Beli Chery Omoda E5 2024 Dengan Rebat RM27K – Kini Hanya RM119K
![]()
Sempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, Chery Malaysia menawarkan tawaran yang menarik bagi model elektriknya, Chery Omoda E5. Pembelian model tersebut kini didatangkan dengan rebat lumayan sehingga RM27,000, menjadikan harga jualannya kini serendah RM119,818.
Jaminan Komprehensif Kekal Ditawarkan

Walaupun harganya lebih rendah, pakej jaminan yang disertakan masih sama. Pembeli Omoda E5 dapat menikmati jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km. Yang menariknya lagi, sekiranya tahap kesihatan bateri turun bawah 70%, pemilik layak untuk membuat pertukaran bateri satu-dengan-satu secara percuma.


Dengan harga baharu ini, Omoda E5 bukan sahaja lebih murah berbanding BYD Atto 3 Ultra, malah setanding dengan harga istimewa Proton e.MAS 7 Premium yang ditawarkan kepada 6,000 pembeli pertama. Namun, diingatkan bahawa rebat ini hanya terpakai untuk unit keluaran 2024, manakala model yang dihasilkan pada tahun ini masih dijual pada harga asal RM146,818.
Pelbagai Tawaran Menarik Lain


Selain potongan harga, pembeli Omoda E5 unit 2024 juga akan menerima pelbagai manfaat tambahan termasuk pengecas AC Wallbox bernilai RM3,500, adaptor Vehicle-to-Load (V2L) bernilai RM500, kredit pengecasan JomCharge bernilai RM1,000 dan pengecasan EV secara percuma di mana-mana pusat pengedaran sah Chery.
Spesifikasi: Omoda 5 Versi Elektrik
Untuk makluman, Chery Omoda E5 merupakan model elektrik sepenuhnya yang dibangunkan berdasarkan SUV terlaris Chery, Omoda 5. Kini dipasang secara CKD di Malaysia, model ini menggunakan motor pacuan roda depan (FWD) dengan kuasa 201 hp (150 kW) dan 340 Nm. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 7.2 saat dengan kelajuan maksimum 172 km/j.
Model ini dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 61 kWj dibangunkan oleh BYD yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 430 km (WLTP). Dari segi pengecasan ia boleh dicas dari 30-80% dengan pengecas pantas DC sehingga 80 kW dalam masa hanya 28 minit.


Sementara itu, input untuk pengecasan AC pula terhad pada 9.9 kW, lebih pantas berbanding Atto 3 (7 kW) dan lebih rendah berbanding e.MAS 7 (11 kW).
Bagi yang berminat, seperti yang dinyatakan, rebat ini hanya sah untuk unit tahun 2024, rebut peluang semantara stok masih ada.
Baca: Chery Serah Permohonan IPO di Bursa Saham Hong Kong
Baca: Chery Malaysia Buka Empat Cawangan Baharu – Perluas Jejak Di Sabah & Sarawak
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX3295
SELANGOR
BSP8730
JOHOR
JYW4033
PULAU PINANG
PSC1679
PERAK
APH3575
PAHANG
CFG4612
KEDAH
KGF8039
NEGERI SEMBILAN
NEK3670
KOTA KINABALU
SJR8269
KUCHING
QAB7403N
Terakhir Kemas Kini 14 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya
Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.
06-03-2026
Berita Terkini
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat