Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bently Dedah Imej Acah Continental GT Speed Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bakal dilancarkan tidak lama lagi ialah Bentley Continental GT Speed, sebuah kenderaan di jalan raya yang paling dinamik keluaran Bentley Motors pada tahun ke-101 sebagai sebuah syarikat gergasi automotif mewah. 

Pelancaran yang dinanti-nantikan ramai bakal berakhir pada 23 Mac 2021 ini, tarikh model baharu ini bakal didedahkan oleh pembuat kereta British untuk menyertai barisan Continental yang lain. 


'Speed' merupakan nama akhiran yang diberikan kepada generasi Continental GT Bentley yang seterusnya. Model andalan ini akan muncul dengan lebih banyak ciri menarik.

Beberapa imej acah Continental GT Speed yang menakjubkan telah didedahkan oleh Bentley yang memberikan kita sedikit idea tentang apa yang boleh dijangkakan secara visual sebelum pendedahan sepenuhnya dibuat pada minggu depan. 

Continental GT Speed baharu ini dijangka akan dilengkapkan dengan rim bersaiz 22 inci dan juga satu set splitter.  Juga dapat dilihat, model baharu ini akan dilengkapi satu set skirt dan sambungan pada ambang pintu sepertimana yang boleh didapati pada pakej reka bentuk Mulliner Carbon Bentley. 


Aspek estetika lain yang dimilikinya adalah bahagian luarannya yang diwarnakan dengan warna kelabu gelap di samping fascia hadapan yang kelihatan agak berbeza.  Kemungkinan pendekatan berbeza telah digunakan untuk menghasilkan reka bentuk model baharu ini kerana kemasan krom pada bahagian luaran yang terdapat pada model terdahulu tiada pada model ini. 

Salah satu resepi penting Continental GT Speed  baharu adalah prestasinya.  Syarikat yang berpangkalan di Crewe, Cheshire, England ini telah menyatakan yang Continental GT Speed  akan didatangkan dengan teknologi casis baharu di samping kelengkapan mewah yang lain. 

Berdasarkan video acah yang dikongsikan oleh Bentley, video yang digabungkan dengan bunyi ngauman enjin model ini, dianggarkan bahawa kereta ini akan menggunakan enjin yang telah ditambah baik daripada model sedia ada Continental GT iaitu enjin W12 6 liter twin-turbo. 

Pada masa ini, enjin yang digunakan Continental GT memiliki output kuasa 626 hp (466 kW) dengan daya kilas 897 Nm.  Walau bagaimanapun, untuk model baharu Continental GT Speed, jurutera telah melakukan penambahbaikan enjin yang boleh mencapai output maksimum kuasa kuda sehingga 670 hp. 

Untuk tujuan perbandingan, enjin yang digunakan oleh generasi sebelum Continental GT Speed adalah sama iaitu enjin W12 yang menghasilkan output kuasa setinggi 633 hp kuasa kuda (472 kW) dan 840 Nm daya kilas. 

Harga yang ditawarkan untuk Bentley Continental GT dengan enjin W12 ialah  $200,000 (RM 823,700). Memandangkan kuasa dan teknologi yang dimiliki Continental GT Speed adalah jauh lebih tinggi, harganya juga menjadi lebih tinggi berbanding model terdahulu. 

Melihatkan bagaimana syarikat ini telah bergerak maju ke depan, model yang bakal didedahkan nanti berkemungkinan akan menjadi salah satu model andalan terakhir yang memiliki enjin 12 silinder sebelum Bentley meneruskan misinya untuk melakukan transisi kepada penghasilan model kereta elektrik. 


Gallery

Tag:

Bentley Motors
Bentley W12 Engine
Bentley Continental GT Speed
Conti GT Speed
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

12-11-2024
Global

30-05-2024
Global

11-05-2024
Global

09-05-2024
Global

24-03-2024
EV

21-03-2024
Gaya Hidup

12-11-2023
Kereta Baru

09-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026