Denza Anjur Roadshow Pertama di Malaysia – Pandu Uji, Wallbox & Servis Percuma
Jenama automotif premium, Denza, bakal mengadakan jerayawara (roadshow) pertamanya di Malaysia hujung minggu ini bertempat di Plaza Arkadia, Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Acara bertemakan ‘DENZA and BYD Electrifying Experience’ ini berlangsung dari 14 hingga 16 Mac.
Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung
Selain peluang melihat dan memandu uji Denza D9, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan termasuk pameran teknologi, pengalaman audio dan lounge, serta aktiviti mesra keluarga.
Promosi Istimewa Hingga 16 Mac
Sempena acara ini, pengunjung yang membeli Denza D9 di roadshow ini atau di mana-mana bilik pameran Denza sebelum 16 Mac akan menerima pakej pengecas dinding (wallbox) percuma lengkap dengan kad pemasangan, serta pakej servis percuma selama enam tahun.
Denza D9 Laris di Malaysia, 800 Unit Terjual dalam Seminggu
Sejak pelancarannya bulan lalu, MPV elektrik mewah ini telah menerima sambutan luar biasa di pasaran tempatan dengan 800 unit terjual dalam minggu pertama.
Bagi meraikan kejayaan ini, satu majlis penyerahan khas kepada pelanggan terawal akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Mac sebagai sebahagian daripada roadshow ini.
Dua Varian Bermula Dari RM259,000
Denza D9 ditawarkan dalam dua varian di Malaysia:
Advanced FWD – RM259,000
Premium AWD – RM309,000
Kedua-duanya menggunakan bateri Blade LFP 103.3 kWj. Varian Advanced FWD dijana oleh satu motor yang menggerakkan roda hadapan, menghasilkan 308 hp dan 360 Nm, manakala varian Premium AWD mendapat dua motor yang menghasilkan 369 hp dan 470 Nm.
Dari segi prestasi, varian paling pantas mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 6.9 saat, manakala varian paling efisien menawarkan julat EV sehingga 600 km (NEDC). Selain itu, kedua-duanya menyokong pengecasan AC 11 kW dan DC 166 kW.
Kemunculan Denza Z9 GT: Grand Tourer Berprestasi Tinggi
Selain D9, Denza Malaysia turut mengesahkan bahawa model Z9 GT akan dipertontonkan secara eksklusif sepanjang roadshow ini. Namun, ia hanya boleh disaksikan menerusi pembentangan khas setiap dua jam. Ini merupakan kali kedua model berprestasi tinggi ini dipertontonkan kepada umum di Malaysia, selepas kemunculan sulungnya di majlis pelancaran Denza D9.
Denza Z9 GT ditawarkan dalam dua pilihan enjin di pasaran global:
- Hibrid Plug-in (PHEV) – Dipacu enjin petrol 2.0L turbo 4 silinder bersama motor elektrik dan bateri Blade 38.5 kWj, menghasilkan kuasa keseluruhan 858 hp. Varian ini mampu memecut 0-100 km/j dalam 3.6 saat serta menawarkan jarak perjalanan maksimum 1,100 km.
- Elektrik (EV) – Dilengkapi bateri 100 kWj, dengan kuasa gabungan 950 hp dari motor elektriknya. Model ini menjanjikan jarak perjalanan sehingga 630 km dengan sekali cas penuh serta pecutan 0-100 km/j serendah 3.4 saat.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat Denza D9 dan Z9 GT dengan lebih dekat di Plaza Arkadia minggu ini. Roadshow ini berlangsung setiap hari bermula 14 hingga 16 Mac, pada jam 10 pagi hingga 10 malam.
Baca: Harmony Auto Buka Bilik Pameran Pertama Denza Di Malaysia
Baca: Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK5916
SELANGOR
BSG3867
JOHOR
JYD4513
PULAU PINANG
PRS4719
PERAK
ANX8715
PAHANG
CFC6582
KEDAH
KGB4190
NEGERI SEMBILAN
NEG4849
KOTA KINABALU
SJL7536
KUCHING
QAB6973L
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik
Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.
02-05-2025
Denza D9 Dilancar: Ada 2 Varian: Harga Serendah RM259K
Denza D9 didatangkan dalam dua varian.
20-02-2025
Denza D9 Bakal Dilancarkan 20 Februari Ini – Harga Sekitar RM280K?
Denza Malaysia, hari ini memperkenalkan Denza D9 buat pertama kalinya kepada umum sebelum pelancarannya.
13-02-2025
Denza D9 2025 Diperkenalkan Di China – Lebih Selamat Dengan Teknologi Keselamatan 'God's Eye'
Model terbaru Denza D9 2025 telah diperkenalkan secara rasmi di China dalam lima pilihan varian hibrid plug-in (PHEV) dan tiga varian elektrik sepenuhnya (EV).
31-12-2024
Dilancar: Negara Sebelah Dah Dapat Denza D9, Malaysia Dapat Tahun Depan
Sub-jenama mewah BYD, MPV elektrik, Denza D9 secara rasminya sudah dilancarkan di pasaran Thailand, pada minggu lepas.
04-11-2024
BYD Bakal Lancar Jenama EV Mewah Terbaru, Denza Suku Pertama 2025
BYD dijangka melancarkan jenama kenderaan elektrik (EV) mewah terbaru, Denza, di pasaran Malaysia pada suku pertama tahun 2025.
06-09-2024
Perhatian Buat Pemilik Denza D9: Denza Malaysia Ubah Jadual Penyelenggaraan Dari 3 Bulan Kepada 1 Tahun
DENZA Malaysia mengumumkan penyelenggaraan berjadual pertama bagi kenderaan DENZA D9 kini ditetapkan pada 20,000 km atau satu tahun, mana-mana yang terdahulu, bermula hari ini.
01-07-2025
Berita Terkini
Kia Carens Clavis Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Murah
Kia telah melancarkan satu lagi model MPV versi elektrik, Kia Carens Clavis di India, baru-baru ini.
17-07-2025
Zeekr 7X Raih Euro NCAP 5 Bintang – SUV Elektrik Paling Selamat Di Pasaran
SUV elektrik kompak terbaru, Zeekr 7X, menerima penarafan keselamatan penuh lima bintang dalam ujian pelanggaran di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).
16-07-2025
Huawei & BAIC Perkenal Wagon Elektrik Stelato S9T – Muncul Tidak lama Lagi
Huawei melalui HIMA baru-baru ini telah memperkenalkan model wagon elektrik pertamanya, Stelato S9T, yang bakal memasuki pasaran China tidak lama lagi.
16-07-2025
Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road
Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.
15-07-2025
Skuter Elektrik Murah: Solo 1C Ditawarkan Semurah RM599 Namun Ada Syaratnya
SoloEra Solo 1C yang dijual pada harga serendah RM599 sahaja melalui inisiatif rebat EV MARiiCas.
15-07-2025
BYD Atto 2 Bakal Dilancar 24 Julai Ini, Yang Penting BYD Atto 2 Tiada Pesaing Dari Jenama EV Lain
BYD Atto 2 akan dilancarkan secara rasminya pada 24 Julai ini.
15-07-2025
China Kenakan Peraturan Ketat Untuk Pedal Tunggal Mulai 2027
China akan mengetatkan penggunaan mod pedal tunggal bermula tahun depan.
15-07-2025
Belum 7 Tahun, Xpeng Sudah Capai 800,000 Unit Penghantaran Kenderaan
Dalam tempoh kurang tujuh tahun, jenama automotif premium China, Xpeng, baru-baru ini telah melepasi angka penghantaran sebanyak 800,000 unit kenderaan.
15-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat