Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Perbandingan Antara Tiga Varian Perodua Ativa – X, H & AV

Sofea Najmi

4-3-2021

Kongsi melalui

Baru sahaja memasuki pasaran, tetapi penangan yang dimiliki Perodua Ativa, atau juga dikenali sebagai D55L ini memang bukan biasa-biasa. Sambutan terhadap kereta ini cukup hangat dengan tempahan mencecah hampir 20k unit daripada awal tempahan dibuka pada tahun ini! 

Pelbagai ciri menarik yang ditawarkan kereta ini menjadikan ia kereta yang berbaloi untuk dibeli dalam harga yang dibayar. 

Secara umumnya, kesemua tiga varian dilengkapi dengan enjin tiga silinder berpengecas turbo 1.0 liter dengan transmisi Dual-Mode CVT (D-CVT). Penggunaan enjin dan transmisi ini adalah yang pertama bagi syarikat Perodua. Ativa juga merupakan model kereta Perodua yang pertama yang dihasilkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ya, Ativa bukanlah model kereta biasa, pelbagai ciri teknologi terbaharu diketengahkan dalam penghasilannya.  

Varian asas Ativa iaitu X menggunakan rim aloi yang bersaiz 16 inci, lampu depan LED dengan Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB), sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin serta paparan  pelbagai info LCD bersaiz 4.2 inci di tengah-tengah kluster instrumen analognya. Di samping itu, radio bersaiz 11 inci yang lengkap dengan fungsi Bluetooth dan MP3.   



Dari segi keselamatannya, Ativa X dilengkapi dengan enam beg udara serta memiliki sistem Advanced Safety Assist (ASA) 3.0 dan juga Sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB) yang didatangkan secara standard bagi kesemua varian.  

Sementara itu, varian H pula menerima beberapa ciri tambahan lain yang tidak terdapat pada varian X. Antaranya adalah lampu kabus depan LED, signal pusingan sequential, dan juga rim aloi yang lebih besar bersaiz 17 inci.  




Untuk ruang dalamannya, varian H dilengkapi dengan paparan pelbagai info TFT 7 inci serta sistem infotainmen dengan skrin sentuh 9 inci. Namun begitu, sistem infotainmen ini tidak dilengkapi dengan Android Auto atau Apple CarPlay.  Varian H juga memiliki stereng yang lebih baik kerana lengkap dengan 20 butang untuk pelbagai fungsi yang tidak terdapat pada varian X. 



Varian H memiliki beberapa ciri tambahan lain dari segi keselamatan sebagai contoh sensor parkir hadapan, kamera undur dan juga Lampu Memandu Adaptif (hadapan). 

Untuk varian yang tertinggi iaitu varian AV pula mengekalkan pelbagai ciri yang disediakan dalam varian H seperti pilihan badan dua tona, kerusi kulit dua tona, dan juga enam buah speaker. 



Ciri penting yang terdapat pada varian X ialah Bantuan Pemanduan Semi-Autonomi. Ciri lain yang terdapat pada varian ini adalah  Kawalan Kekal Lorong (LKC) dan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC). 

Tanpa mengira varian, Perodua telah membuktikan bahawa Ativa ialah sebuah model SUV yang mantap untuk harga yang ditawarkannya. Bagaimana pula pendapat anda tentang Perodua Ativa? Kongsikan dengan kami apa yang anda rasa pada ruangan komen di bawah!



Gallery

Tag:

Perodua Malaysia
Perodua Ativa
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!

Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.

14-10-2024
Berita Auto
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE

Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.

28-05-2024
Global
4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Sah, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh, baru-baru ini.

10-05-2024
Berita Auto
Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023
Berita Auto
JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan

Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.

30-05-2023
Berita Auto
Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar

Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.

22-05-2023
Berita Auto
Apa Hal Jualan Kereta Boleh Merosot

Apa Hal Jualan Kereta Boleh Merosot

Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan lepas.

19-05-2023
Berita Auto
Perodua Axia Selamat? MIROS Nak Jumpa PERODUA

Perodua Axia Selamat? MIROS Nak Jumpa PERODUA

MIROS akan berjumpa dengan pihak PERODUA dalam masa terdekat ini.

02-05-2023

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025