ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Jom Pandu Uji SUV Premium Jaecoo Omoda C9 Di 1 Utama– Anggaran Dari RM185,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-4.jpg


Seperti yang telah kita sedia maklum, jenama automotif premium, Jaecoo, bakal melancarkan dua model baharu di Malaysia sebelum berakhirnya tahun 2024. Salah satu model yang bakal diperkenalkan ialah SUV off-road mewah, Omoda C9. 


Menjelang pelancarannya, Jaecoo Malaysia kini sedang mengadakan siri jelajah “C9 from Jaecoo”  yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat dan memandu uji model ini di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya sehingga Ahad, 3 November ini. Sekiranya berminat, tempahan juga boleh dibuat secara terus di sini. 


Dijangka Akan Dilancarkan Pada Bulan Disember


web_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-1.jpg


Sebelum ini, model Omoda C9 pernah dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia pada hujung September lalu, yang mana Jaecoo Malaysia mengesahkan bahawa model ini akan ditawarkan dalam dua varian sebagai model pemasangan tempatan (CKD). Model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada Disember tahun ini, berkemungkinan semasa Pameran KLIMS 2024.


Baca: SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000


Sentuhan Gaya Premium 


web_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-18.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-16.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-6.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-7.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-8.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-17.jpg


Keistimewaan Omoda C9 dapat dilihat melalui reka bentuknya yang menyerlahkan aura mewah terutamanya dari sudut depan dengan gril yang diberikan elemen rekaan bercorak berlian. 


Ciri menyerlah lain pada sudut luar Omoda C9 ialah lampu DRL LED ‘Sigma’ menegak, lampu depan LED adaptif, lampu belakang LED sepenuhnya serta rim aloi 20 inci. 


Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu warna hitam, putih dan kelabu matte


Enjin Turbo  Cecah 257 HP


web_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-14.jpg


Omoda C9 bakal ditawarkan dalam dua varian iaitu versi pacuan roda hadapan (2WD) dan pacuan semua roda (AWD), dilengkapi dengan enjin 2.0 liter 4 silinder turbo yang menghasilkan kuasa 257 hp dan tork 400 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Perbezaan utama antara kedua-dua varian adalah sistem pacuan dan pilihan mod pemanduan dan jenis laluan (terrain) yang ditawarkan. Varian AWD hadir dengan tujuh mod berbanding tiga mod pada varian FWD.


Apa yang uniknya tentang Omoda C9 ialah penggunaan suspensi adaptif Kawalan Redaman Berterusan (CDC) yang pertama kali diperkenalkan oleh sebuah model SUV crossover bawah RM200,000 di pasaran tempatan.


Ruang Kabin yang Elegan dan Sarat dengan Teknologi


web_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-31.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-23.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-26.jpg


Omoda C9 menawarkan ruang kabin yang mewah dengan ciri-ciri premium seperti tempat duduk hadapan dan belakang yang boleh dilaraskan secara automatik, kawalan pendingin hawa automatik tiga zon, pencahayaan ambien, serta penggunaan kulit berkualiti tinggi dan upholsteri lembut.


web_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-34.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-36.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-33.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-39.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-38.jpgweb_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-37.jpg


Dari segi teknologi, model ini dilengkapi skrin digital dwi-HD 24.6 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Selain itu, turut disediakan ialah pad pengecasan tanpa wayar, kemasukan tanpa kunci dengan sistem NFC, navigasi terbina dalam (built-in), sistem audio 14 speaker Sony, kamera pandangan keliling 540 darjah dan banyak lagi.


Ciri Keselamatan yang Tinggi dengan Sistem ADAS Canggih


Dalam aspek keselamatan, Omoda C9 dilengkapi dengan lapan beg udara serta pakej Sistem Bantuan Pemandu Canggih (ADAS) Tahap 2.5. Ini termasuk amaran titik buta, amaran buka pintu, amaran penukaran lorong dan banyak lagi untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat.


Tempahan Awal Kini Dibuka dengan Harga Anggaran RM185,000 (2WD) dan RM195,000 (AWD)


Sepertimana model SUV mewah J7, Omoda C9 tampil sebagai satu lagi pilihan premium dari Jaecoo yang ditawarkan pada harga di bawah RM200,000. Model ini dijangka akan dijual pada harga RM185,000 (2WD) dan RM195,000 (AWD). Tempahan boleh dibuat di semua pengedar sah Jaecoo di seluruh negara.


Baca: Jaecoo J7 PHEV Boleh Gerak Sejauh 1,300KM, Harga RM170K


Berminat? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat di 1 Utama!

web_TA_CariCarz_Jaecoo-Omoda-C9_1Utama_-2.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6450

SELANGOR

BSQ8431

JOHOR

JYY7432

PULAU PINANG

PSD1286

PERAK

APJ2480

PAHANG

CFG7902

KEDAH

KGG5204

NEGERI SEMBILAN

NEK6624

KOTA KINABALU

SJS4302

KUCHING

QAB115P

Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Berita Auto

Nak Raya Cina, OMODA & JAECOO Malaysia Tawar Ang Pow Hingga RM18,888

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), OMODA & JAECOO Malaysia memulakan tahun 2026 menawarkan Ang Pow rebat untuk seluruh barisan model di bawah naungannya.

15-01-2026
Berita Auto

Omoda C9 CKD Sudah Mula Dihasilkan, Bakal Diserahkan Pada Jan 2025

Penyerahan Omoda C9 akan dibuat pada Januari 2025.

13-12-2024
Kereta Baru

Omoda C9 CKD Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Taklah Mahal Sangat

Jaecoo Malaysia melancarkan model terbaharunya, Omoda C9, dua hari lepas.

08-12-2024
Kereta Baru

SUV Coupe Premium, Omoda C9 Dipertontonkan di M’sia - Lancar Disember Ini, Dari RM185,000

Jaecoo Malaysia telah mempertontonkan Omoda C9 yang dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada Disember 2024 nanti. Ini spesifikasi terperincinya...

24-09-2024
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Berita Auto

Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei

Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.

20-01-2026
Berita Auto

Video Teaser Sudah Dibelanja, Petanda Pelancaran Jaecoo J5 Semakin Hampir

Omoda | Jaecoo Malaysia menyiarkan video teaser yang menunjukkan Jaecoo J5, di halaman Facebook rasminya, beberapa jam lalu.

06-01-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.