ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

EV di Malaysia: Masa Depan Cerah, Tapi Apa Nasib Bateri Terpakai?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VW-Mahindra-(4).jpg


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penerimaan terhadap kenderaan elektrik (EV) di Malaysia semakin meningkat, lebih-lebih lagi dengan adanya pilihan kenderaan mampu milik daripada jenama seperti Tesla, BYD dan Proton. Kerajaan juga menyasarkan untuk membina 10,000 stesen pengecasan menjelang 2025. Namun, di sebalik perkembangan positif ini, isu pelupusan bateri EV menimbulkan kebimbangan.


Jangka Hayat Bateri EV: Sejauh Mana Ketahanannya?


Portal berita Malay Mail melaporkan bahawa, bateri EV kebiasaannya bertahan antara 8 hingga 10 tahun. Ini menimbulkan persoalan tentang pengurusan bateri selepas tempoh penggunaannya berakhir. 


Menjelang 2050, Malaysia dijangka perlu menguruskan sekitar 870,000 bateri EV terpakai. Namun, data global menunjukkan bateri EV sebenarnya boleh bertahan 15 hingga 20 tahun, jauh melebihi tempoh waranti yang diberikan.


sodium-ion-EV-battery.jpg


Walaupun kami di Carz.com.my memahami kebimbangan yang menyelubungi isu pelupusan bateri ini, tetapi kami berpandangan jangka hayatnya tidaklah sesingkat yang didakwa. Bateri EV moden, tidak seperti bateri telefon bimbit, mampu bertahan jauh melebihi tempoh waranti standard 8 hingga 10 tahun.


lithium-ion-electric-vehicle-battery.jpgEV-batteries.jpg

Bateri yang digunakan EV, lithium ion (Foto: Bloomberg)


Sebagai contoh, Datuk Sharol dari MYEVOC berkongsi bahawa Tesla 2016 miliknya yang telah mencatat lebih 114,000 km masih mengekalkan kesihatan bateri 82%. Malah, model lama seperti Renault Zoe keluaran 2015 menunjukkan prestasi lebih baik. Kajian industri turut menyokong bahawa bateri EV yang dijaga dengan baik mampu bertahan antara 15 hingga 20 tahun.


Pelupusan Bateri EV: Apa Tindakan Malaysia?


Di Malaysia, pelupusan bateri EV dikawal ketat oleh Jabatan Alam Sekitar (DoE). DoE menguatkuasakan pemakaian panduan peleraian dan kitar semula, memastikan fasiliti berlesen mengendalikan sisa bateri berbahaya di bawah Protokol Pembuangan Berjadual SW103.


Selain itu, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sedang membangunkan Pasport Bateri EV, sistem digital yang akan menjejak komposisi, asal-usul, jangka hayat dan kebolehkitaran semula bateri EV. 


REZA-CKD-(7).jpg


CEO MARii, Azrul Reza Aziz 


Setakat ini, hanya dua syarikat, Car Medic Sdn Bhd dan Jaring Metal Industries Sdn Bhd, mempunyai lesen untuk mengendalikan bateri EV yang telah tamat hayat, manakal empat pusat kitar semula lain menguruskan sisa bateri berbahaya. Lebih banyak fasiliti dijangka akan ditambah bagi memenuhi permintaan masa depan.


Baca: Malaysia Mampu Main Peranan Penting Dalam Pengeluaran Bateri EV & Kitar Semula E-Waste


Insentif Cukai dan Dasar Automotif untuk Menarik Pelaburan


Bagi merangsang pelaburan swasta, Malaysia menawarkan pelbagai insentif cukai seperti Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE). Ini memberi manfaat kewangan kepada syarikat yang terlibat dalam penyelenggaraan EV, infrastruktur pengecasan serta kitar semula bateri.


Dasar Automotif Nasional dan Masa Depan Industri


CariCarz_Toyota-Multi-pathway-Decarbonisation-Strategy_-2.jpg


Poster mengenai strategi pelbagai laluan UMW Toyota Motor (UMWT) yang dijangka dapat membantu Malaysia mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050 (Klik untuk  penjelasan)


Di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020), kerajaan mensasarkan 70% kadar kitar semula bagi kenderaan tamat hayat menjelang 2030 serta merancang pembinaan 21 pusat kitar semula berlesen.


Tingkatkan Kesedaran Pengguna untuk Hapuskan Mitos


Walaupun pengurusan bateri EV semakin berkembang, ramai masih beranggapan bateri akan rosak serta-merta selepas tamat waranti,  sekaligus menimbulkan keraguan untuk beralih kepada EV.


Hakikatnya, dengan penjagaan yang betul, bateri EV moden mampu bertahan jauh lebih lama, menjadikan EV pilihan jangka panjang yang lebih berbaloi. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS7582

SELANGOR

BSU2324

JOHOR

JF2740J

PULAU PINANG

PSG1450

PERAK

APL9182

PAHANG

CFH9255

KEDAH

KGJ3503

NEGERI SEMBILAN

NEM1843

KOTA KINABALU

SJU4280

KUCHING

QAB7068P

Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

30-09-2026
EV

29-09-2026
EV

18-09-2026
EV

16-09-2026
EV

23-04-2026

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.