Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Toyota lebih mengagumkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

UMW Toyota Motor memperkenalkan model SUV terbaharunya, Toyota Corolla Cross secara maya di laman Facebook rasminya.

Model baharu ini yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand ditawarkan dalam dua varian iaitu Corolla Cross  1.8V dan Corolla Cross 1.8G.


Model ini dijual pada harga RM134,000 (tanpa pengecualian cukai jualan) dan RM124,000 (dengan pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021) di Semenanjung Malaysia.

Kedua-dua harga ini tidak termasuk insurans.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, Toyota Corolla Cross serba baharu ini memasuki segmen SUV moden yang semakin berkembang.

“UMW menawarkan kenderaan generasi terkini untuk pelanggan. Kami yakin ia akan menjadi pilihan yang memenuhi keperluan dan gaya hidup aktif masa kini,” katanya pada majlis pelancaran itu.

Dalam majlis itu, UMW Toyoto turut memperkenalkan Duta Corolla Cross, pelakon Diana Danielle dan Danny Koo yang akan terlibat dalam kempen pengiklanan model berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMW Toyota Motor, Akio Takeyama menyifatkan kajian pasaran menunjukkan maklum balas positif terhadap Corolla serba baharu ini.

"Ia tidak menghairankan kerana perhatian dan permintaan terhadap SUV sedang tumbuh pesat termasuk di peringkat global.

“Biarpun, ia merupakan ahli keluarga Corolla, Corolla Cross mempunyai gaya yang berbeza daripada Corolla Sedan. Ia mempunyai rekaan menonjol yang mengetengahkan elemen sporty dan seronok dipandu,” jelasnya.

Jentera ini dibina dengan menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), sstruktur yang membolehkan kejuruteraan lebih anjal dilaksanakan serta beberapa lagi manfaat lain. 

Dengan TNGA, kedudukan titik graviti lebih rendah boleh dicapai untuk meningkatkan kestabilan kenderaan,sementara kerangka badan lebih kukuh .

Berbanding Corolla Sedan, Corolla Cross memiliki badan yang sedikit lebih pendek dengan panjang keseluruhan 4,460 mm. 

Bagaimanapun, ia lebih lebar sebanyak 45 mm dengan 1,825 mm dan 185 mm lebih tinggi dengan 1,620 mm.

Ketinggian itu membolehkan jarak kelegaan tanah dinaikkan kepada 161 mm.


Jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi membolehkan Corolla Cross lebih yakin ketika berdepan permukaan jalan mencabar, termasuk  situasi banjir. 

Dengan bukaan sudut depan 18°, SUV ini dikatakan mampu mengharungi laluan tidak rata dan mampu melepasi bonggol dengan mudah.

Corolla Cross 1.8G menggunakan lampu utama jenis projektor halogen, sementara varian 1.8V pula dilengkapi dengan unit Bi-LED yang memberikan tahap pencahayaan lebih baik. 

Lampu nyalaan siang (DRL) menampilkan ciri "tirai cahaya" yang menyuntik penampilan unik dan berkualiti iaitu ciri sama turut diberikan untuk lampu belakang.

Tema warna utama ruang kabinnya ialah hitam dengan kemasan balutan kulit bagi tempat duduk, sementara penyudah cat satin digunakan pada bahagian perincian lain. 


Pencahayaan LED pada bahagian pintu depan menghasilkan suasana berkualiti tinggi dan menarik perhatian. Untuk kemudahan pemandu pelbagai saiz, tempat duduknya didatangkan dengan ciri larasan elektrik lapan-hala.

Menyentuh mengenai panel instrumen, ia  mempunyai rekaan sporty dengan fokus utama pada speedometer di tengah serta Multi-Information Display (MID) 4.2-inci. 


Panel Sembilan inci di tengah papan pemuka pula adalah untuk paparan sistem infotainmen dan audio selain mampu memancarkan imej dari kamera undur. 

Sistem kenderaan ini turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem sambungan lain termasuklah USB Mirroring, AUX dan Bluetooth.

Selain kemudahan sistem pintar tanpa kunci untuk memudahkan lagi urusan keluar-masuk dan menghidupkan enjin, Corolla Cross juga hadir dengan pintu belakang sensor kuasa elektrik yang boleh dibuka secara automatik melalui pengesanan gerak kaki pengguna. 

Ini membolehkan operasi tanpa menggunakan tangan sekiranya tangan pengguna penuh kerana memegang beg atau barangan lain. 


Ruang barangan yang tersedia pula mempunyai kapasiti 440 liter. Jumlah ini boleh ditingkatkan dengan merebahkan bahagian penyandar kerusi belakang. Dalam keadaan ini, lantainya akan menjadi rata sepenuhnya. 

Toyota Corolla Cross dikuasakan oleh enjin 1.8-liter petrol DOHC dengan Dual VVT-i. Unit enjin yang telah terbukti ini menghasilkan 139 PS kuasa pada 6,400 rpm dengan 172 Nm tork pada 4,000 rpm. 

Ia   menawarkan keseimbangan padu antara kuasa, ketahanan dan penjimatan bahan api. 

Transmisi Sequential Shiftmatic (CVT) tujuh-kelajuan yang digunakan pula diperkemas prestasinya dengan pendikit kawalan elektronik untuk memberikan maklum balas lebih berkesan, lancar dan senyap. 

Varian Corolla Cross 1.8V dilengkapi teknologi keselamatan bersepadu Toyota Safety Sense (TSS), selari dengan Toyota Synergised Mobility. 

TSS 2.0 merangkumi ciri seperti Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Penukaran Lorong (LDA) dengan Bantuan Stereng, Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC), Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Teknologi teras yang menggunakan teknologi radar dan kamera turut dibantu oleh ciri Peninjau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) serta Sistem Amaran Tekanan Tayar (TPWS).

Corolla Cross turut dipasang dengan Perakam Video Digital (DVR) di depan (kamera belakang ditawarkan sebagai pilihan) yang membolehkan pemandu merakam pergerakan kenderaan sepanjang masa. 

Sekiranya berlaku kemalangan, rakaman berkenaan boleh digunakan sebagai bukti.

Corolla Cross baru dipasangkan dengan sistem keselamatan termasuk immobilizer enjin. Sistem Telematik Kenderaan (VTS) pula boleh menjejak kedudukan kenderaan menggunakan isyarat GSM/GPS.

Pemilik boleh meninjau status penghidup dan kelajuan kenderaan. Jika kenderaan dicuri, pusat panggilan 24/7 akan dapat mengesannya dan memaklumkan pihak berkuasa untuk tindakan pantas.

Sekiranya ada impak yang dikesan, pusat panggilan akan memaklumkan khidmat kecemasan untuk menyediakan bantuan di lokasi terkini. Pemilik Corolla Cross akan menikmati langganan VTS percuma selama tiga tahun.

Selain platform kukuh TNGA yang digunakan, struktur Corolla Cross direka untuk menahan daya hentaman dari semua sisi ketika terlibat dalam kemalangan. Ini dapat menghindar atau mengurangkan kecederaan terhadap penumpang. 

Bagi ujian ASEAN NCAP, Corolla Cross, sama seperti kebanyakan model lain Toyota, menerima penarafan keselamatan lima-bintang.

SUV ini didatangkan dengan tujuh beg udara SRS (termasuk satu untuk bahagian lutut pemandu) yang akan diaktifkan sekiranya berlaku perlanggaran teruk. Ciri ISOFIX (dengan cangkuk atas) disediakan di tempat duduk belakang, membolehkan pengguna mematuhi peraturan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan mudah.

Mengenai warnanya, pelanggan boleh memilih warna luaran yang terdiri daripada Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metallic dan Nebula Blue Metallic. 


Jaminan kilang selama lima-tahun tanpa had perbatuan disediakan termasuk jaminan sokongan lepas jualan seluruh negara dengan ketersediaan alat ganti tulen. 

Toyota Corolla Cross 1.8G kini boleh dilihat, diuji serta dibeli melalui bilik pameran pengedar sah dan cawangan Toyota seluruh negara. Corolla Cross 1.8V pula akan tiba kemudian, tetapi tempahannya sudah mula dibuka.

Tempahan juga boleh dilakukan di semua bilik pameran maya Toyota. 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari toyota.com.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-8-TOYOTA

Gallery

Tag:

toyotacorollacross
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

Toyota Corolla Cross SUV yg "Sangat mampu milik"? | Jom tengok Pandu uji + Full Review

SUV segmen B terbaru dalam pasaran - Toyota Corolla Cross! Harga bermula dari RM124K, berbaloi x beli SUV Toyota terbaru ni?

22-06-2021
Berita Auto

Spesifikasi kenderaan ini masih menjadi persoalan

Ia bakal dilancarkan pada Khamis ini.

23-03-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. Sebelum itu, ada aktiviti off-road untuk semua...

19-06-2025
Kereta Baru

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025