ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Selepas membuatkan peminat Audi saspen dengan menyiarkan imej teaser,  pengeluar automotif mewah dari Jerman, Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara  model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

Pesaing kepada BMW X1 ini tampil dengan rekaan baharu dimana ia kini hadir dengan lampu hadapan dan lampu belakang berbelah (split lights). Lampu depannya yang jenis matrix LED disembunyikan  manakala lampu nyalaan siang matrix LED diletakkan di bahagian atas. Sementara itu, lampu belakangnya pula dilengkapi dengan lampu bar  yang bergaya.

image.pngimage.png

Pendek kata, penampilan luaran model generasi ketiga ini kelihatan lebih membulat dan berlekuk berbanding sebelum ini. 

Ia dipadankan dengan rim bersaiz 17-inci dan 20-inci namun saiz rim sebenarnya bergantung kepada varian.

image.png

Selain pekali seretan udara (drag coefficient) 0.30, Audi turut mengesahkan pilihan rekaan S-Line dengan bampar  serta aksen perak juga akan ditawarkan.Sebaliknya, tiada perincian lanjut  mengenai aspek ini.

Menjengah ruang dalamannya, Q3 baharu ini mengalami perubahan yang agak ketara kerana    Audi sudah tidak menggunakan kebanyakan butang dan panel gear kerana  panelnya digantikan dengan suis kecil di sebelah kanan stereng.

Apa yang menarik ialah, Audi  Q3 baharu ini menampilkan panel instrumen digital 11.9-inci, skrin infotainmen 12.8-inci manakala  konsol tengah hadir dengan pengecas telefon pintar tanpa wayar.

image.png

Antara kelengkapan ialah  sistem audio premium 12 pembesar suara Sonos, diikuti pembantu Audi berasaskan AI yang muncul sebagai avatar dalam sistem infotainmen, serta cermin depan berkaca dengan lapisan akustik untuk mengurangkan bunyi.

Audi juga menggunakan material Impressum yang diperbuat daripada 100% poliester kitar semula serta alas kaki baldu velour yang dihasilkan daripada Econyl.

image.pngimage.png

Mengenai ruang but, ia seluas   488 liter, namun ia boleh dibesarkan sehingga  1,386 liter dengan merebahkan kerusi belakang.

Menyentuh mengenai trenkuasanya, , Audi menawarkan pelbagai rangkaian kuasa untuk memenuhi kehendak semua para pembelinya.

image.png

Versi pertama hadir dengan   enjin petrol 1.5-liter dan 2.0-liter TFSI 4-silinder hibrid ringan (MHEV), dimana masing-masing mampu menghamburkan kuasa setakat 148 HP dan 261 HP / 400 NM.

image.pngimage.png

Seterusnya ialah pilihan enjin diesel 4-silinder 2.0-liter TDI dimana ia mampu menghasilkan 148 HP dan 360 NM. Tiada pacuan semua roda (AWD) quattro untuk varian diesel ini, tetapi ia ditawarkan untuk enjin petrol 2.0-liter yang lebih berkuasa.

Semua enjin ini digandingkan dengan kotak gear automatik dwi-klac 7-kelajuan.

image.png

Audi turut menawarkan pilihan hibrid plug-in (PHEV), yang menggabungkan enjin petrol 4-silinder 1.5-liter dengan motor elektrik dan pek bateri 19.7 kWh. Uniknya, trenkuasa ini dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

Output keseluruhan sistem ini ialah 268 HP dan 400 NM, serta jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 120 KM. Apa yang menarik, sistem elektrik ini menyokong pengecasan DC 50 kW, dimana ia boleh dicas dari 10-80% a hanya dalam masa 30 minit.

image.png

Apa yang diketahui setakat ini, jualan Audi Q3  di Eropah dijangka bermula pada September tahun ini. Bagaimanapun, masih belum  jelas sama ada Audi akan menghasilkan RS Q3 generasi baharu daripada model generasi ketiga ini.

Dikhabarkan,, versi elektrik sepenuhnya juga sedang dibangunkan, tetapi belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancarannya.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM6307

SELANGOR

BSG8025

JOHOR

JYE5436

PULAU PINANG

PRT1287

PERAK

ANY7544

PAHANG

CFD964

KEDAH

KGB6538

NEGERI SEMBILAN

NEG6459

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8573L

Terakhir Kemas Kini 05 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Global

Audi Perkenal e-tron GT quattro 2025 – Prestasi Luar Biasa Untuk Varian Asas

Audi e-tron GT quattro diperkenalkan sebagai pilihan paling asas untuk model elektrik prestasi tinggi, Audi e-tron GT 2025.

15-05-2025
Kereta Baru

Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tetapi Sudah Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM469K-RM489K

Audi Q7 akan menjadi Audi pertama yang di pasang di Malaysia malah yang pertama di produksi di Asia Tenggara.

10-04-2025
Berita Auto

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Kereta Baru

Bos Besar Dah Sahkan Audi Q7 CKD Bakal Dilancar Tahun Ini

Q7 CKD itu akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan (MHEV).

18-02-2025
Global

Audi Bakal Kembali Kepada Sistem Penamaan Model Yang Lama Kerana Kritikan

Jenama automotif Jerman, Audi, mengumumkan bahawa ia akan kembali menggunakan sistem penamaan model lama selepas menerima maklum balas kurang memberangsangkan.

05-02-2025
Berita Auto

Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini

Sistem ChatGPT tidak lama lagi bakal ditawarkan sebagai salah satu ciri canggih dalam kereta jenama mewah, Audi.

28-06-2024
Global

Varian PHEV Audi Q7 & Q8 Dikemaskini – Lebih Kuasa, Lebih Jauh

Audi telah mengemaskini varian hibrid plug-in (PHEV) SUV mewah, Audi Q7 dan Q8 yang dibangunkan berdasarkan platform MLB Evo.

25-04-2024

Berita Terkini

Global

Chery Kini Syarikat Automotif China Pertama Capai Eksport 5 Juta Unit, Lebih 17 Juta Pengguna

Chery muncul sebagai jenama automotif China pertama yang telah mengeksport lima juta kenderaan secara global. P

05-08-2025
Global

Imej Paten Toyota Hilux Generasi Baharu ‘Travo’ Bocor – Gabungan Land Cruiser Prado & RAV4

Baru-baru ini, lakaran paten jentera gagah ini tersebar. Berdasarkan imej tersebut, jelas memperlihatkan perubahan yang diberikan pada Hilux generasi akan datang itu.

05-08-2025
Global

SUV Ranggi iCaur V27 Diperkenalkan Di Dubai – REEV 449 HP

Jenama kenderaan elektrik (EV) di bawah Chery, iCaur, telah membuat kemunculan rasmi di Dubai dengan pengenalan model iCaur V27.

04-08-2025
Global

Wagon Paling Laju, BMW M3 CS Touring Catat Masa 7 Minit 29 Saat Di Litar Nurburgring

BMW M3 CS Touring memecahkan rekod sebagai wagon terlaju apabila mencatatkan masa 7 minit 29 saat di litar Nürburgring

01-08-2025
Global

Brabus 1000, Kuasa Enjin "Meroket"

Brabus 1000 mampu menghamburkan kuasa setakat 1,000 PS dan tork 1,620 Nm.

30-07-2025
Global

Maserati Pertimbang bawa Masuk Flagship Super GT Baharu dengan Transmisi Manual

Nampaknya Maserati sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan model flagship baharu edisi terhad yang bakal menampilkan enjin ikonik mereka iaitu enjin kembar turbo V6 3.0 liter Nettuno.

30-07-2025
Global

Lakaran Mitsubishi Pajero Didedah Berdasarkan Gambar Intipan

Nampaknya pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi, bakal menghasilkan sebuah model pengganti kepada SUV 4x4 ikonik mereka yang dikenali sebagai Pajero.

30-07-2025
Global

GWM Tank 500 PHEV Bakal Dilancar Di China

Sub jenama SUV off-road GWM, Tank, baru sahaja memperkenalkan versi terkini SUV plug-in hybrid , GWM Tank 500 PHEV.

28-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.