Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Suami Bagi Isteri Bugatti Dengan Rekaan Yang Ditempah Khas Sebagai Hadiah!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Siapa kata lelaki idaman yang sempurna tak wujud? Seorang suami telah menempah khas sebuah kereta Bugatti Chiron Sport untuk dihadiahkan kepada isterinya. Reka bentuk kereta ini dikatakan dihasilkan oleh pengedar H.R. Owen Bugatti yang berpangkalan di England. Rekaan yang dimiliki kereta mewah ini adalah satu-satunya yang wujud di dunia. 

Pelanggan yang menempah kereta ini telah melihat beratus-ratus pilihan rekaan yang ditawarkan sebelum akhirnya memilih rekaan Matte Blanc dan Silk Rosé dengan sentuhan dalaman Gris Rafale. 

Warna luaran kereta ini telah dipilih dengan teliti supaya sepadan dengan tona Matt Blanc kerana ianya sesuai dengan kemasan luar dan juga bahagian bawah kereta, di samping dapat menonjolkan lagi rim aloi kereta.  




Kereta ini dinamakan "Alice" (kemungkinan nama isterinya) yang boleh dilihat disulam indah pada bahagian tempat letak kepala dan juga ditempatkan pada pemijak di bawah pintu. Logo yang diletakkan pada bahagian pemijak ini dihasilkan daripada aluminium dalam tona Silk Rose. Warna yang digunakan juga adalah yang pertama bagi Bugatti. 

Selain itu, kereta ini turut didatangkan lengkap dengan material kulit dan Alcantara yang diberikan kemasan Gris Rafale untuk menyempurnakan lagi rekaan dalaman sebuah Chiron Sport. Not forgetting the personalised ‘Alice’ logo on the door sills made out of aluminium and in the shade of Silk Rose. 






Ketua Pegawai Eksekutif H.R Owen, Ken Choo berkata ini adalah sebuah model Bugatti yang sememangnya unik dan akan sentiasa diingati sebagai sebuah kereta yang pertama seumpamanya.

"Kami amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada projek yang menghubungkan pelanggan dengan Chiron Sport. Pelanggan tersebut datang kepada kami membawa visi rekaan Bugatti terbaharu. Kami sendiri sangat gembira dengan tawaran kepelbagaian aksesori dan pilihan dalam katelog Bugatti sehingga mampu merealisasikan rekaan yang bercitarasa tinggi.  

Sungguh menarik bila dapat melihat Bugatti dapat dihasilkan dalam pelbagai cara berbeza yang mana pemilik baharu berpeluang untuk menampakkan citarasa mereka pada kereta yang baru dibeli. "

Berbeza dengan Chiron, karakter Chiron Sport ini dilihat agak berbeza. Ini kerana, Chiron Sport didatangkan bersama dengan kerangka (chassis) yang lebih kukuh. Berkenaan enjinnya pula, Chiron Sport dilengkapkan dengan enjin khas Bugatti iaitu 8.0-liter W16 yang dihasilkan di Atelier, Molsheim dengan harga mencecah 2.65 juta euro (RM 12.94 juta). 


Gallery

Tag:

Bugatti
bugatti chiron
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Program Penyesuaian Khas - Bugatti Sur Mesure

Bugatti jmenawarkan pakej penyesuaian yang tersendiri kepada para pelanggan mereka.

03-02-2022
Berita Auto
Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bugatti Buka Bilik Pameran Terbesar Di Dunia

Bilik pameran Bugatti yang terbesar di dunia kini dibuka di Riyadh.

21-01-2022
Berita Auto
Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Sekumpulan Bugatti Berkumpul Di Hadapan Burj Khalifa Sempena Acara Pemanduan Tahunan

Kira-kira 11 buah kereta Bugatti menyertai konvoi yang berakhir di Abu Dhabi, Emiriyiah Arab Bersatu.

07-01-2022
Berita Auto
Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.'

03-01-2022
Berita Auto
Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Pasukan Media Berpeluang Merasai Sendiri Pemanduan Jentera Ini

Sekumpulan media berpeluang melakukan pandu uji Chiron Super Sport di Liitar Paul Ricard.

03-11-2021
Berita Auto
Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Pengeluaran Chiron Super Sport Telah Bermula

Jentera ini telah memasuki fasa pengeluarannya.

01-11-2021
Berita Auto
Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Konvoi Kereta Eksotik Diadakan Pada September Lalu

Pameran yang dikenali sebagai Supercar Owner Circle (SOC) diadakan di Croatia baru-baru ini.

22-10-2021
Berita Auto
Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Dua Kereta Sport Hiper Terbaharu Bugatti Dipertontonkan– Chiron Super Sport Dan Bolide

Bugatti telah memperkenalkan dua model kereta sport hiper terbaharu.

08-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026