Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Honda tawar rebat bernilai RM5,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berita baik kepada pengguna yang berhasrat untuk membeli kereta keluaran Honda memandangkan Honda Malaysia mengumumkan pihaknya menawarkan Rebat Istimewa Honda 1 Million Dreams bernilai RM5,000.


Tawaran itu dibuka kepada model Honda City dan Honda BR-V sempena kempen 1 Million Dreams yang dilancarkan seiring pengeluaran unit ke satu juta syarikat berkenaan.

Rebat “Honda 1 Million Dreams Special” menawarkan Rebat Tunai, Baucar Servis dan Baucar Alat Ganti  bagi pelanggan yang mendaftar untuk Honda City dan Honda BR-V.

Rebat ini sah dari 16 hingga 31 Mac 2021.

Untuk pengetahuan anda, sejak Honda City serba baharu dilancarkan pada tahun lalu, syarikat Honda teruja untuk memasarkan teknologi, pemacu enjin baharu dan reka bentuk jentera ini.

Jika dilihat dari segi dalaman Honda City serba baharu ini, ia dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm) yang dipadankan dengan CVT. 

Varian V didatangkan dengan lampu hadapan LED baharu lengkap dengan Lampu Nyalaan Siang Hari LED, lampu kabus LED baharu, lampu brek LED baharu, serta rim aloi 16 inci. 

Sementara itu, variasi  V dan E hadir dengan kelengkapan yang memudahkan pemandu seperti penghidup enjin jarak jauh serta sambungan Apple CarPlay/Android Auto.

Dari segi kelengkapan keselamatan pula, varian V bagi City serba baharu dilengkapi dengan enam beg udara serta teknologi Honda LaneWatch.

Bagi kereta  BR-V, ia dikuasakan dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC (120 PS/145 Nm) dan  dipadankan dengan CVT.

BR-V varian V, ia hadir dengan ‘paddle shifters’ dan ia juga dikemaskini dengan luaran yang menarik.

Ia juga dilengkapi dengan lampu kabus hadapan, antena sirip jerung, bampar belakang baharu dengan hiasan bahagian bawah termasuk rim aloi dwi-tona 16 inci yang baharu.

Sehubungan itu, Honda Malaysia menggesa para pelanggan yang berhasrat untuk membeli Honda City serba baharu atau BR-V untuk membuat pendaftaran di cawangan pengedar sah Honda sebelum 31 Mac ini bagi menikmati promosi rebat tersebut.



Gallery

Tag:

Honda Malaysia
Honda BR-V
Honda City
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?

Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?

16-04-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026