Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mampukah Volkswagen Group Mengatasi Tesla Di Bawah Kategori Plug-In Bateri Elektrik Tahun Ini?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volkswagen Group hampir berjaya mengatasi Tesla Inc dalam jualan keseluruhan kereta di bawah kategori plug-in elektrik (BEV+PHEVs)  antarabangsa.

Walaupun syarikat gergasi kereta elektrik Tesla Inc telah berjaya mendapat tempat pertama bagi kesemua kategori kereta bateri elektrik (BEV) dan juga BEV+PHEV, jumlah jualan Volkswagen Group juga tidak jauh di belakang.


Berdasarkan angka yang dikeluarkan EV Sales Blog, Tesla telah menjual sebanyak  499,535 unit BEV+PHEV pada tahun lalu, manakala Volkswagen Group pula telah mencatatkan jumlah jualan mencecah 421,591 unit, kurang 77,944 unit daripada Tesla.  Angka ini menunjukkan bahawa Tesla memegang 16 peratus bahagian pasaran dan Volkswagen Group pula 13 peratus.  

Pencapaian akhir ini berbeza daripada prestasi jualan awal Volkswagen Group pada suku keempat tahun lalu yang menunjukkan jualan mencecah 191,000 unit berbanding Tesla 183,000.. Sebagai sebuah syarikat yang pernah berada pada tempat pertama, adakah Volkswagen Group dapat mengatasi Tesla pada tahun ini?

Lima pengeluar kereta BEV-PHEV terbaik telah mencatatkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 1.61 juta unit pada tahun 2020.  Dengan Tesla dan Volkswagen Group berada pada dua kedudukan teratas, tangga yang seterusnya diduduki oleh SAIC Motor Corp Ltd dengan jumlah jualan sebanyak 272,210 , diikuti oleh Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance dengan jualan 226,975 unit dan akhir sekali BMW Group sebanyak 195,979.

Untuk kategori BEV, Tesla bukan sahaja berada pada kedudukan pertama dengan jumlah jualan sebanyak 499,535 unit dan 23 peratus bahagian pasaran (hasil jualan yang dua kali lebih tinggi berbanding SAIC), namun syarikat ini masih mampu mengekalkan peratusan bahagian pasarannya.


Sementara itu, SAIC yang berada di kedudukan kedua dan Volkswagen Group di kedudukan ketiga memiliki peratusan bahagian pasaran yang sama iaitu sebanyak 11 peratus dengan jumlah jualan sebanyak 243,201 unit (SAIC) dan 227,394 unit (Volkswagen Group). Ini diikuti oleh Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance dengan jualan sebanyak 172,673 unit (8 peratus bahagian pasaran), dan akhir sekali BYD yang telah berjaya menjual sebanyak 131,705 unit kereta dengan 6 peratus bahagian pasaran.  


Persoalan yang menjadi tanda tanya adalah adakah Tesla mampu mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar kereta dengan jumlah jualan tertinggi bagi tahun 2021 dalam situasi persaingan yang kian sengit ini? Ini kerana, banyak produk baharu mula diperkenalkan oleh pesaing dan juga banyak syarikat sedang merancang untuk menghasilkan kereta elektrik.  Beritahu kami apakah pendapat anda!



Gallery

Tag:

Tesla
#Volkswagen
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
EV

Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.

13-08-2025
EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
EV

Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun

Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.

30-05-2025
EV

Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

Walaupun Tesla berdepan dengan seruan boikot, itu tidak menghalang rakyat China daripada terus menempah Model Y Juniper 2025.

11-03-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.

25-02-2025
EV

Tesla Hadapi Kemungkinan Diboikot Di Malaysia? Ini Puncanya...

Tesla kini berdepan dengan kemungkinan untuk diboikot di Malaysia.

21-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026