUAN MAKS

N/A

PENJIMATAN MINYAK

6.8 liter/1000 KM (as tested)

BERAT

1,365 KG ( kerb)

HARGA

RM147,800

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC1444

SELANGOR

BSE4486

JOHOR

JXW5014

PULAU PINANG

PRQ3484

PERAK

ANV3498

PAHANG

CFB6586

KEDAH

KGA4254

NEGERI SEMBILAN

NEF7147

KOTA KINABALU

SJK7403

KUCHING

QAB3070L

Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Pandu Uji

Volkswagen Tiguan Allspace R-Line: SUV Keluarga Yang Lasak!

Pengalaman penulis menggunakan Tiguan Allspace R-Line 2021.

25-03-2022

Berita Terkini

Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.