"Kita Mampu Capai 10,000 Pengecas EV Tahun Ini" – Timbalan Perdana Menteri

Malaysia kekal komited untuk mencapai sasaran mewujudkan 10,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang akhir tahun 2025. Komitmen ini ditegaskan sekali lagi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam sesi bersama lebih 200 usahawan dan pelajar Malaysia di Daerah Bang Rak, Bangkok.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, menyatakan bahawa sasaran ini penting bagi menjadikan Malaysia hab utama pembangunan dan inovasi EV serantau.
“Fokus utama kerajaan kini adalah menaik taraf dan memperluas infrastruktur pengecasan EV bagi menggalakkan jualan serta menarik pelaburan baharu,” katanya.
Sebahagian Aspirasi Pelaburan Nasional
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang menyasarkan negara sebagai pusat rantaian bekalan global, dengan tumpuan terhadap pelaburan berkualiti tinggi dan peningkatan keupayaan industri tempatan.

Namun, menjelang pertengahan 2025, data menunjukkan bahawa sasaran tersebut masih jauh untuk dicapai. Berdasarkan maklumat yang didedahkan platform pemantauan kemajuan sektor EV negara, MEVNet, hanya sejumlah 3,611 petak pengecasan EV (EVCB) telah direkodkan setakat 31 Disember 2024. Ini termasuk 2,516 pengecas AC dan 1,095 pengecas DC.
Sasaran 10,000 Unit Kelihatan Semakin Sukar Dicapai

Dengan hanya sekitar 36% daripada sasaran berjaya dicapai setakat hujung 2024, keupayaan untuk mencapai baki 6,389 unit dalam tempoh setahun setengah menimbulkan tanda tanya.
Lebih pelik lagi, MEVNet belum mengemas kini data sejak Disember lalu, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap ketelusan dan komitmen sebenar dalam pelaksanaan.
Pelabur Tunggu Dasar Jangka Panjang Tetapi Kerajaan Masih ‘Berdiam’

Meskipun sasaran 1,500 pengecas DC dilihat masih boleh dicapai, realiti sebenar menunjukkan banyak masalah besar belum diselesaikan.
Antara isu utama yang dibangkitkan adalah ketiadaan rangka dasar jangka masa panjang yang jelas daripada pihak kerajaan. Ini menyebabkan banyak pelabur menangguhkan pelaburan, khususnya dalam segmen pemasangan tempatan (CKD).
Tambahan pula, pengecualian duti import EV akan tamat hujung 2025. Dalam keadaan dasar yang masih kabur sehingga kini, pelabur ragu untuk mengambil risiko besar tanpa jaminan pulangan dan kestabilan persekitaran perniagaan.
Realitinya, syarikat bukan badan kebajikan. Tanpa insentif, perlindungan kewangan, atau dasar yang stabil, tidak wajar mengharapkan sektor swasta berbelanja besar untuk sesuatu yang berisiko tinggi.
Masa untuk Semakan Semula Sasaran & Pelan Tindakan
Kerajaan digesa menyemak semula pelan pelaksanaan, melibatkan semua pihak berkepentingan dalam sesi libat urus yang komprehensif. Syarikat dan pelabur masih berminat untuk menyokong pembangunan EV, tetapi mereka perlukan hala tuju yang jelas dan konsisten.
Dari Sasaran kepada Realiti: Perlu Tindakan, Bukan Sekadar Ucapan
Jika Malaysia benar-benar mahu menjadi peneraju dalam infrastruktur EV serantau, ia memerlukan lebih daripada sekadar sasaran angka. Apa yang diperlukan adalah dasar yang stabil, komitmen bersama sektor awam-swasta, insentif serta perlindungan risiko.
Baca: Pasukan Khas Baharu Ditubuhkan Untuk Majukan EV Malaysia
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge