ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_Alfa-Romeo-Malaysia_1.jpg


Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' serta akaun media sosial termasuk Facebook, Instagram, YouTube dan LinkedIn rasminya muncul di dunia maya. 


Syarikat induknya, Stellantis Malaysia, pernah mengumumkan kemunculan semula jenama Itali ini melalui pihak ketiga, setelah bertahun berlalu sejak Alfa Romeo diuruskan oleh Sime Darby Auto Connexion (SDAC) sehingga Disember 2013. 


Pendaftaran Minat (ROI) Dua Model Ikonik Kini Dibuka


web_Alfa-Romeo-Malaysia_2.jpg


Apa yang mengujakan, jenama ini ‘tak buangb masa’ kerana pendaftaran minat (ROI) secara dalam talian untuk dua model ikonik iaitu sedan sport Giulia dan SUV crossover, Stelvio, kini telah dibuka. 


Kedua-dua model yang sebelum ini dijangka akan dihentikan pengeluarannya, nampaknya kini masih ‘selamat’ dengan hayat pengeluaran yang telah dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2027.


Versi Sporty Yang Beri Ancaman Kepada Mercedes-Benz & BMW?


Alfa_Romeo-Stelvio-2023-HD-9f964b5e1c02a014a796e97c2cd0a3a9ca53bddf8.jpgAlfa_Romeo-Giulia-2023-HD-66dd16611c02e20b8cb104636c7722af588071df6.jpgAlfa_Romeo-Giulia-2023-HD-1988e4991c027362c0972ee711aca147618534df4.jpg


Alfa Romeo Malaysia dijangka akan memperkenalkan pesaing kepada BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class iaitu Giulia, serta BMW X3 dan Mercedes-Benz GLC iaitu Stelvio, dalam versi sporty, Veloce. Berikut adalah info mengenai varian Veloce:

  • Prestasi Hebat: Varian Veloce ini merupakan versi kedua paling berkuasa, hanya di bawah model prestasi tertinggi 'Quadrifoglio'. Peminat tegar Quadrifoglio mungkin perlu sabar menanti sebelum ia masuk secara rasmi.
  • Enjin 2.0L Turbo Padu: Versi Veloce dimuatkan dengan enjin petrol 2.0 liter 4 silinder turbo yang menjana kuasa 280 PS dan tork 400 Nm.
  • Transmisi: Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik 8 kelajuan ZF, yang turut dilengkapi pembeza gelincir terhad belakang Q2. 

Alfa_Romeo-Giulia-2023-HD-8b63bbe21c02fdaa14ef3938a2c1609df4416ddf3.jpgAlfa_Romeo-Giulia-2023-1280-fb1433d4dc4647f22195b2a7e1e571c17f.jpgAlfa_Romeo-Stelvio-2023-HD-a2e466181c02e19d4489fd74cf6b31e1f9018adf9.jpgAlfa_Romeo-Stelvio-2023-Rear_Three-Quarter.6bbc513e.jpg


Dengan trenkuasa yang mantap, prestasi kedua-dua model ini cukup mengujakan:

  • Giulia Veloce: Sedan pacuan roda belakang (RWD) ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat.
  • Stelvio Veloce: SUV yang lebih berat ini mampu mencatatkan masa pecutan yang sama, 5.7 saat,  dibantu oleh sistem pacuan semua roda (AWD). 

Walaupun maklumat lanjut masih belum didedahkan, ketibaan jenama yang pernah diraikan ramai ini dilihat sebagai satu perkembangan yang sihat dan menarik dalam pasaran kereta premium tempatan.


Alfa_Romeo-Stelvio-2023-Side_Profile.6bbc513e.jpgAlfa_Romeo-Giulia-2023-HD-3db944861c0280465cf651b72e0410d4cd87d9df3.jpg


Bagaimanapun, buat masa ini, identiti syarikat tempatan yang akan bertindak sebagai pengedar bagi jenama Itali ini masih belum didedahkan. Tetapi yang pasti, pelancaran rasmi model ini dijangka akan berlaku tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya yang sebaik tiba di telinga kami, akan kami kongsikan kepada pembaca setia kami di Carz.com.my 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-04-2024
EV

12-04-2024
Berita Auto

07-03-2024
Global

21-12-2022
Berita Auto

Alfa Romeo Tonale - Pelancaran Ditangguhkan Hingga Awal 2022

Stellantis, syarikat induk kepada Alfa Romeo, telah mengesahkan bahawa Alfa Romeo Tonale akan dilancarkan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) versi hibrid plug-in.

27-12-2021
Kereta Baru

21-11-2025
Kereta Baru

05-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.