Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Selain Hyundai Santa Fe 2025, penulis berpeluang memandu uji Hyundai Tucson Hybrid Prestige versi facelift yang baru dilancarkan pada awal Julai lalu. Terima kasih kepada Hyundai Motor Malaysia kerana tidak lupa menjemput Carz.com untuk merasai kedua-dua model terbaharu mereka.
Untuk pasaran tempatan, Hyundai Tucson facelift ini hadir dalam empat varian iaitu:Tucson 2.0 Style: RM143,888, Tucson 1.6T Prime: RM164,888, Tucson 1.6T Prestige: RM186,888 dan Tucson HEV Prestige: RM197,888.
Bagi sesi pandu uji yang bermula dari Menara Affin, Persiaran TRX, Kuala Lumpur hingga ke Desaru, Johor Bahru, saya dan dua rakan media lain ditempatkan dalam satu kumpulan. Untuk sesi pertama, kami diberi kunci Hyundai Tucson varian Prestige.
Jadi, saya minta untuk pandu uji dulu model berkenaan memandangkan kedua-duanya wartawan automotif itu adalah lelaki. Mungkin anda selalu membaca rebiu-rebiu mengenai kereta daripada wartawan-wartawan automotif yang kebanyakannya memang otai dalam selok-belok dunia automotif.
Namun ini pula perspektif seorang wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua anak!
Apa pula pengalaman seorang wanita yang sudah bergelar ibu yang memandu uji Hyundai Tucson versi facelift? Tinggi sangatlah sampai susah nak masuk? Banyak makan minyak tak? Besarnya, takutlah nak parkir, takut tak lepas?
Itu antara soalan yang sering kali bermain di fikiran seorang wanita setiap kali sebut mengenai SUV! Betul tak?
Saya bukannya ingin mengangkat nama Tucson secara berlebihan, namun ini komen jujur saya!
Sebagai seorang wanita, ini 4 PERKARA yang ada pasti suka tentang Tucson!
1. NAMPAK SEMPOI TAPI GARANG
Sekilas pandang dari sudut hadapan, Hyundai Tucson versi facelift lima tempat duduk ini kelihatan sempoi dan cukup bersahaja, memang down to the earth. Jika diamati dengan dekat, baru nampak garisan tajam pada bonet dan sisi badan. Bak kata orang putih, simplicity is charm, dan itu yang buat Tucson ini nampak cool tanpa perlu cuba terlalu keras.
Selain garisan tajam seolah-olah bentuk V terbalik yang terukir di luar pintu, penampilan itu sebenarnya membuatkan ia kelihatan agresif dan garang. Dari sini, saya dapat menilai, ia sebenarnya bukanlah sekadar SUV harian untuk ke pasar atau hantar anak ke sekolah atau tuisyen.
Selain itu, model facelift ini menunjukkan Hyundai kali ini tampil dengan reka bentuk yang lebih berevolusi sehingga berjaya menampilkan sebuah SUV yang memiliki rupa paras yang agak berani.
Di sebalik itu, mungkin tertanya-tanya apa yang baru mengenai Tucson facelift ini?
Untuk pengetahuan anda, bampar depan model facelift ini telah diolah semula untuk menjadi lebih bersegi manakala bahagian bawahnya yang berwarna silver membuatkan ia lebih menonjol. Selain bampar, gril hadapannya juga telah direka semula.
Lebih menarik susunan lampu siang (DRL) kini berkurang daripada empat kepada tiga unit LED yang disusun secara menegak. Tidak ketinggalan, reka bentuk lampu nyalaan siang (DRL) turut dikemaskini, hanya menggunakan tiga modul LED yang lebih besar dan bulat berbanding empat pada model sebelumnya
Malah gril radiator Parametric Jewel Lighting juga dipadankan dengan logo Hyundai tersembunyi, lampu depan jenis LED dengan sistem Intelligent Front Lighting System (IFS) namun difahamkan ia hanya tersedia dalam varian Prestige dan Prestige HEV sahaja.
Menjengah bahagian belakangnya, ia hadir dengan Parametric Jewel Lighting seolah-olah butiran berlian menghiasi bahagian belakangnya dan kedudukan lampu belakangnya yang bersegi dipasang secara menegak, membuatkannya ia seolah-olah berbentuk T manakala lambang Hyundai disepadukan ke dalam cermin belakang. Lampu kiri dan kanannya betul-betul terletak di bahagian bawah tetapi hujung sekali.
Ruang but pula menawarkan 539 liter kapasiti asas, yang boleh dipertingkatkan kepada 1,903 liter dengan merebahkan tempat duduk belakang. Mengenai rim, Hyundai Tucson hadir dengan pilihan rim 17”, 18” dan 19” inci.
Dari segi dimensi, Hyundai Tucson berukuran 4,640mm panjang, 1,865mm lebar dan jarak roda sepanjang 2,755mm. Patutlah kabin luas!
2. KABIN LUAS, SANGAT SELESA
Sebaik melangkah masuk ke kabin, suasana kabinnya cukup santai, tiada komponen atau warna yang menyerlah namun rekaan papan pemukanya telah diolah semula. Hasil rekaan di bahagian papan pemuka dan panel pintu dilihat menuntut ketelitian tinggi dan pastinya agak mencabar.
Biarpun nampak berlapis, namun hasil rekaan model ini wajar dipuji. Jika Tucson generasi keempat dipasang dengan skrin infotainmen 8 inci namun model facelift ini pula hadir dengan skrin lengkung digital HD 12.3 inci, sistem pendingin hawa dua zon kawalan sentuhan 6.6 inci disorokkan, pencahayaan ambien, sambungan Apple CarPlay serta Android Auto dan pengecas telefon tanpa wayar.
Antara penambahbaikan lain yang dilakukan ialah ia hadir dengan konsol terapung, reka bentuk stereng juga baharu kerana ia tampil lebih ringkas dengan tiga jejari dan tiada sebarang logo Hyundai.
Antara ciri unik ialah Fingerprint Authentication yang membolehkan pemandu mengakses kereta dengan lebih pantas dan peribadi tak perlu kunci, hanya sentuh dan pandu.
Bergerak ke tempat duduk belakang, saya dapati ruang kepala dan kaki kenderaan ini agak mengagumkan. Kedua -dua aspek ini adalah faktor penting yang sangat mempengaruhi tahap keselesaan penumpang terutama ketika mengharungi perjalanan jauh. Sebagai penumpang belakang, anda jangan risau, kerana anda boleh duduk secara tegak tanpa merasakan tekanan bumbung yang rendah.
Ketika duduk di belakang, saya dapat menikmati postur tempat duduk yang cukup santai, sedikit sebanyak dapat mengurangkan keletihan selepas keluar dari kesesakan teruk di ibu kota.
Secara keseluruhan, pada pandangan penulis, model ini mempunyai kelebihan tersendiri terutama kepada mereka yang meminati SUV lima tempat duduk yang ‘up-to-date’.
3. CIRI KESELAMATAN CANGGIH TETAPI TIDAK MEMENINGKAN
Untuk makluman anda, SUV ini juga cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Kesemua varian Tucson juga hadir dengan tahap perlindungan tinggi menerusi suite bantuan pemandu Hyundai SmartSense, termasuk:Bantuan Kekal Lorong (LKA), Ikut Lorong (LFA), dan Amaran Perhatian Pemandu, Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA) termasuk pengesanan kenderaan, pejalan kaki, penunggang basikal serta ciri pusingan di simpang dan Pemantauan Titik Buta (BCA).
Terdapat juga Amaran Lintasan Belakang (RCCA), dan Bantuan Keluar Selamat (SEW), Kawalan Cruise Pintar dengan fungsi Stop & Go Pemantauan Pandangan Sekeliling (SVM) dengan panduan parkir dinamik (Prestige sahaja).
Ciri keselamatan yang ada pada model ini pastinya tidak akan memeningkan kepala kerana ia tidaklah bertindak secara berlebihan sehingga menggangu pemanduan anda!
Bagi saya ciri-ciri keselamatan adalah yang asas dan mudah dikendalikan.
4. PEMANDUAN LANCAR!
Dari aspek trenkuasa, enjin 2.0 liter dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat 156 PS dan tork 192 Nm, kerana dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.
Untuk varian turbo, ia disumbat dengan 1.6 liter dimana enjinnya mampu menghamburkan kuasa setakat 180 PS dan 265 Nm, dipadankan bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.
Sementara itu, varian hibrid pula menggunakan enjin 1.6 liter turbo bersama motor elektrik, yang secara keseluruhannya menghasilkan 235 PS dan 367 Nm, dengan transmisi automatik enam kelajuan.
Memandangkan unit pandu uji saya adalah hybrid, hamburan kuasanya cukup bertenaga, anda tidak perlu menekan pedal sampai habis untuk memecut sebaliknya dengan pecutan biasa pun, sudah memadai.
Pendek kata, enjinnya ada tenaga untuk kejar SUV-SUV lain di atas jalan raya, tidaklah begitu semput. Saya juga sempat memandu dalam keadaan hujan lebat ketika kami menuju dari Desaru ke Iskandar Puteri, nampaknya Tucson menawarkan pemanduan cukup tenang, sterengnya masih boleh terkawal walaupun sesekali tayar terlanggar lopak air. Ini mungkin kerana model ini menggunakan sistem 4WD.
Malah, saya juga tertarik dengan Tucson kerana model ini tidak langsung terbuai walaupun angin kuat dan hujan lebat. Satu lagi, bunyi anginnya juga tidak begitu ketara Tahniah Hyundai.
Bagi yang berminat, Hyundai Tucson Facelift 2025 ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Phantom Black Pearl, Creamy White Pearl, Titan Gray Metallic dan Ocean Indigo Pearl. Prestige menerima Amazon Gray Metallic sebagai pilihan warna tambahan.
Walaupun, harganya dikatakan keras namun ia sebenarnya bukan sekadar sebuah SUV yang mempunyai banyak fungsi, keluaran ini juga menunjukkan komitmen Hyundai terhadap reka bentuk dan inovasi.
Bagi saya, ia adalah model yang nampak tenang tetapi diam-diam ubi berisi. Sebab itulah saya berpendapat, ini adalah antara SUV paling ideal untuk golongan hawa kerana ia bukan sahaja sesuai untuk kegunaan tetapi perjalanan jauh. Senyap, tenang, selesa, itulah Tucson!
Apa pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPV2970
SELANGOR
BSJ4490
JOHOR
JYJ2621
PULAU PINANG
PRU7561
PERAK
APB7310
PAHANG
CFD7358
KEDAH
KGC5946
NEGERI SEMBILAN
NEH3630
KOTA KINABALU
SJN1267
KUCHING
QAB3415M
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
EURO 5 B7
RM 3.13
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2025
Berita Terkini
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!
Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.
27-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat