- Berita
- Pandu Uji
- Nissan Navara Baharu Bakal Masuk Malaysia.
Satu klip video yang tersebar secara meluas di laman perkongsian video, Youtube menunjukkan sebuah Nissan Navara mampu meredah banjir dengan begitu mudah di sebuah kawasan yang dipercayai dirakam di Kelantan baru-baru ini.
Rakaman video itu dikatakan menjadi bualan orang ramai apabila rata-ratanya teruja dengan kehebatan jentera itu yang masih mampu meredah paras air yang dalam walaupun kelihatan hampir tenggelam.
Susulan itu, sekeping gambar juga muncul dalam Halaman Kumpulan Kelab Navara NP300 yang menunjukkan sebuah Nissan Navara dilihat di sebuah lokasi di Semenyih.
Jika dilihat dari bahagian belakang kenderaan baharu itu, ia kelihatan sama seperti model yang dilancarkan di Laos dan Thailand.
Hakikatnya, khabar angin yang tersebar sejak kebelakangan ini membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada Nissan Navara baharu ini akan dilancarkan atau sebaliknya. Jika ya, bagaimana pula rupa bentuknya?
Jika diimbas kembali, Nissan Navara keluaran Malaysia merupakan model tertua di dalam segmennya. Ia dilancarkan pada tahun 2015.
Model ini yang dikuasakan dengan enjin 2.5 liter dipadankan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan dengan pilihan mod manual.
Berdasarkan versi Nissan Navara dari Thailand dan Laos, boleh dikatakan terdapat beberapa penambaikan dan perubahan pada model baharu kali ini.
Menjengah ciri luaran trak ini, ia hadir dengan gril ‘interlock’ bersama kesemua lampu utama Quad LED dan lampu nyalaan siang hari berbentuk C selain bamper hadapan.
Bagi ciri luarannya pula, kedua-dua model Laos dan Thailand ini dipadankan dengan papan pemuka yang telah ditambah baik selain paparan skrin sentuh audio bersaiz lapan inci dan paparan navigasi.
Ia juga hadir dengan sistem infotainmen yang menggunakan teknologi Nissan Connect yang baharu.
Lebih menarik, ia juga dilengkapi dengan Paparan Bantuan Pemanduan Termaju atau Advance Drive Assist Display (ADAD) yang bersaiz 7 inci.
Ia akan mengeluarkan amaran kepada pemandu apabila kereta berada terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan atau jika wujud risiko pelanggaran hadapan.
Biarpun, perubahan dan spesifikasi masih belum disahkan namun, CariCarz menjangkakan Nissan Navara baharu ini berkemungkinan akan dilancarkan pada hujung bulan Mac ini.
Jangan ketinggalan mengikuti laman berita, CariCarz, com untuk mengikuti lebih banyak berita mengenai Nissan Navara baharu ini!
Gallery




Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari