ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia telah mengemas kini barisan model BMW i4 gran coupe elektrik sepenuhnya, dimana versi Life Cycle Impulse (LCI) atau facelift kini hanya menampilkan satu varian bukan-M, iaitu eDrive35 M Sport.

Biarpun ia  masih mengekalkan reka bentuk coupe fastback empat pintunya,  versi LCI ini menerima beberapa penambahbaikan pada rekaan, terutamanya pada bahagian lampu.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian hadapannya, BMW i4 kini hadir dengan gril buah pinggang (kidney grille) yang lebih ringkas dengan rekaan sisipan berbentuk berlian, serta lampu utama LED baharu dengan signatur lampu nyalaan siang hari jenis  Dberkembar.

image.pngimage.png

Lampu depannya  dipadankan dengan lampu belakang LED laser baharu yang menampilkan rekaan pencahayaan serupa dengan BMW M4 terbaharu.

Memandangkan ia adalah varian M Sport, i4 eDrive35 turut menerima beberapa ciri luaran  M Sport seperti kit badan M Sport, pelbagai aksen hitam berkilat melalui kemasan M High Gloss Shadowline, rim aloi dua tona Style-966M bersaiz 19 inci, serta lencana M Sport.

image.pngimage.png

Malah, ia hadir dengan dua warna baharu  yang  diperkenalkan untuk versi i4 iaitu — Cape York Green dan Fire Red, dan antara warna yang sedia ada ialah  Mineral White, Black Sapphire, M Portimao Blue, dan Brooklyn Grey.

image.pngimage.png

Sporty, Teknologi Cangguh, Kabin Ergonomik

image.png

Menjengah bahagian luarannya yang cukup sporty,  nampaknya BMW i4 LCI hadir dengan pelbagai ciri moden seperi mana yang  anda jangkakan daripada sebuah sedan elektrik premium.

Ini kerana ia hadir dengan elemen M Sport dimana bahagian stereng kulitnya juga merupakan  M Sport, tempat duduk hadapan juga M Sport yang dibalut dengan kain M PerformTex baharu serta jahitan merah dan biru serta pelbagai perincian sporty yang lain.

image.png

Walaupun tampil dengan rekaan dalaman yang sporty dan ergonomik, ruang kabin masih didominasi oleh skrin jenis lengkung BMW (BMW Curved Display) di papan pemuka hadapan, skrin infotainmen 14.9 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, serta paparan meter digital 12.3 inci dengan grafik khas M.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah, BMW i4 ini juga dilengkapi dengan  pengecas tanpa wayar, beberapa port USB-C, dail kawalan tengah BMW iDrive, dan sistem audio 10 pembesar suara.

Di sebalik itu, terdapat  perubahan paling ketara yang mana rekaan semula saluran udara dan susun atur hadir dengan lampu ambien.

image.pngimage.png

Apapun, ruang dalaman bukanlah satu kelebihan utama buat i4 kerana garisan bumbungnya sporty  menyebabkan ruang kepala penumpang belakang tidaklah begitu luas namun penumpang belakang masih menikmati penghawa dingin daripada saluran pendingin hawa yang disediakan khas untuk penumpang belakang selain dilengkapi  port USB-C tersendiri, serta balutan tempat duduk M PerformTex yang sama seperti mana kerusi hadapan.

image.pngimage.png

image.pngimage.png

mengenai ruang butnya, ia menawarkan ruang but seluas 470 liter tetapi jika tempat duduk belakang direbahkan, ruang butnya menjadi seluas 1,290 liter.

image.png

Namun tidak dinafikan, BMW i4 eDrive35 M Sport baharu ini tidak sebenarnya tidak didatangkan dengan  kemudahan premium, seperti bumbung panoramik dan pengudaraan tempat duduk hadapan, yang sepatutnya melengkapkan harga premium model ini. Namun begitu, kami tetap berpendapat bahawa i4 masih layak digelar sedan EV premium, namun janganlah meletakkan harapan ia semewah   BMW 5 Series.

Macam Pandu Kereta Mewah Walaupun Varian eDrive35 Ini Standard Biasa!

image.png

Hakikatnya, BMW dilihat sentiasa membuktikan dirinya sebagai pakar dalam menghasilkan pemanduan yang cukup menyeronokkan tanpa mengira bentuk atau jenis rangkaian kuasa, dan BMW i4 LCI baharu ini adalah contoh terbaik!

image.png

Berbeza dengan model pra-facelift,  model facelift kali ini hanya ditawarkan dalam versi eDrive35 yang lebih sederhana, dengan motor pacuan roda belakang tunggal (RWD) yang menghasilkan kuasa setakat 286 PS (210 kW) dan tork 400 Nm.

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam masa 6 saat  berbanding 5.7 saat untuk model pra-facelift eDrive40.

image.pngimage.png

Namun, di sebalik angka itu, BMW i4 eDrive35 M Sport baharu ini masih mengekalkan DNA pemanduan Bavarian sebenar, dimana ia menawarkan pengalaman pemanduan yang mendebarkan dengan kuasa elektrik yang cukup responsif, iaitu sama seperti model-model BMW elektrik lain.

Ia sebenarnya menunnjukkan karakteristik BMW terutama apabila melalui selekoh tajam dan jalan berliku, namun masih kekal stabil dan tenang ketika memecut di lebuh raya.

image.png

Rahsia kehebatan ini sebahagiannya terletak pada platform CLAR yang cemerlang iautu struktur asas yang dikongsi dengan model BMW lain seperti 3 Series, 5 Series, dan banyak lagi.

Untuk  varian M Sport ini, i4 ini dilengkapi sistem suspensi M Sport, manakala tayar Michelin Pilot Sport 4 yang dipasang sebagai standard turut menyumbang kepada cengkaman dan kestabilan yang luar biasa.

Adakah ia sama seperti EV lain?

image.png

Kereta elektrik berprestasi tinggi, walaupun sering dipuji kerana pemanduan dan pecutan yang mengujakan. Bagi versi LCI, BMW i4 tidak menerima sebarang peningkatan besar dari segi bateri, kerana varian eDrive35 masih menggunakan pek bateri litium-ion 70.3 kWh yang sama seperti sebelumnya, walaupun baterinya kini berkapasiti  67.1 kWh, berbanding 66 kWh pada model lama.

Dengan peningkatan kapasiti ini, BMW mendakwa dengan satu cas penuhia sebenarnya  mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 500 km (WLTP).

Memandangkan ia hanya menggunakan motor tunggal RWD yang kurang berkuasa, kadar penggunaan tenaga yang didakwa bagi EV fastback ini adalah antara 15.1 kWh/100 km hingga 18.6 kWh/100 km, yang boleh dianggap munasabah bagi sebuah EV berasaskan sistem 400 volt.

image.pngimage.png

Dari segi pengecasan, i4 eDrive35 masih menyokong dua jenis kaedah — AC 11 kW dan DC 180 kW, di mana pengecasan pantas DC 180 kW membolehkan pengisian bateri dariapada 10–80% hanya dalam  masa 32 minit sahaja.

Sepanjang pandu uji selama seminggu, kami berjaya mencatatkan penggunaan tenaga sekitar 18 hingga 19 kWh/100 km, atau kira-kira 300 hingga 350 km bagi setiap cas penuh, yang masih berada dalam julat rasmi yang didakwa oleh BMW.

Memang benar, terdapat beberapa EV buatan China dengan teknologi bateri lebih canggih dan jarak maksimum lebih jauh yang boleh membuatkan i4 kelihatan agak ketinggalan.

Namun begitu, melihat kepada demografi pembelinya, kami yakin jarak dan prestasi bateri bukanlah keutamaan utama mereka.

Tidak dinafikan, i4 eDrive35 masih merupakan EV yang praktikal dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian, walaupun tanpa ciri-ciri “wow” yang terlalu futuristik.

Berbaloi Ke Beli?

image.png

Dengan reka bentuk yang bergaya, ruang dalaman sporty tetapi ergonomik, serta prestasi pemanduan yang mengagumkan selain praktikal untuk kegunaan harian,  BMW i4 eDrive35 M Sport LCI baharu ini meneruskan tradisi BMW dalam menghasilkan EV yang paling menyeronokkan untuk dipandu yang pernah kami uji tahun ini.

image.pngimage.png

Masih diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman, i4 eDrive35 dijual pada harga RM294,800, menjadikannya setaraf dengan sedan premium empat pintu lain, termasuk model enjin pembakaran dalamnya, BMW 3 Series.

Untuk pengalaman pemilikan penuh, anda boleh mendapatkan pakej BMW Service & Repair Inclusive, yang menambah waranti dan servis tanpa had perbatuan selama 5 tahun, namun dengan harga yang sedikit lebih tinggi, iaitu RM315,600.

image.png

Ya, ia mungkin bukan EV paling canggih dari segi teknologi bateri, tetapi jika dibandingkan dengan pelbagai EV buatan China yang telah kami uji sebelum ini, tiada satu pun yang mampu menandingi i4 dari segi pengalaman pemanduan.

Namun begitu, jika aspek ini bukan keutamaan anda, mungkin anda bukanlah golongan sasaran utama BMW i4.


SPESIFIKASI


BMW i4 eDRIVE35 M SPORT LCI 2025

MOTOR1x e-motor
TRENKUASASingle-ratio, rear-wheel drive (RWD)
KUASA286 PS (210 kW)
TORK400 Nm
0-100 KM/J6.0 saat
KELAJUAN MAKS190 km/j
BATERI & PENGECASAN

Bateri:
70.3-kWh lithium-ion

Charging:
AC @ 11 kW (0-100 % dalam 7  jam)
DC @ 180 kW (10-80% dalam masa 32 minit)

JARAK500 km (WLTP, didakwa)
BERAT2,075 KG (didakwa)
HARGA

RM294,800
Tidak Termasuk Insurans


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPY5374

SELANGOR

BSK634

JOHOR

JYK7913

PULAU PINANG

PRV5492

PERAK

APC4173

PAHANG

CFE1097

KEDAH

KGC9243

NEGERI SEMBILAN

NEH5697

KOTA KINABALU

SJN6031

KUCHING

QAB4950M

Terakhir Kemas Kini 10 Nov, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.20

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.02

+0.07

EURO 5 B7

RM 3.22

+0.07

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja

Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...

12-06-2025
Kereta Baru

BMW 218 Gran Coupé Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM241,000

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW 218 Gran Coupé Sport yang hadir dengan kombinasi sempurna antara reka bentuk elegan, prestasi dinamik dan teknologi terkini.

12-06-2025

Berita Terkini

Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Pandu Uji

Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).

04-11-2025
Pandu Uji

Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita

Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.

17-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.